Tuesday, May 6, 2014

Dinner @ The Ship Bukit Bintang

Hi semua..

Intan tak pandai nak mukadimah so straight to the point eh, Jumaat lepas Intan ada dinner dengan kawan, kawan bukan boyfriend tau.. masih single lagi ni jangan risau kepada silent reader ye * haaarhhtuih ada silent reader ke.. memang sentap la kalau ada.hihihi.. 

Ok ok macam ni, Intan dinner kat The Ship Bukit Bintang, nak makan kat VS mahal sangat so The Ship ni tak de mahal sangat, harga reasonable dan makanan not too bad. Sebelum sampai The Ship, Intan da plan nak makan apa kat sana start dengan appetizer, main course dan dessert.. Emm nak feeling feeling macam tekak omputih la..appetizer nak amik Oyster half dozen dan Mushroom Soup di ikut oleh main course Sirloin of coz medium rare kemudian dessert aiskrim ke buah ke tapi bila da sampai sana buka je  menu terus nampak set for dinner, set tu  promotion sempena MOTHER'S day dan ada Special Gift katanye.. tu yg  tak pandang lain terus amik set dinner tu.. mana la tau dapat hamper ke dapat bunga ke utk SPECIAL Gift tu..

So, Intan amik set tu, murah je RM 79.90 (appetizer, soup, main course, dessert tak termasuk air). Murah tak? murah kan semua dapat..tak payah nak fening fikir nak makan apa. Appetizer dia bagi mussel, mussel tu dia masak macam ala-ala sweet sour tapi dia bagi 3 ketol je sikit betol, 3 ketol tu buat taik gigi je tu nasib dia bagi Mushroom Soup, main course Intan pilih Sirloin  tapi uols boleh pilih makan lain ada beberapa jenis makanan macam chicken, prawn, beef, dessert dia bagi aiskrim buah buahan.. nampak macam tak cukup kan, tapi mmg just nice.. worth it dengan harga tu. Yang kawan Intan tu dia amik ala carte  je  kedekut tau, Rib eye je.. sebab dia bukan food lover.. ala carte murah je dalam RM 59++. 

Dah abis menikmati, waiter tu bagi la Special Gift tu,, Yeayyy.. Eh.. apa ni ringan je nipis je.. Tadaaaa dapat frame gambar warna silver pastu ada cop THE SHIP kat atas.. tak cantik pun, kedai yg jual barang 5rm for all item lagi banyak yang cantik cantik. Pastu kawan Intan kata " Haa ni yang u nak sangat special gift kan." Huhuhu.. kecewa benci tau.


Kupang 3 rasa (macam kedai makan thailand pulak)

Mango juice and watermelon juice. So refreshing!

Juicy and tender Sirloin Steak!


Rib Eye. Medium rare. Memang sedap la kan?

Another view of Rib Eye

Rib Eye lagi. Please jangan bosan. Haha

Dessert. nama dia Indah kabar Dari Rupa.

Rib Eye lagi ni. Saje letak banyak-banyak gambar ni. Annoying kan?

Im a happy girl who lovesssss food!

Toddles!



3 comments:

Anonymous said...

Wah! Terliur la miss intan tengok steak tu..

Chooyaya! said...

tak terliur ponnnnnnnnnnnnnnnn :p
Intan nak buat apapa pengakuan tak ni? hahaha

Anna Dayana said...

Eee.. tak ada la kak su.. betol la