Showing posts with label Makan!. Show all posts
Showing posts with label Makan!. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

#IntanCelebration

Hello Hai Hai Hai (Macam Aziz Desa pulak)
Salam Satu Malaysia

Last week kan Intan cakap yang Intan pass Exam Part 2? So semalam Intan decide nak belanja Geng “I Will Survive” makan Pizza. Mesti lah makan pizza sebab tu kan makanan favorite Intan? Ikut Intan, nak makan Pizza Hut jer, sebab cepat sedap dan murah tapi Kaksu dah meroyan. Dia memang semacam ada love-hate relationship dengan Pizza Hut. Dulu time ada Salad Bar boleh lagi dia dengan Pizza Hut, now dia dah taknak. Lepas tu, Kaksu maybe ada Google pagi tu pasal Pizza lain (Taknak Pizza Hut punya pasal) and dia suggest makan dekat Capricciosa Pavilion. Intan ok je, asalkan tak lebih budget. Sebab intan boleh bagi RM100.00 je. Hehe. Sebenarnya Intan rasa dorang la sepatutnya yang belanja Intan sebab Intan pass, ni Intan pulak yang belanja.

Hari semalam kitorang makan Pizza size Family 2, size personal 1, salad 1, soup and soft drink. For 6 person. Kalau korang nak tengok apa Intan makan, check je dekat blog Kaksu. Dia dah ada update pasal #intancelebration ni dekat sini. Kaksu cakap cukup, tapi bagi Intan memang tak cukup. Intan tak puas la makan. Sorang makan 3 keping je, mana la nak cukup. Hahaha. Anyway, Intan nak ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan Intan. Walaupon Law Intan C, cukup makan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (Kata Dyba), tapi Intan sangatlah happy. Macam dorang, sepatutnya kena doa lebih la supaya Part 3 Intan cemerlang sebab sedangkan Law C Intan belanja pizza, imagine kalau dapat A, mau Intan belanja dekat KL Tower.


Sedap sangat Bolognaise Pizza ni! Berebut-rebut Intan makan dengan dorang.


Ni la bodyguard Pwincess Intan


Ni pulak para penasihat


Geng I Will Survive (Kecuali Kaklong je takde)


Toddles!
IntanLawDapatC

ButAlwaysHappy

Monday, May 19, 2014

Kecoq ayaq liuq aiihh!!!

Assalamualaikum semua.

Bulan Rejab ni dah dua minggu Intan puasa sunat dan ganti puasa.. uols da ganti puasa? Hopefully semuanya dah setel jangan last minute buat kerja.. Emm tak lama lagi puasa dah nak mula lepas puasa nak raya pulak lepas raya tahun baru, pastu umur Intan pun tambah lagi satu angka..Hohoho.. Dah! malas nak fikir-fikir nanti mati cepat sebab stress. 

Intan sebenarnya kan  teringin nak makan lemak cili api air mata berdarah kaw-kaw..Haaa baru puas hati berbuka dapat makan sampai mengalir air mata.. Sedapppnye lemak cili api tu.. Yang paling Intan suka Udang masak lemak cili api.Perghhhh!!! mana nak dapat eh masak lemak yang terpaling sedap? Any suggestion guys? Nak tahu tak, Intan buli driver bos Intan suh masak lemak cili api, esok dia kena bawak kalau tak, dia tahu la nasib dia lepas ni.. Abg Man ni driver je tapi bab makanan memang dia pandai.. Kagum lelaki pandai masak * ciri lelaki idaman. 


Ok guys Selamat menikmati!!

Toodles!!

Kecoq ayaq liuq tengok udang tu woiiii
this photo taken from here

Wednesday, May 7, 2014

Sedapnya Nandos!

Hi All,

Intan puasa harini. Isnin pon puasa. Dengan Ira. Sebab nak ganti puasa yang tahun lepas. Bila Kaksu tau, dia kata kenapa tak janji dengan dia jugak? Pastu dia perli Intan cakap Intan dengan Ira kawan baik. Haha. Dia kata dia nak puasa sama-sama tapi masa hari Isnin tu, pukul 11.30am dia dah mengamok-ngamok cakap lapar. Lepas tu dia order Nandos. Makan dengan Dyba dalam meeting room.

Intan tengok and tolong bukakkan sos. Terliur sangat. Memang Intan telan airliur je. Pastu petang tu Kaksu bagi sambal air mata. Kata dia ada kawan dia kasik (Untungla). Bukak puasa tu Intan makan nasik + telur + sambal airmata. Puas hati Intan makan nasik sepinggan. Pukul 8.00pm keluar lagi. Makan lagi. Mana la tak gemok. Hahaha.

Kaksu kata nanti Jumaat dia nak buatkan kway teow goreng tapi Intan, Dyba and Ira kena belikan bahan. Kaksu masak aje. Dia cakap dia pandai masak. Poyo jer. Ok la. Thats all for now. Intan nak bagi pesanan kepada yang tak ganti puasa lagi, boleh la ganti sebab tak lama dah kiter nak puasa kan? Nanti jadik banyak pulak hari nak ganti puasa.

Toodles!


Sedapnya Nandos! Photo taken from here.



Tuesday, May 6, 2014

Dinner @ The Ship Bukit Bintang

Hi semua..

Intan tak pandai nak mukadimah so straight to the point eh, Jumaat lepas Intan ada dinner dengan kawan, kawan bukan boyfriend tau.. masih single lagi ni jangan risau kepada silent reader ye * haaarhhtuih ada silent reader ke.. memang sentap la kalau ada.hihihi.. 

Ok ok macam ni, Intan dinner kat The Ship Bukit Bintang, nak makan kat VS mahal sangat so The Ship ni tak de mahal sangat, harga reasonable dan makanan not too bad. Sebelum sampai The Ship, Intan da plan nak makan apa kat sana start dengan appetizer, main course dan dessert.. Emm nak feeling feeling macam tekak omputih la..appetizer nak amik Oyster half dozen dan Mushroom Soup di ikut oleh main course Sirloin of coz medium rare kemudian dessert aiskrim ke buah ke tapi bila da sampai sana buka je  menu terus nampak set for dinner, set tu  promotion sempena MOTHER'S day dan ada Special Gift katanye.. tu yg  tak pandang lain terus amik set dinner tu.. mana la tau dapat hamper ke dapat bunga ke utk SPECIAL Gift tu..

So, Intan amik set tu, murah je RM 79.90 (appetizer, soup, main course, dessert tak termasuk air). Murah tak? murah kan semua dapat..tak payah nak fening fikir nak makan apa. Appetizer dia bagi mussel, mussel tu dia masak macam ala-ala sweet sour tapi dia bagi 3 ketol je sikit betol, 3 ketol tu buat taik gigi je tu nasib dia bagi Mushroom Soup, main course Intan pilih Sirloin  tapi uols boleh pilih makan lain ada beberapa jenis makanan macam chicken, prawn, beef, dessert dia bagi aiskrim buah buahan.. nampak macam tak cukup kan, tapi mmg just nice.. worth it dengan harga tu. Yang kawan Intan tu dia amik ala carte  je  kedekut tau, Rib eye je.. sebab dia bukan food lover.. ala carte murah je dalam RM 59++. 

Dah abis menikmati, waiter tu bagi la Special Gift tu,, Yeayyy.. Eh.. apa ni ringan je nipis je.. Tadaaaa dapat frame gambar warna silver pastu ada cop THE SHIP kat atas.. tak cantik pun, kedai yg jual barang 5rm for all item lagi banyak yang cantik cantik. Pastu kawan Intan kata " Haa ni yang u nak sangat special gift kan." Huhuhu.. kecewa benci tau.


Kupang 3 rasa (macam kedai makan thailand pulak)

Mango juice and watermelon juice. So refreshing!

Juicy and tender Sirloin Steak!


Rib Eye. Medium rare. Memang sedap la kan?

Another view of Rib Eye

Rib Eye lagi. Please jangan bosan. Haha

Dessert. nama dia Indah kabar Dari Rupa.

Rib Eye lagi ni. Saje letak banyak-banyak gambar ni. Annoying kan?

Im a happy girl who lovesssss food!

Toddles!



Tuesday, April 22, 2014

Nasi Mandhi Saba Restaurant Is So Delicious!

Hello Peeps!

Intan nak suggest satu tempat makan sedap kalau korang nak makan makanan arab. Macam Intan, Intan suka makan Nasi Mandhi dekat Saba Restauran dekat Seri Maya Kondo Jelatek tu. Usually kitorang kalau teringin nak makan nasi mandi kitorang pergi situ la. (Kitorang tu Kaksu, ira, Dyba, Kaklong & Intan).

Nasi dia memang sedap. Lembut and peroi je. Ayam dia pon juicy and tender. Serious sedap. Paling sedap sambal dia tu. Memang sedap sangat! Kambeng embeek embek pon ada tapi tak pernah pulak Intan try. Selain dari nasi mandi ada banyak lagi a choice of foods variety. Harga pon tak mahal sangat. Affordable.

Last Intan pergi hari Ahad. Licinnnnnnnnn sepinggan. Haha. Lepas makan, perut Intan jadik kembar macam mengandung lima bulan terus. Takpe la. Mengandung pon takpe janji dapat makan nasi mandhi yang enak dan lazat!

Selamat mencuba guys!

Toodles
Intan


Photo taken from here
This is nasi mandhi. For half portion ayam macam ni baru RM16.00 memang puas hati
Btw, nape blog ni macam blog Kaksu eh? Asyik cerita makan je?
Haha

Friday, April 11, 2014

Dinner at La Risata

Hello guys!

Malam tadi Intan pergi dinner dengan Kaksu, Sarah and Fiza dekat La Risata. Fiza yang teringin nak makan spaghetti tapi dia akhrinya kecewa sebab spaghetti kat sana out of her expectation and kaksu promise nak masakkan dia spaghetti lain. Kaksu tu memang. Kalau dengan orang lain bukan main baik je. Kalau dengan Intan selalu nak marah-marah. Pasal sos cili pon nak marah. Haha.

Ni gambar makanan kitorang malam tadi. Ambik dari Instagram Kaksu. Intan tak banyak snap gambar sebab henpon bateri kong. Kaksu kata malam ni macam failed sikit makanan dia. Tak sedap sama macam dia makan last time. Dia cakap la. Intan taktau sebab tak pernah pon pergi sini. Tapi dia punya restaurant memang lawa. Interior design dia sesuai la untuk kalau nak bawak BF date kali pertama sebab lampu dia malap dan suram. So nampak romentik. Tapi kalau ada anak macam Shein yang suka lari-lari tak duduk diam, tak sesuai sebab limited space.



Intan malas nak komen pasal makan sebab bukan kepakaran Intan. Tunggu jer la Kaksu review. Dia tu kalau pasal makan, memang lain macam. Check out blog Choyaya Secret Garden ok?

Ni first time Intan makan Squid Ink Risotto. Bentuk dia macam bubur kacang merah. Rasa dia macam cheese + ikan masin. Samadengan Intan nak muntah tapi cover cantik sebab malu la. Kan makan kat Italian restaurant? Kena la jaga sikit perangai. Tapi best experience. Thanx Kaksu bawak Intan makan dekat sini. Hari-hari makan mahal je kalau dengan Kaksu ni. Dia ingat Intan ni kerja cop duit ke?

Toodles!
Anna Dayana 

Monday, November 9, 2009

Dr. Cafe

Hari sabtu (7.11.2009) i g lepak kat Mont Kiara Dr. Cafe. I tak tahu nak citer direction how to go there, yang I tahu dekat ngn Masjid Wilayah jalan terus, u all cari building yang ada tulis Solaris.Dr. Cafe dekat ngn building tu lah. Itulah first time i g sana, maklumlah tempat2 macam tu semua tempat high class I memang tak layak nak kesana tapi disebabkan kawan I nak blanja I mimum coffee dan makan kek kat situ i relakan jua pergi ke sana walaupun i penat baru balik dari Penang..

Tempat tu very relaxing la, lebih kurang macam kat Coffee Bean..Special yang anda boleh jamah ialah starwberry cheese cake(recommended)...sangat sedap gile2..(two thumbs up for Dr. Cafe)dan kalau anda penggemar coffee boleh try kat cafe tu..mmg sedap macam-macam jenis coffee ada, yang lain tu macam biasa jer ice blended..ada lagi satu menu iaitu sandwich dipotong empat tapi inti dalam tu empat-empat berbeza(recommended)...sedap giler..ok bye...
p/s: kalau nak tahu add cafe ni carik dalam google ok..


ni roti croissant dalamnya inti rempah ratus

tempat lepak+gosip

nak tunjuk logo jer

mug yang cantik dan boleh dibeli tapi i rasa price dia mesti mahal


sandwich yang gile best, sepatutnya ada 4

tapi tinggal tiga sebab satu ada orang curik.


Pertama...ok..

Kedua...erm..ok

Ketiga... cukup2lah
"Best gile kek Dr. Cafe ni dari Secret Receipe tapi tak boleh lawan Alexis"