Monday, November 9, 2009

Dr. Cafe

Hari sabtu (7.11.2009) i g lepak kat Mont Kiara Dr. Cafe. I tak tahu nak citer direction how to go there, yang I tahu dekat ngn Masjid Wilayah jalan terus, u all cari building yang ada tulis Solaris.Dr. Cafe dekat ngn building tu lah. Itulah first time i g sana, maklumlah tempat2 macam tu semua tempat high class I memang tak layak nak kesana tapi disebabkan kawan I nak blanja I mimum coffee dan makan kek kat situ i relakan jua pergi ke sana walaupun i penat baru balik dari Penang..

Tempat tu very relaxing la, lebih kurang macam kat Coffee Bean..Special yang anda boleh jamah ialah starwberry cheese cake(recommended)...sangat sedap gile2..(two thumbs up for Dr. Cafe)dan kalau anda penggemar coffee boleh try kat cafe tu..mmg sedap macam-macam jenis coffee ada, yang lain tu macam biasa jer ice blended..ada lagi satu menu iaitu sandwich dipotong empat tapi inti dalam tu empat-empat berbeza(recommended)...sedap giler..ok bye...
p/s: kalau nak tahu add cafe ni carik dalam google ok..


ni roti croissant dalamnya inti rempah ratus

tempat lepak+gosip

nak tunjuk logo jer

mug yang cantik dan boleh dibeli tapi i rasa price dia mesti mahal


sandwich yang gile best, sepatutnya ada 4

tapi tinggal tiga sebab satu ada orang curik.


Pertama...ok..

Kedua...erm..ok

Ketiga... cukup2lah
"Best gile kek Dr. Cafe ni dari Secret Receipe tapi tak boleh lawan Alexis"

Thursday, November 5, 2009

Tag Simple dari Kak Su Air Mata Berdarah

I nak tido sebab time lunch sekarang ni di sebabkan kami dah makan awal tadi so sekarang masa utk berdengkur tapi tiba2 terbaca entry baru kaksu suh i buat tag lapan aku sedang lak..

Kalau tak buat nanti dia kata aku kambing dah lah dia selalu kata macam ni kat i "intan...intan mandi tak arini?"..Baiklah mari kita mulakan..

1. Aku sedang
Tido2 ayam tapi di kejut oleh kaksu suh buat tag ni

2. Aku sedang
Berangan dan tak sabar nak ke Penang ni

3. Aku sedang
menaip untuk memenuhkan entry aku ni

4. Aku sedang
Mendengar lagu FarmVille yang kaksu akan sentiasa buka, ayam. itik, kambing, kucing
semua ada aku dah takboleh terima dengan bunyi2an itu.

5. Aku sedang
tengok cleaner ni tengah menyapu sampah kat bilik bos2 kat depan aku ni, haritu aku tolong
kakak cleaner ni mop lantai sebab aku memang teringin nak buat..

6. Aku sedang
Memikirkan gaji yang akan dapat lagi 2 mggu dari sekarang, duit dah banyak abis ni.

7. Aku sedang
Menghabiskan novel bertajuk Aku Cinta Kamu dan (tak ingat lah tajuk citer tu) tapi nak
abiskan novel tu kat Pinang nanti.

8. Aku sedang

Ya... Aku Sedang Ingin Bercinta 

Ok bye

Tuesday, November 3, 2009

Pulau Pinang

Kali ni nak pergi jalan-jalan kat Pinang lak...sonok ni..Kami tak plan pun nak ke sana. Ialah sementara boleh g jalan-jalan ni dan ada duit sikit, kalau duit banyak, lagi banyak nak bayar utang 5c iaitu credit card, car, condo, pastu tak ingat lagi 2 c tu apa.

Tapi untuk kali ni trip 2 hari 1 malam jer start pada hari khamis 5.11.2009 - 6.11.2009(jumaat). Rasanya macam membazir lama-lama kat sana padahal samanya kat KL. Pi sana sebab nak beli asam jeruk kat Komtar dan makan nasi kandaq kat Batu Feringgi.Nyum...nyum sedapnya...tak sabar rasanya nak makan nasi kandaq dengan papadom ni gara2 tengok citer Papadom dengan kaksu ari tu. Sila buka surayasulatin.blogspot.com , sehingga i teruja sangat nak makan nasi tu, dah la aritu makan nasi kat KLCC tak sedap tapi sebab terpengaruh dengan Papadom Saadom so nak jugak. ok bye


Nasi kandar kegemaran ramai..kuah bagi campuq no..


Asam laksa..glup...


sedapnya...air liur tengah berkumpul kat tepi mulut ni..meleleh rasa

Friday, October 30, 2009

Lahirnya Engkau Di Bumi Ini.

Di lahirkan pada 27.10.84 di Hospital Sentul. Seorang perempuan yang tak berapa gemuk dan tak berapa kurus semasa di lahirkan. Rambut lurus, mata besar kulit hitam manis tapi mempunyai telinga yang kecil. Walau apa pun bentuk dan warna dia sudah cukup sifat. Alhamdulillah..

Hari ini genaplah 25 tahun insan yang bernama seperti dalam profile..Syukur pada yang maha esa kerana aku masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini..
Tepat pukul 12 malam pada 27.10.2009 tut..tut..(sms berbunyi lak) insan yang bernama tettttt hantar sms ucap happy birthday kat aku. Nasib dia ingat kalau tak.. ku putaq2 telinga hang...
Pagi tu pulak mama hantar sms, dia tulis "happy birthday dan dah dapat hadiahkan?" aku pun reply balik cakap "terima kasih atas ingatan mama, hadiah tak penting sekarang ni apa yang penting ialah doa mama untuk anak mama ni supaya di beri keberkatan, kejayaan dan kebahagian di dunia mahupun di akhirat"...Amin.

Terima kasih pada kawan2 kerana masih ingat hari kelahiran aku, tak putus2 aku terima sms dan email. "Akak sayang kamu semua ya"<----ala2 suara kak Anita Sarawak(Sebab betul2 tau)..ok Bye

Time ni sambut besday kat office
Terima kasih kawan2..Muahhh

Wednesday, October 28, 2009

Singapore

KL Sentral

12.10.2009 Sampai kat Kl sentral pukul 7 pagi. Tunggu partner tak sampai2 lagi kata janji kol 7 pagi kena ada kat kl sentral sebab nak naik bas untuk ke LCCT 7.30am. Flight AirAsia kol 10.00pagi. End up partner sampai kol 7.30pagi dan ada masa lagi untuk beliau pergi ke toilet sampai 15 minit berak batu agaknya. So terpaksa naik bas pukul 8.00am. Aku kat dalam bas tu dah nangis2 dah takot tak sempat naik flight, sekurang-kurangnya kena ada kat lcct kol 8.30 am dan akhirnya aku sampai kat LCCT kol 9.00am. Terus pergi counter dan boarding pukul 9.20 nasib baik sempat kalau tak sempat kau bayar duit flight aku.
Changi Airport

Sampai di Changi Airport pukul 11.00 pagi..Walaupun kami turun di budget terminal tapi terminal dorang sangat cantik jauh berbeza dari LCCT. sungguh kagum, ialah first time turun kat airport dorang.From terminal 3 nak ke terminal 1 kena naik shuttle train, comey jer shuttle train tu sebab pendek je keretapi tu. from Terminal 1 nak ker hotel kami naik train(MRT), interchange station kat Tanah Merah. Bila dah nak train berenti kat Aljunied Station sebab hotel kami berdekatan dengan station tu.

Crystal Hotel

Turun jer train dalam 10 minit jalan kaki sampai lah kat Crystal Hotel No.50 lorong 18 Geylang, kami duduk hotel murah jer. **star jer, walaupun **star tapi aku kagum dengan hotel tu kerana facilities dan environment dalam bilik tu sangat bersih. Di tambah pulak dengan staff yang sangat peramah. Hotel tu very convenient sebab di tengah-tengah town, banyak kedai runcit, 7 Eleven, kedai makan, dekat ngn MRT, Stesen bas. Banyak kemudahan kat situ berbaloi-baloi.. Ekceli kat area Geylang tu banyak jer Budget Hotel diantaranya, Ruby Hotel, Emerald Hotel, Hotel 81. Hari Pertama Check in lebih kurang pukul 1.00 petang so sampai dalam bilik, mandi dan solat, kebetulan time tu hujan pulak kat Singapore. so kami terpaksa lepak2 dulu dalam hotel. dalam pukul 4 petang baru keluar. Memandangkan kami belum makan lagi so singgah makan kat kedai mamak dkt ngn MRT station. Aku makan nasi goreng pataya sebab aku mmg tak makan nasi dari pagi tadi. Nasi tu harga 4.50SGD Air teh o ais 1.50SGD, Sebab dah terlalu lapar sangat aku bedal jer makanan tu tapi not bad lah.Lepas makan kami terus kan perjalanan menaiki train untuk ke night safari. Dari Aljunied station kami kena turun ker City Hall dan interchage station to Ang Mo Kio. Ang Mo Kio station kat dalam tu ada shopping mall so kami kena cari station bas kat situ untuk ke night safari.

Night Safari

Untuk ke night safari kami kena naik trasnsit bus no. 138 dengan harga 1.70SGD per person one way. Pastikan duit syiling anda mencukupi sebab dia tak bg duit baki tau.So perjalanan mengambil masa 30 minit, sampai jer kat night safari kami terus beli tiket dengan harga addmission$22 dan tram ride 10$ perperson. Baik you all amik yang ada tram ride (recommended) kalau jalan kaki tak best. Kami start bergerak dengan tram tu pukul 7.30pm, Tram tu akan berenti di setiap tempat yang membolehkan you all tgk sendiri haiwan tu, so kena jalan kaki ler nak masuk tengok binatang tu tapi ianya sangat best. Bila korang dah puas jalan korang boleh naik mana2 tram yang berenti dan sampai ke pintu keluar tu ada lagi tempat yang korang kena tengok iaitu Creatures of the Night Show(recommended)start pukul 8.30pm, best giler tengok haiwan tu buat show, pertunjukkan mengambil masa 30 minit. Lepas dah abis tengok pertunjukkan tu ada lagi satu tempat yang korang boleh tengok orang menari iaitu Tribal Dance Performance, abang api pun ada..tapi tempat tu macam berbau gas sikit, show start pukul 9.00pm. Tepat pukul 10.00 malam bas No, 138 dah ada so kami turun naik bas dan train dan sampai di Aljunied pukul 11.00 malam terus g kedai mamak yang kami makan tadi untuk makan malam. Sampai hotel mandi solat dan terus tido.

Hari Kedua

Tepat jam 6.30 pagi perut aku dah rasa tak sedap dan memulas2 adakah disebabkan makanan malam tadi tapi dorang yang lain ok jer, aku jer yang kena, mungkin ianya food poisining?tanpa melengah2kan masa aku terus ke tandas dan muntah di toilet boil masa tu lengkap lagi dengan pakaian tido dan stokin, tak sempat nak buka sebab mmg tak tahan nak muntah. Muntah punya muntah sampai terkencing dalam seluar, malu betul. dah muntah sakit perut pulak, sakit perut yang melampau2 cirit birit pulak dia ni...sorang kawan aku tak bangun. membuta jer.. sampai kol 6.50 kawan aku ketok pintu nak amik air sembahyang so aku terpaksa menahan sakit aku sebab dorang nak amik air sembahyang. So plan kami untuk second day nak pergi underwaterworld, sentosa island dan Singapore flyers terpaksa dibatalkan tapi untuk aku jer, dorang yang lain pergi. takkan dorang nak tggu aku lak so perjuangan harus diteruskan. maka aku tinggal dalam bilik.huahuahua... kesian aku tak dapat keluar kerana aku masih tak sedap badan muntah2 dan cirit birit berterusan sampai petang. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.takpe2..3.00 petang aku dah rasa badan dan perut aku dah beransur pulih. kebetulan diorang dah balik, lepas mandi dan solat bercadang nak ke Orchard Road tapi terpaksa di lambatkan kerana cuaca tak mengizinkan(hujan) kami untuk keluar. Pukul 4.00 petang hujan dah berenti dan kami beramai2 gerak ke station bas untuk ke Orchard Road. Kami naik bas no. 7 $1.20.

Orchard Road

Bus stop tu dekat jer ngn hotel yang kami duduk so perjalanan mengambil masa 12 - 20 minit untuk ke sana. Masa kat dalam bas tu aku dah rasa pening2 dan nak termuntah tapi ku tahan jugak. Kami dah sampai ke Orchard Road..mmg terlalu banyak mall kat situ, sape yang kaki shopping boleh ar pergi tempat ni. Sampai kat satu mall tu kami semua dah kelaparan so kami pilih untuk makan Mc Donald, Mc D kat sana lain sikit takder bubur dan sos cili dia rasa lain susah nak describe, finally aku memilih double cheese buger dengan harga 10.90$(tak ingat sebenarnya harga mc d tu tapi lebih kurang ler). Makan punya makan tibe2 aku trasa nak muntah dan cirit pulak...ZZzzz berlari mencari sinar bahagia iaitu toilet..masuk 0.30$..blurrrkkk muntah dan cirit sudah keluar...OMG mana air mana air..whattttttttt tak ada tisu..Euuuwww have to la kan...tapi aku basah kan dulu tisu..habis satu gelung tisu aku kerjakan..Perjalanan kami terhenti di satu kedai perfume..OMG murah gile perfume kat situ..korang bayangkan Incanto harganya baru 38$ tu boleh nego lagi..survey punya survey ngapppp satu perfume SJP Covet harga $38 untuk 100ml. pastu kami jalan kat area mall tu beli lah t shirt sepasang dua..Lepas dah jalan area Orchard Road kami meneruskan perjalanan kami ke Bugis Street.

Bugis Street

Untuk ke Bugis Street, kami naik train Orchard road station sampai ke Bugis Street station, keluar jer station jalan sikit cross the road nampak lah bugis street ala2 uptown downtown kat Malaysia. Kat situ banyak barang2 yang cantik2 dan murah2. aku pulak beli untuk kawan kawan keychain jer, ok lah tu at least aku ingat kat dorang kan. dalam kol 9malam budak2 ni dah lapa nak makan so singgah makan kat kat kedai apa ntah tapi area tu lah dalam kedai tu ada jual meehun sup, laksa dn makanan yang berair dan bergoreng sume ada tapi aku tak lalu makan sebab aku terasa pening dan nak muntah. aku suh dorang makan cepat2 sebab aku mmg dah nak termuntah ni. so lepas makan kami decide nak naik bas sebab aku pening naik MRT. Masa tunggu bas tu aku mmg dah tak tahan nak termuntah, aku pergi mencari sinar bahagia iaitu toilet sekali lagi yer, dan muntah lah semua cheese buger yang aku makan petang tadi...mmg lega rasanya. Dorang bagi tahu bas baru jer lepas so kami kena tggu lagi beberapa minit untuk next bas no. 7, bas tu dua tingkat berangan nak duduk seat atas tapi terlalu penuh kami pun tak dapat duduk so kena berdiri, aku dah lah pening ada lagi perasaan nak muntah...siut betul lah muntah ni...aku berdoa supaya aku tak termuntah dalam bas, kalau tak malu ler aku sebagai rakyat malaysia..Stesen bas tu berenti dekat dengan hotel kami nasib baik tak perlu jalan jauh2.Sampai hotel macam biasa lah mandi dan solat.

Hari Ketiga

Pukul 6.30 bangun selepas menggigil2 kesejukkan dan perasaan nak muntah tu ada lagi. Lepas solat subuh, sembang2 dengan dorang sambil tu packing barang2. Tibe2 pagi tu hujan lebat lak dalam pukul 9 pagi, kitaorang ingat nak keluar awal boleh lah pergi mkan2 kat terminal sebab flight kami pukul 2 petang so kena ada kat terminal 3 dalam pukul 1pm. Hujan pun berenti pukul 11 so kami terus check out dan naik cab untuk ke MRT Aljunied, selepas tukar train sampai di Terminal 3 pukul 12tengah hari than buat urusan refund tax dan ambil tiket pukul 1 petang. dah check in kami pun sempat2 je jalan kat dalam airport tu, ingat nak beli cokelat tapi macam boring je tengok cokelat so tak beli. dah bosan jalan kami pun tunggu lah kat tempat nak berlepas tu tibe2 annoucement cakap flight delay.

So sampai di KL Sentral pukul 6 petang. Ekceli pergi mana2 negara pun best yang penting duit kena ada lah..Duit ada semua boleh jadi.Bye ..










Friday, October 9, 2009

Uniquely Singapore

yahooo....minggu depan nak pergi Singapore. 12hb sampai 14 hb untuk 3hari 2malam. kitaorang naik airasia jer..murah sikit..ambil pakage sekali tiket flight n hotel baru sorang RM350. Tapi hotel yang **star yang sangat cikai giler...Takper lah bukan nak honeymoon, datang sana nak jalan balik hotel unutk tido dan mandi jer.


Currency untuk Singapore sekarang 2.46. aku baru jer tukar duit RM700.00 dan dapat 284SGD, the hell sikit gile duit yang aku dapat. nampaknya nak bershopping tak dapat ler hanya window shopping jer lah.

Setelah seminggu buat survey mana nak g berjalan kat Singapore diantara tempat-tempatnya ialah:

1. Sentosa Islands
2. underwater World
3. Night Safari
4. Singapore Flyers
5. Orchad Road
6. Bugis Street
7. Singapore Expo
8. Chinatown
9. Little India


Rasanya itulah tempat menarik yang nak di lawati. Nanti aku captured pic yang menarik.
Doakan semoga selamat pergi dan balik yer.babai

Monday, September 28, 2009

Latest Vacancies Cabin Crew

If you love travelling and dream of experiencing the world, join us as a Flight Steward or Stewardess. We offer an attractive salary package with allowances, medical and other fringe benefits.
Requirements:
  • Malaysian citizen aged between 18 to 30 years.
  • Minimum SPM or any equivalent qualification recognised by the Malaysian Government with a pass in Bahasa Malaysia, English, Mathematics and any other 3 subjects taken in one exam.
  • Fluent in Bahasa Malaysia and English. Fluency in another language is an added advantage.
  • Minimum height (weight in proportion): 165cm (male)/157cm (female)
  • Excellent health and good eyesight. Not colour blind.
  • Pleasant personality and a genuine passion in customer service.
If you meet the above requirements, please attend our CABIN CREW WALK-IN INTERVIEWS to be held as follows:

Station : Kuala Lumpur
Venue :Malaysia Airlines Academy, No. 2, Jalan SS7/13, Kelana Jaya, Selangor
Date : Saturday, 3 October 2009 (Flight Stewardess)
Saturday, 10 October 2009 (Steward)

Registration time: 8.30 am to 12.00 noon

Please bring along your letter of application, resume, original and certified true copies of academic certificates, IC and a recent passport-sized photograph (non-returnable).Candidates are advised to dress appropriately (office attire) for the interview (t-shirt, slippers and jeans are not allowed). Female candidates are encouraged to wear kebaya. Successful candidates will be required to sign a training bond. Employment will be based on a five-year contract. Candidates are advised to be prepared for a possibly long waiting period due to an anticipated high number of attendees.

Good Luck...

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran....


Salam Aidilfitri…

Kepada semua yang di ingati…
Anna mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin
sekiranya ada salah & silap Anna kepada semua
samada secara atau tidak langsung..
Semoga anda semua diberkati Allah SWT hendaknya
Kalau balik kg tu..jgn bawak kete laju2 yea..
Yang baik dari Allah SWT, dan yang salah dari Anna..

Maaf Zahir & Batin..

…Salam Aidilfitri…
Anna Dayana

Tuesday, September 15, 2009

Boyot ada Anak tapi anak dia ker?

KiKiKi Boyot dah ada anak.Congrate Boyot. Comey sangat anak dia. Ada empat ekor kesemuanya.Boyot ni dah berapa kali kawin ntah, dengan Bobby lah, Girl, Baby dan yang last kali Fifi. Semua dia nak, tamak betul lah.Kucing punleh kawin banyak-banyak..Tapi anak boyot kali ni lain lah warnanya, kenapa semua warna oren. Takder tercalit satu pun warna Boyot iaitu warna hitam kelabu taik anjing..hehehe...Takkan lah Fifi tu boleh menggatal dengan SnowBel. Sebab SnowBel bulunya warna oren.. Nama anak-anak Fifi hasil dengan Boyot atau SnowBel ialah:
  • Versace
  • Coco
  • Channel
  • Escada

Fifi dengan anak-anaknya



Inilah Boyot (Gemuk) yang kecik tu (oren)

SnowBel yang sangat manja

Monday, September 14, 2009

Baju Kurung Putih Berseri..Ayu..kau lah wanita..(VE)

Berdebar - debar jantungku berdebar...(lagu dangdut, sila nyanyi dengan nada yang BETUL ) dah pukul 6.30petang ni, sape nak hantar aku pergi Dewan Perdana ada majlis berbuka puasa ni. Berbuka pukul 7.20..Last sekali bapaku kata drive sendiri ler, sebab dia malas nak hantar..OMG maksudnya aku kena bawa keta EXORA (knight rider) tu ke Dewan Perdana. Bapaku siap pesan lagi bawa keta baik-baik, kalau nak koner pandang cermin belakang, sisi, sebab motor - motor ni jahat.. Wah bertambah-tambah takot ler aku nak bawa tapi sebab dah lambat aku redah jer.... Erm...dalam perjalanan nak ikut jalan mana satu yer...sama ada Semarak (jalan yang sangat kecik spacenya) atau Setiawangsa (jalan yang besar tapi jauh)..Sebab aku pun status P lagi dan agak takot-takot gak, so ikut jalan Setiawangsa. Dalam keta tu pasang radio punya lah kuat tapi sebab tengah konserteret drive jadi aku tak dengar pun satu lagu, dj tengah membebel atau apa saja bunyi dalam radio tu. Kak Su call tanya aku kat mana? Aku masih lagi di Pasar Keramat di mana jalan itu sangat jem. So sampai di Dewan Perdana pukul 7.10 malam. Satu hal lagi nak cari parking lak takder sekali pusing punya pusing dapat lah illegal parking yang mana depan kereta aku ialah kereta Avanza..Adoi..macam mana lak nak parking ni..asyik reverse, ke depan dah dekat 5 kali, arghhh tension lantak lah... keluar kereta and lock pintu berjalan(masa tu rambut tengah cantik) kontrol ayu (kot kot lah ada orang nak berkenalan) menuju ke Dewan Perdana tapi kepala lutut masih vibrate lagi kerana kereta itu. Masuk jer dalam Dewan tengok kaksu dan abg Saz ada kat tepi tu.. OMG mereka berdua pakai baju warna putih sama ngn aku..macam berjanji lah pulak..Taim tu tibe-tibe rasa ayu sangat..
Bila lampu oren, muka pun nampak licin dan cantik


Kak Su yang...yang apa erk? comey...


Kita berdua jauh berbeza tapi citarasa yang sama


Berlalulah hari demi hari
Sayunya hatiku ini
Takku sangka kau di sisi
Baju kurung putih berseri...

Ayu... (kaulah wanita)
Ayu... (kaulah satu bagi)

Semadikanlah selamanya...
Yang teristimewa
Keayuanmu...
Kaulah mawarku kaulah yang satu...
Memberikanku sebutir harapan keikhlasan
Tanpaku diriku tenggelam
Siang malam ku, hanyut di dalam khayalan

Tak mudah kumelupakanmu...
Dalam dirimu pnuh kelembutan
Semakin hari makin rinduku padamu
Tanpamu ku sayu
Terkenang kembali sewaktu pertemuan dulu...

Ayunya senyumanmu
Ayunya sentuhanmu

Semadikanlah selamnya...
Yang teristimewa...
Selama-lamanya...
Keayuanmu...(wajahmu... senyumanmu yang teristimewa)
Keayuanmu

Friday, September 11, 2009

Bluetooth 3 Jam

Beli handphone baru tapi tak reti nak guna, aku gak yang kena transfer phone book dia kat handphone baru dia tu...Lama gile ok nak bluetooth .. sepatutnya aku yang kena buat transfer ni tapi sebab aku malas dan tibe-tibe ada idea yang bernas, aku pun suruhlah office mate(lelaki) yang buat transfer ni...hehehehe sekurang-kurangya aku boleh la layan blog ni..


Which one is better?


I think this one is much better..

Easy to use

Wednesday, September 2, 2009

Rindu Serindu Rindunya

Nak cepat2 habis kan buat keja(lekat-lekat nama pada sticker kad raya) dan lepas tu tanpa melengahkan masa terus update blog diantaranya ialah upload pic EXORA yang kak Yatie dan abang Pawie suruh dan tak lupa kak Su yang jadi tukang reminder untuk update blog (setiap hari remind ok...gud job kaksu)heheheheh

Wednesday, August 26, 2009

Exora or Night Rider

Finally dapat jugak keta baru setelah berangan - angan nak beli kereta Innova la, Avanza lah dan macam - macam lagi MPV yang ada. Itu bukan keta aku pun sebenarnya..kete family.. keta tu telah di konker oleh bapak aku sekarang ni. Bila dah di konker oleh beliau macam - macam lah yang dia buat, dah jadi macam keta *&%#@*. Segan tau bila dah jadi keta macam tu segan sangat. Accessories terlalu padat dan terlalu banyak lampu - lampu yang berkilat dan berkilau. First dapat keta, memang dah cantik sebab look ekskulsif sebab dah warna hitam berkilat dan tayar Rim 17 dah tukar, memang look nice ar. Tapi makin lama makin bertambah, bertambah accessories dari hari ke hari. Pening kepala aku..

Keta Night Rider (keta kodok)
Dolu-dolu kawan-kawan aku panggil keta bapak aku tu( x ingat keta apa ntah) keta night rider sebab keta tu ada lampu kecik - kecik kat depan lepastu ada microfon boleh cakap - cakap lagi, ekspecheli waktu balik ngaji (UTM Jalan Semarak) aku main nyorok2 ngn kengkawan tiba2 keta night rider tu datang dan cakap " saya nampak intan, dia nyorok kat belakang tong sampah" tak boleh simpan rasia sungguh, dorang terperanjat sebab keta tu boleh bercakap dan ramai2 g kat keta bapak aku pegang2 keta tu (macam lah hebat padahal keta kodok biasa jer). Bapak aku ni banyak akalnya, nak nampak lagi hebat pada keta tu, dia tambahkan lagi sound effect kat dalam keta tu, ada bunyi kambing, lembu, ambulance, polis dan banyak lagi ada..

Exora
So sekarang, keta baru ni renovate tak ingat, kat bahagian depan dekat ngn dashboard tu macam2 dia letak (serabut tengok tau) pastu suka sangat pasang lagu kuat-kuat (lagu MJ lak tu yang paling tak tahan lagu pop yeye)... Ingatkan dah takder microfon tu, tapi tis time ada gak benda alah tu..ada fire extinguisher, speaker yang sangat besar kat belakang bonet, first aid, kayu yg panjang (untuk belasah orang), berus cat yg kecik sikt tu(kegunaan: kalau time traffic light merah dia boleh buang habuk2 yg ada kat dlm keta tu) air mineral yang ada 3-4 botol (tidak boleh minum kerana ianya hanya perhiasan). Sebenarnya banyak lagi yang bapak aku letak dalam keta ni cuma malas nak citer jer.

BAAAA (BYE)

Ni lah mic yang aku mention tu..

Benda alah ni boleh mengeluarkan beberapa bunyi seperti ambulance
polis, anjing, kambing ianya terletak di bawah steering sebelah kiri

kat steering tu ada sticker di mana petunjuk untuk lampu dan signal
sebab keta ni kan terbalik, signal sebelah kiri


aksesori yang terdapat di depan..banyak gile.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Untuk Semua

Sentiasalah setting niat, upgrade iman, download usaha, delete dosa, update doa, dan top up ilmu, supaya dapatlah redeem pahala banyak -banyak..




Selamat Berpuasa..


Thursday, August 20, 2009

A.E.I.O.U STOP!

Kalau kami (aku dan dia) baru lepas breakfast atau lunch, on the way nak ke meja masing - masing ( sambil catwalk ala2 boyot hehehe model) mesti ada orang (dia) akan cakap seperti subject di atas, dan dengan serta merta aku n dia akan stop n post, stop lagi dan post lagi..

Kenapa dia suka buat AEIOU sebab pakai high heel kemudian bila jalan tu bunyi kasut tu best, kalau pakai kasut yang tak cukup 3 inch tak sedap bunyi kasut tu..ia saya cakap yang BENAR..

Di antara - antara tempat yang suka A.E.I.O.U ialah:-

  • Toilet (ada cermin yang besar)
  • Lif
  • on the way nak ke kantin
  • parking keta


Mulut saper yang paling kecik

Lemon sape lagi besau
Siapa yang beria? Hang la beria..

Persoalannya siapakah dia?

Wednesday, August 19, 2009

"Intan masuk bilik saya sekejap"

Arghh bosan dengar subject kat atas tu...everyday everytime nak kena tengok dia buat keja.
Padahal bukan apa pun masuk dalam bilik dia tengok dia sign document, dengar dia membebel and ect..Tak sampai setengah jam panggil lagi, suh minta ambilkan fail personal dia dalam cabinet, padahal boleh amik sendiri ok...Bila dah masuk dalam bilik dia mesti lama, adalah dekat 15minit..pergh...bosan giler.

Perkara yang minta di lakukan:
  • Buat kopi tak nak manis - manis sangat (selalu kena complain)

  • ambil last Board Meeting Document (padahal kat belakang dia jer).

  • call Abang Man, suruh ambil beg dia bawak masuk dalam kereta.(Bossy)

  • kena tunggu dia abis sembahyang baru boleh balik (selalu lari plan dengan kawan kalau nak tumpang balik.)

  • tolong fowardkan email (sabar jer lah,,,)
Hari aku pakai baju kemeja dan seluar tapi agak ketat sikit terus dia buat muka ketat, konun tak suka ler pakai macam ni masa kat opis, gov katakan..takkan everytime nak pakai baju kurung...bosan ler tak dapat nak bergaya..

Tuesday, August 18, 2009

Boyot Memboyot

Hish2..BOYOt2...makan jer keja dia..tu yang perut memboyot sampai tak larat bangun sampai tikus lalu pun boleh tengok sambil menjeling ke arah tikus tu. Boyot ni memang feberet famili aku, padahal banyak jer kucing kucing dalam sangkar kat depan rumah tu tapi nak gak si Boyot ni.

Kenapa saya suka kucing saya?
Sebab dia Bestttt


Kenapa saya suka kucing saya?
Sebab dia comeyyy


Kenapa saya suka kucing saya?
Sebab dia suka makan durian..


Kenapa saya suka kucing saya?
Sebab dia suka makan sambal udang, bagi satu pastu nak lagi.pastu kalau dia nak pandai lak mintak mintak dengan cara "wink -wink" mata dia.


Kenapa saya suka kucing saya?
Sebab dia suka makan apa yang kita orang makan, Mc D, KFC dan macam - macam lagi dia boleh makan


Kenapa saya suka kucing saya?
Sebab dia BOYOT..







Nak beli baju boyot ni mahal tau sampai 28Rm itu baru baju jer, dah sama harga ngn baju jalan aku. Oleh yang demikian aku n my sis beli baju baby 18 - 24 bulan baru 6.90rm jer..Siap belikan setokin baby lagi yang harga 4.90rm 2 pasang so boleh pakai keempat- empat kaki boyot. Sebab boyot jantan belikan dia nya warne biru..










Monday, August 17, 2009

"Efficient & Effective Secretaries"

13 Ogos 2009
JW Mariot Bukit Bintang...
8.30 am - 5.30pm

Speaker: Halen Rose Peterson @ Halimah Rose Abdullah (omputih minah ni)

HR cadangkan dua org (Intan & Suraya) untuk pergi ke kursus tapi my boss suruh I pergi dulu dan kak su pergi hari lain dengan alasan kena ada salah sorang di office tapi I tak berjaya untuk mendengar si penceramah tu membebel.

First session ok lagi, bersemangat dengar tapi selepas coffee break pukul 10.30am tu terus mata jadi stim dan berangan-angan untuk ke Pavillion after course.

JW Marriot ok, mesti makanan yang banyak dan best tapi indah khabar dari rupa..Pinggan yang sangat besar dalam isi sikit juga...Ingatkan lagi makanan di serve buffet tapi dapat ala carte.



































Thursday, July 23, 2009

Aku...dan diri sendiri

Ehem..ehem...
Ni baru first time nak buat blog sebegini..apa nak citer dalam blog ni sedikit sebanyak tentang suka dan duka anna selama 25 tahun di muka bumi ALLAH ni..