Wednesday, July 26, 2017

Intan & Emas Berpisah Tiada..


Assalamualaikum semua readers and silent readers.. Eh ada ke readers untuk blog I  ni.. Setahu Intan, yang banyak readers dan silent readers ni blog yang femes dan meletop macam blog  kak su.. Mana taknya, kalau Intan pergi kelas (Puncak Alam) dalam kelas tu nanti mesti ada orang panggil “Intannnnnn, Intannnnn” , kita toleh la dia, tapi macam tak kenal, siapakah ko? Emmm u Intan kan? Ye aah saya Intan, and who are u? Dalam hati Intan mesti dia ni kawan kak Su, readers Kak Su, atau silent readers kak Su. Awak.. nanti kim salam kat kak Su eh.. dia tu kelakar la.. suka tengok blog dia banyak info pasal makan.. Emm  ok nnti I sampaikan pada kak Su.. See? kita tak kenal dia tapi dia kenal kita.. kira macam artis la kan..tapi bukan I la yang artist tu.. Tahniah Suraya kerana memperluaskan networking sampai ke Puncak Alam.. Good Job!!

Ni Intan nak share citer pasal emas 916.. Semenjak dua tahun lepas, perangai mak mak sangat tau.. Tak tahu kenapa, tiba tiba suka dengan emas, sama ada faktor usia atau pun da besar besar ni ada duit lebih sikit nak reward diri la kononnya, tu yang beli emas.  Beli emas ni tak rugi tau!! Silap- silap boleh buat investment. Mana tau tengah sesak-sesak, boleh la pergi pajak, ni kes macam Intan la. Nak biaya kos peguam (kata beli rumah) so mana nak cekau duit dengan keadaan sekarang ni, Intan bagitau mama masalah ni, pastu mama kata tu.. kling kling (sambil tunjuk gelang macam anak mami) dia kata pi la pajak.. T_T sedih nak pergi pajak sebab kita memang beli untuk pakai, tapi mengambil keputusan drastik untuk tidak pajak tapi kuarkan duit simpanan TH, Asb, korek la mana mana saving.. punya la nak selamatkan emas..Gila tak sayang wey.. beli dengan titik peluh tau, dapat bonus sanggup tak shopping handbag , baju, kasut dan sebagainya hanya untuk gelang emas.

Intan kan sekarang perangai, kalau pergi shopping mall MESTI nak masuk kedai emas, HABIB ke Poh Kong ke, Wah Chan ke.. mesti ok.. Dapat tengok dan try try gelang pun takpe.. janji dapat rasa emas tu.. Tengok emas ni boleh hilang stress (temporary je) tau. Feeling dia macam dapat pakai handbag PRADA.. Masuk kuar kedai emas, tanya harga semasa, tanya upah, buat nego, lastly tak beli. Miahahhaa.. cakap macam power je macam banyak duit je. Emm boss, ni gelang berapa gram? U tolong kira berapa, harga u offer berapa.. bila dia da bagi price, minta kat dia calculator.. tot tet tot tet Intan buat calculation (plus minus je pun) pastu cakap uish.. mahallllnya ..muka kasi confident padahal duit takde tu.. tapi apadahal.. kita customer maa…Pastu belah masuk kedai lain pulak. Intan sanggup menghabiskan 2 ke 3 jam untuk belek2 emas.. Kak Su, Dyba da paham sangat perangai Intan. Intan siap cakap, kalau korang nak pergi jalan mana mana pergi lah, intan nak stay kat Habib (KLCC), apa apa roger.. Orang kat Habib tu pun da kenal Intan..sampai dorang pun malas nak layan Intan T_T.

Intan kan kalau nak beli barang kemas, ada dua option. Option pertama pergi Kedai Emas Nazir kat Datuk Keramat, berhadapan dengan kedai tomyam.  So far kedai tu offer harga agak murah terutama dari kos upah, untuk segram pun agak murah berbanding dengan kedai ternama seperti Habib, Poh Kong dan sebagainya. Kedai Nazir ni still boleh lagi nego kat kos upah, boleh bawak bincang.. uols boleh tgk kat FB, Nazir  Tukang Emas – HQ, kalau kita pm dia tanya harga, cepat gak dia reply untuk bg info. Cuba la korang usha usha dulu. Banyak jugak design yang latest ada kat situ. Option yang kedua , Intan beli online kat kawan Dyba. We all selalu whatsapp untuk update latest design, harga pun murah untuk segram TAPI harga upah agak mahal tapi still boleh nego. Yg kawan Dyba, namanya Nor Hidayah ni emas dari Kelantan, emas 916 ye.  Kita boleh beli thru online, Alhamdulillah Intan da dua kali beli secara online dan selamat sampai kat tangan yang comel ni.  Lagi satu, Dayah ada buat preloved barang kemas. Harga lagi murah sebab takde harga upah so hanya bayar harga emas je, bagi Intan kalau kita nak pakai barang kemas untuk diri sendiri boleh je beli barang kemas yang preloved. Tapi barang preloved ni limited design, ada yang baru ada yang lama. Tapi bag Intan still emassss!!!.. Kalau uols nak try barang kemas preloved atau beli barang kemas yang baru boleh gak try tengok kat FB . Noor Hidayah Ariffin.

Jadi, tak rugi beli emas..tapi jangan beli lepas tu tak pakai pulak. Rugi dan nanti kena zakat. Dan jangan la kita pakai untuk menunjuk nunjuk kat orang, riak pulak jadinya, maka pakailah berpada pada sesuai dengan keadaan dan tempat. Peringatan untuk diri sendiri jugak ni.. sape sape yang minat emas kita geng.. hehehe.. :) 


Wah.. berjam-jam pun tak pe.. akak sanggup


Hai di sana.. 

Monday, July 24, 2017

Intan is Back!

Hi semua. Assalamualaikum! (Tak jawab dosa)

Tak sangka dah setahun lebih dah Intan tak update blog Intan ni. Last update pasal exam yang Intan pass tu last year. Now Intan dah lepas exam Sem 6 dah tapi result tak dapat lagi. Ada lagi 3 sem nak abis. InsyaAllah Intan akan abes study hujung tahun depan (2018). Merdekaaaaaaaa!!! Lepas abes degree ni, Intan takde plan nak sambung Master pon. Dah la. Dah 5 tahun Intan struggle study tau? Kalau exam je macam orang giler Intan study. Pergi library, buat study group, Intan study sorang-sorang sampai tak cukup tido... Kata Kaksu Intan ni tak berapa pandai sangat tapi Intan usaha sebab tu Intan punya result, markah cukup makan je. Siot betul! Hahahaha tapi Intan mengaku yang Intan tak berapa pandai. Kena belajar macam nak giler baru la dapat paham. Ada kawan Intan tu, study ala kadar je. Time study group buat-buat bodoh, sekali result keluar dia paling tinggi markah. Intan agak dia sengaja buat-buat macam tak pandai kot? Entahlaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Yang penting INTAN DAH TAK SABAR NAK HABES BELAJAR! Kaksu ada cakap suruh Intan study je tak payah fikir pasal kawen. Biar sampai jadik Professor. Dia perli Intan la tu. Hahahaha. Kaksu tu memang, orang lain semua suruh Intan study hard, dia sorang je tak abes-abes suruh Intan berenti belajar. Hahahaha.



Teringat pulak time pergi naik Cruise 2 tahun lepas. Intan ingat nanti Honeymoon nak naik cruise lagi la... 

Result Intan akan dapat 15 Ogos 2017 nanti. Korang doakan lah Intan pass eh? Now Intan tengah semester break. Naik kelas balik pada pertengahan September. Kalau la Intan punya cuti banyak and Intan banyak duit, Intan nak pergi bercuti dekat Greece. Bestnyaaaaaaaaaaaa!! Tapi tulah, duit pon tak berapa ada sebab Intan dah banyak abes untuk beli rumah bebaru ni. Tu pon taktau la loan lepas ke tak. Kalau loan lepas maksudnya Intan dah ada rumah la. Rumah dah ada, kereta dah ada (walaupon Ferrari oren je), tak lama lagi nak ada degree, kalau takde orang nak jugak, taktaulaaaaaaaaaaaaaaaa. Intan ni pon rupa ada jugak la sikit-sikit. Ramai cakap Intan macam Neelofa. Abang Saz pon cakap jugak macam tu tau? Hehe. Intan hope tahun 2017 ni bagi Intan sweet memory la. Kalau boleh Intan nak cecepat kawen. Harap-harap dapat la calon suami yang iras-iras Aaron Aziz. Tapi Intan lagi suka Azhar Sulaiman sebenarnya tapi kalau macam muka Azhar Sulaiman bahaya jugak sebab dia ada iras ex-bf Intan takot nanti tak boleh nak move on. So Aaron Aziz kira ok jer la. 

Ok la. That's all. See you guys dalam next entry yang taktau bila. Kenang daku dalam doamu. Babai!

Love,
Intan Harum Mewangi