Friday, September 4, 2015

Intan is Back!

Hi
Hello Malaysia!

Sorry la lama tak update belog. Intan bizi la sekarang. Bizi sebab adik Intan tak lama lagi nak due. InsyaAllah next week dia bersalin la. Ni cucu pertama ni untuk Mama and Papa Intan (Yang 1 mak, 1 ayah) so Intan macam excited sangat. Kekadang duit ada balance RM200.00 pon Intan gigil-gigil keluar duit beli baju dekat Mothercare untuk anak buah Intan tu walaupon gaji lagi 20 hari. Hahaha. Sekarang kalau Kaksu, Dyba dengan Sarah keluar shopping beli baju anak, tadek la dah Intan buang masa tengok sayur dekat Cold Storage lagi macam selalu, bahkan Intan dah sama naik dengan emak-emak budak dua orang tu.

Hari-hari Intan Google pasal orang bersalin, pasal air ketuban semua macam Intan pulak yang nak bersalin. Nervous sangat! Haritu Kaksu ketawa kuat-kuat sebab Intan sebut air ketuban tu as ‘air ketumban’, mana la Intan taaauuuuuuuuu. Maklumlah takde pengalaman kan? Nak ada anak sendiri pon lambat lagi sebab  BF pon takde lagi. Sobsssss. Korang doakan la eh Intan cepat temu jodoh? Lagipon dorang semua bagi Intan sampai bulan 6 tahun depan je. Kalau Intan tak kawen-kawen jugak, dorang janji nak pretnen beramai-ramai. Time sukan pulak tu. Dah tu kalau semua mengandung, Intan macam mana? Tapi bagus jugak. Memang cita-cita Intan nak jadik Kepten Netball. Biasa kan Kaksu yang Kapten? Dulu masa kat Kuantan time sukan dia mengandung, dapat la Intan merasa sekali jadik Kepten. Puas hati Intan. HAHAHAHAHA


Sekadar Gambar Hiasan
Shein and Sophie ni comel kan? Ni time kitorang bercuti dekat Goldcoast Morib. 
Korang boleh baca pasal vacation ni dekat Blog Kaksu.

Anyway, Intan nak bagitau yang Intan akan start semula kelas pada 4 October 2015 ni, so Intan ada masa sebulan lagi untuk berpoya-poya. Lepas tu kena kosentret study pulak. Impian Intan untuk menggenggam segulung ijazah takkan Intan sia-siakan walaupon Kaksu tu selaluuuu je suruh Intan give up. Dia memang macam tu. Tak support Intan. Yang lain semua support je. Sebab dia malas nak tengok Intan muncung time buat assignment. Ok lah! Intan dah nak balik. Minggu ni ada wedding anak boss dekat Seremban. Pergi sendiri je sebab takde partner. Sedih la.

Toddless
IntankuKesepian

Tuesday, August 18, 2015

#IntanCelebration

Hello Hai Hai Hai (Macam Aziz Desa pulak)
Salam Satu Malaysia

Last week kan Intan cakap yang Intan pass Exam Part 2? So semalam Intan decide nak belanja Geng “I Will Survive” makan Pizza. Mesti lah makan pizza sebab tu kan makanan favorite Intan? Ikut Intan, nak makan Pizza Hut jer, sebab cepat sedap dan murah tapi Kaksu dah meroyan. Dia memang semacam ada love-hate relationship dengan Pizza Hut. Dulu time ada Salad Bar boleh lagi dia dengan Pizza Hut, now dia dah taknak. Lepas tu, Kaksu maybe ada Google pagi tu pasal Pizza lain (Taknak Pizza Hut punya pasal) and dia suggest makan dekat Capricciosa Pavilion. Intan ok je, asalkan tak lebih budget. Sebab intan boleh bagi RM100.00 je. Hehe. Sebenarnya Intan rasa dorang la sepatutnya yang belanja Intan sebab Intan pass, ni Intan pulak yang belanja.

Hari semalam kitorang makan Pizza size Family 2, size personal 1, salad 1, soup and soft drink. For 6 person. Kalau korang nak tengok apa Intan makan, check je dekat blog Kaksu. Dia dah ada update pasal #intancelebration ni dekat sini. Kaksu cakap cukup, tapi bagi Intan memang tak cukup. Intan tak puas la makan. Sorang makan 3 keping je, mana la nak cukup. Hahaha. Anyway, Intan nak ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan Intan. Walaupon Law Intan C, cukup makan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (Kata Dyba), tapi Intan sangatlah happy. Macam dorang, sepatutnya kena doa lebih la supaya Part 3 Intan cemerlang sebab sedangkan Law C Intan belanja pizza, imagine kalau dapat A, mau Intan belanja dekat KL Tower.


Sedap sangat Bolognaise Pizza ni! Berebut-rebut Intan makan dengan dorang.


Ni la bodyguard Pwincess Intan


Ni pulak para penasihat


Geng I Will Survive (Kecuali Kaklong je takde)


Toddles!
IntanLawDapatC

ButAlwaysHappy

Friday, August 14, 2015

Intan Pass Exam. Yayyyyy!!

Hello
Hi semuaaaa!!

Harini Intan haaaapppyyy sangat. Intan punya result Exam Part 2 dah keluar. Semua Intan lulus! Walaupon tak ekselente tapi kira ok la. Janji pass! Haha. Intan mati-mati ingat yang Law Intan kena repeat paper, tapi TERlulus pulak. Alhamdulillah. Berkat korang punya doa jugak ni. Thank you korang semuaaaaaaaaa sebab selalu support Intan dari belakang. Anyway, jom check out Intan punya result. Korang jangan kutuk ok? Intan ni part time study so nak bahagi masa tu bukan senang. Mana boss Intan lagi, Garfield lagi, study lagi.. Kekadang Intan nanges sebab penat. Tapi bila tengok result ni, Intan rasa Intan boleh teruskan sampai Intan menggenggam segulung Ijazah. Chaiyok!

Operation Management : B+
Business Law : C
Marketing : A
International Business : B
CGPA :  2.8

Nak masuk Part 3 ni, Intan nak ambik Bahasa Mandarin la. Kalau tak paham nanti or nak belajar nanti, Intan boleh mintak tolong Sarabanon. Sebab dia boleh cakap Cina sebab dulu dia sekolah Cina. Kalau nak ambik Bahasa Arab, Intan boleh tanya Adik Dyba, sebab dia dulu sekolah agama, so dia pandai cakap Aaaraaaab! (Tonasi suara Sudin), Kalau bahasa Jawa boleh tanya Kaklong Kaksu, sebab dia boleh cakap jawa campur Mat Saleh. Haha. Kalau nak tulis blog, Kaksu boleh ajar. Tak kisah pun sebab ramai orang sayang Intan dalam dunia ni. InsyaAllah semuanya jadik senang. Lepas tu kalau nak belajar silat, Pendekar Mustar boleh ajar. Aniiieeeeeeeeeeeeeeeee angkat kain dijemuran, hujan dah tuuurun. Hahahaha.

Toddles
IntanTawaDalamTangisan (Sebab still solo)


Intan, InsyaAllah bakal graduan dan bakal isteri (yang tak tau bila nak kawen) Sobbsss

Monday, August 10, 2015

Movie Outing!

Hello Hi!

Rajin pulak Intan update blog sekarang ni. Kaksu la bising, hari-hari remind Intan suruh update blog. Tenkiu la pada siapa yang sudi baca. Terharu Intan blog yang update setahun 5 kali macam ni pon ada orang nak baca. Hehe. Anyway, harini Intan nak cerita pasal Intan punya outing dengan Kaksu, Dyba and Sarah. Actually ni plan Intan. Intan yang ajak dorang tengok movie. Intan boring la, balik rumah bukan ada apa. Baik keluar tengok movie dengan dorang. So, Intan suggest pergi tengok hari Jumaat show pukul 7.40pm and semua orang setuju. Movie is on! Kitorang dari office je. Sebab office dengan KLCC cuma sekangkang kera je. Intan pergi dengan Dyba and Kaksu. Sarah pulak merempit naik motor. Kata Kaksu, parking share bayar. Sebab mahal. Intan buat keras je. Sampai harini tadek pulak dia bising mintak sorang RM3.50 ke apa. Hahaha.


Kitorang tengok Mission Impossible. RM20.00 satu ticket now. Mahal ok? (Nampak sangat Intan dah lama tak tengok wayang). Beli popcorn size medium L, share ramai-ramai. Kedekut betul.


Sarah standby pakai leather jacket. Dia kan merempit? Tengok la muka ganas Minah Rempit ni.


Dyba pon sama excited nak tengok movie ni. Ticket ni husband dia yang belikan. Husband Dyba kerja dekat Petronas KLCC. So dia tolong belikan ticket.


Nampak macam banyak popcorn kan? Padahal bila nak ambik gambar, 'bak sini balik popcorn', saja buat prop. Haha.


Yay.. Movie dah habes! Intan rasa Mission Impossible ni boring la.

Intan punya banyak bali menguap. Naseb baik la Kaksu banyak buat lawak. Dia buat dialog sendiri, pastu komen pasal suara satu watak nama Solomon Lane. Suara macam stim jer. Dah la kontrol je. Nak cakap pon macam nak tekentut. Intan rasa watak dia la yang lawak (walaupon watak dia serious and penjahat tegar) Untuk action, Intan lebih suka Mission Impossible yang dekat Dubai tu. Lagi best. Yang ni booooringggggggggggggggggggg. Tapi ok la dari takde buat apapa dekat rumah. Intan suka Tom Cruise, tapi kata Kaksu, Tom Cruise pendek. Dia pulak suka dekat Jeremy Renner, watak William Brandt (2nd hero). Lepas tu paksa semua orang suka Jeremy tu.

Balik rumah, Intan tumpang Sarah naik motor. Merempit! Intan asyik jerit je sampai air liur meleleh-leleh dekat pipi sebab kena tolak dengan angin. Dah la malam macam ni, Sarah nak cilok-cilok. Dia lupa tu, gigi dia baru patah masa jatuh motro 2 bulan lepas depan Ampang Point. Hahahaha.

Toddles
IntanLoveTomCruise!

Friday, August 7, 2015

Assemoga Izy!

Hello Hi Semuaaa…!!

Harini birthday Izy so kitorang ambik gambar sama-sama macam biasa. Intan cakap nak pakai maroon, semua orang setuju. Kaksu je la macam moody sebab dia dah rugi RM640.00 sebab salah pilih tarikh masa book hotel dekat Genting Highland. Dah siap bayar pon. Dia kata salah Intan dengan Abang Saz sebab masa dia book tu, Abang Saz and Intan sesama asyik call dia sebab nak pilih tempat. Kejap kang Bukit Tinggi, kejap kang Genting Highland, ni last-last kitorang pergi Morib pulak dah. Habes semua Kaksu book and bayar. Book 3 tempat, perginya satu tempat je. Hahahaha. Betul orang kaya dia ni. Kalau duit tu bagi Intan beli baju Garfield lagi bagus dari membazir macam tu jer.

Intan memang tak suka panas-panas ni. Dah la pakai baju kurung moden. Ketiak basahhhhh. Kali ni Intan dah terror sebab tak pakai heels dah macam birthday Sarabanon yang lepas. Kalau pakai heels lagi la sakit kaki. Jauh kot kami jalan kaki dari office ke Traders Hotel? Kaksu tu pakkal la dia suka ambik gambar. Kalau tak, Intan rasa dia memang sanggup bawak kereta nak pergi ke Traders, walaupon jarak sekangkang kera je. Sebenarnya Intan pon tak suka jalan kaki jauh-jauh tapi sebab birthday Izy takper la, Intan korban. Lagipon kami sama-sama tadek BF so kena la support each other.

Masa dalam lift nak naik office, Kaksu memandai suruh Pakcik office mana entah doakan Intan cepat jumpa jodoh. Dia tu memang tau? Tu Intan selalu cakap, ‘Suraya ko ni bodoh la’, Hahaha. Kaksu tak marah pon sebab dia tau Intan bergurau. Anyway, untuk Izy Happy Birthday Intan ucapkan. You muda lagi, baru 27 tahun memang takper kalau tadek BF. Enjoy la dulu. Kalau macam I ni yerla kena risau kalau tadek BF. Nanti Intan kawen je, terus nak pregnant. Tak sempat dah nak honeymoon ke apa. Kena ada anak 3 orang sebelum umur 40 tahun. Hahaha. Okbye!

Toddles,
IntanKetiakBasah



Yes. Intan paling depan!

Wednesday, August 5, 2015

Hello Semua!

Hello, Hi and Assalamualaikum....Salam semua!

Selamat Hari Raya! Rasanya masih tak terlambat lagi untuk Intan ucapkan Selamat Hari Raya walaupon dah masuk Syawal yang ke-20. Sorry Intan dah lama tak buat entry baru. Intan memang bizi giler. Dengan kerja, study, Garfiield kucing Intan. Memang bizi sangat-sangat kalah PM. Haritu ingat lepas exam dah tak bizi, nampaknya Intan bizi jugak lagi. Alhamdulillah Intan still survive and hidup sampai sekarang. Exam pon dah lepas and Intan dah nak masuk Part 3 dah pun. A long way to go untuk dapat segulung Ijazah. Tapi Intan akan tetap berusaha sampai la habes study. Dugaan memang banyak. Kekadang Intan rasa macam nak give up pon ada. Sedih sangat.

Dengan kerja lagi macam naharom jilake, (astaghfirullah) lepas tu nak study exam semua, dengan semenjak duduk office baru ni, kena berulang naik LRT dari Gombak ke Platinum Park and jiwa Intan yang kosong sebab MASIH SOLO SAMPAI SEKARANG, Intan rasa sangat la tough ok? Kekadang Intan nanges sorang-sorang. Intan macam tak dapat sokongan dari segi jiwa, gitu. Kekadang Intan taip meses dekat Kaksu, taip delete taip delete tak hantar pon. Lepas tu Intan nanges. Intan taknak ganggu Kaksu. Dia nampak macam busy and happy dengan Shein and family dia. Kekadang Intan tengok Kaksu ni macam tadek masalah dalam hidup dia. Semua smooth je. Boss baik, anak comel, suami sporting. Kaksu pon rajin kemas rumah, masak sedap lepas tu Kaksu selalu buat orang happy. Intan rasa sebab tu dia selalu happy. (Tetiba cerita pasal Kaksu pulak). Hehe.

Intan teringin nak ada anak, family macam Dyba, Sarah and Kaksu. Nampak seronok je. Lagipon Intan enjoy jugak beli baju untuk anak buah Intan yang bakal lahir bulan depan. Korang doakan la eh? Ni pon Dyba and Kaksu dah main janji-janji nak pretnen sama-sama. Dorang bagi Intan tempoh sampai hujung tahun untuk Intan kawen. Kalau Intan tak kawen jugak, dorang nak proceed pretnan 2 orang je. Sedih la macam ni. Apapa pun Intan tetap bersyukur sebab family Intan semua ok-ok and tadek masalah. Kawan-kawan pon always bagi support. So bila Intan fikir balik, ok je study ni sebab at least Intan tadek la asyik nak fikir pasal kawen je. Intan busy dengan study cuma tu la. Kaksu tu tak habes-habes suruh Intan berenti belajar je. Dalam ramai-ramai dia je yang tak support. Kaksu tak support sebab dia kata Intan dah lama tak datang rumah dia. SEBAB TU JE PON. Kaksu ni selfish tau?

Oklah. Tak boleh nak cerita panjang sangat. Ni pon Intan curik masa sikit-sikit buat entry ni, mana tau ada yang rindu Intan ke? Hehe. Kata Kaksu, haritu ada yang email Kaksu tanya pasal rahsia kecantikan Intan. Hehe. Korang ni pandai kan ambik hati Intan. Macam Intan, Intan memang amalkan Innershine Pati Prune and guna Safi Rania. Itu sahaja. Tapi Intan memang ambik dah lama. Alhamdulillah kulit Intan makin lama makin banyak improvement. Korang pon cuba la. InnerShine tu Intan beli 3 4 kotak sebulan. ikut bajet. Sehari makan 1 botol. Sesapa yang sun-burn, elok minum Innershine ni, cepat la hilang rentung tu. Intan sebenarnya cuba-cuba je minum. Walaupon tak sun-burn, tapi Intan punya kulit gelap. Tak sangka bila minum kulit putih pulak. So Intan menten la. TQ Innershine!

Last but not least, Intan hope untuk tahun ni akan ada miracle dalam hidup Intan. Kata Kaksu, Intan baik, suka mengalah dengan adik-beradik and family, suka happy kan orang, so satu hari nanti mesti Allah balas yang baik-baik untuk Intan. InsyaAllah..... Tak zabar Intan nak tunggu miracle to happen. Till then, korang take care ok? 

Bye!

Toddles,
IntanKuKesepian


Tak kawen lagi? Ada aku kesah? Hahahaha

Wednesday, March 11, 2015

BIZI!! Ada yang kesah ke???

Assalamualaikum..

Hello. Lama betol tak update entry kan.. Rindu nak merepek tapi memandangkan Intan sekarang ni sebok nak mencapai cita-cita sehingga ke menara gading TAPI..bukan dalam bidang lakonan laaaa.. Hahahaha.. Intan sibuk belajar, sibuk buat assignment baca buku nak test la, mock quiz la.. segala mak nenen yg berkaitan dengan belajar lah senang cite..

Macam ni la life sekarang, kerja sambil belajar. T_T.. Kalau Intan ngomel depan kak su pasal penat la stress la, nanti kak Su dia akan tanya Intan  macam ni "Intan suka dengan kehidupan Intan macam ni? Dulu masa kak su ajak Intan lepak, intan sebuk berniaga, sekarang ni bila kak su ajak lepak intan sebok pulak nak study"  Drama sangat tau... Dah tu nak buat macam mana.. masa kecik kecik mak suh belajar tak nak... asyik nak berlakon je dah besar besar tua bangka ni barulah nak study.. baru lah sebok ngko nak mencapai cita cita sampai menara gading.. T_T Ongkata belajar tu tak kira usia.. Belajar itu kan satu ibadah!!! Iye ke edok..

Sebenarnya susah juga kan kerja sambil belajar ni?.. mana nak bahagikan masa untuk menggalas kerja kerja setiausaha, belajar, social dengan pelakon pelakon lain.. Aduh!! stress ooo... Mula mula kan Intan memang tak dapat nak terima Intan kena berhadapan dengan semua ni.. memang rasa da give up betol rasa macam arghh malas la nak study.. kerja je la jadi setiausaha sampai umo 60 tahun itu pun kalau syarikat rasa Intan ni ada kepentingan.. Tapi bila hati kecil berkata " Intannnnn ko belajar..untuk masa depan ko...walaupon ko da tua tapi masih cantik masih single masih lagi director Ahmad Nisfu nak amik ko berlakon.. Teruskan usahamu Intan.. ******eh heloooo sister wakeup!!! berangan je....

So Intan pun teruskan juga belajar..Sekarang Intan dah berjaya naik satu level, which is i am in semester 2 at UITM.. Wow!! bangga dengan kebolehan diri sendiri walaupun masa sem 1 tu macam macam dugaan rintangan halangan cabaran tapi Intan usaha..Akhirnya berjaya.. Alhamdulillah!! Lagi sekali sebut... WOW!!! Perkara paling mencabar masa belajar ialah EXAM.. emm boleh tak kalau kerajaan buat satu sistem yang mana bila belajarrrrr je tak perlu ada exam, belajarrrrrr je sampai habis sem..tau tau da grad? Hehehe.. melainkanlah kalau berlakon? perlu casting.. Haa tu perlu tu perlu.. kah kah kah..

Berbeza tau cara belajar full time dengan part time ni.. Full time ni tiap tiap hari ko kena bangun awal, tiap tiap hari ko nak melawa sakan.. ye arr nak berhadapan dengan lecturer (lelaki) yang konon hensem tu.. Belajar ke mana focus ke mana.. Melainkan ko betol betol menanam sikap untuk berjaya dalam pelajaran ko dan memberi kebanggaan kepada parents ko.Haaa ko hado?.. Full time kelas ko memang da di jadualkan untuk belajar itu belajar ini, quiz itu quiz ini, presentation dan sebagainya.. Berbeza pulak dengan student part time macam Intan ni.. Kena buat jadual belajar sendiri, pastu kena buat revision sendiri sebelum start kelas (ahad sahaja ok....sungguh kejam) pastu kena buat buat paham kalau ada certain perkara yang tak jelas sehingga lah ko jumpa lecturer ko pada hari ahad ataupun ko boleh terus online dalam student portal if ada subject yang ko tak paham so boleh terus usulkan kat situ.. Lagi pula semua bahan bacaan macam slide, notes kena print out sendiri.. Semua tu cost ok cost.. tak nak print pun xpe uols boleh save and masuk dalam ipad je tapi tak style la... kata student kan.. mesti lah sebok sebok dengan kertas pastu ko nak menconteng note tu dengan mind map bagai pen warna warni lah... jap jap pen biru pastu amik pen hijau pastu amik pulak highlight.. hahaha pui!!!!  Kalau tak pass gak exam tu tak tahu la mak Jemah...

Now Intan dah belajar macam mana nak kerja sambil belajar, first kita tau je subject apa yang kita da register untuk sem tu every day check dalam portal if ada lecturer upload slide atau note dan study bab tu.. sehari sekali la tengok if ada lecturer bagi tips ke apa ke.. Pastu balik umah baca lagi buku at least sejam menelaah  tak paham pun takpe at least kita aware nanti bila lecturer tengah membebel kat depan kita.. takde lah ko ternganga melopong je.. Kelas da la sebulan dua kali setiap ahad pulak tu.. orang tengah berkeroh keroh tido, kita da siap siap nak pergi kelas.. sedih sangat.. Takpe Intan.. bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian..

Apa yang kita sedang usahakan kena teruskan juga... Jangan berhenti separuh jalan jangan patah balik, jangan pandang belakang, jangan pandang belakang congkak.. chayok chayok!! ok lah guys.. Intan nak baca buku subject Business law.. Baru tengok slide kedua da menguap banyak kali.. apa pun tak boleh.. Wish me luck!!! Bye


Toodled
IntanBiziBelajar