Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Monday, December 15, 2014

Jangan la boss

Assalamualaikum.. (baca dengan low tone.) Hari ini memang rasa bengang dan tengah membara.. Darah terus naik ke muka.. Merah rasanye.. Dapat rasa ooo... Orang kata kalau tengah marah kita beristighfar.. Tapi Intan tadi tengah marah tak ingat apa.. Habis semua kereta Intan langgar tadi.. Aaaaa TIPU!!! Dapat control sebenarnya...

Actually pagi tadi mood Intan ok, sebab Intan baru je whatsapp kawan Intan (Lelaki tapinya), Takde apa pun just nak wish good morning dan bagi kata-kata semangat sikit.. Haaa dengar macam nak tackle dia kan? Ada la sikit sikit mana tau ada jodoh.. Kita usaha tapi Allah yang tentukan.. Nampak tak Intan usaha tu walaupun terpaksa jadi muka tembok. Mesti kawan Intan tu macam pk " erk pompuan ni pehal pagi-pagi whatsapp good morning." Tapi tapi i dont mind pun ko nak pk apa, yang penting aku usaha... Eh!! jap, nampak desperate tak klu macam tu? Tak kot... Hik hik hik..

Haa ni nak cerita kat korang, Intan bengang pagi tadi sebab dapat call dari boss Intan, kalau cakap       elok- elok tu kita boleh terima teguran dia tapi ni marah kita macam kita ni budak sekolah darjah 4 yang mana bila ada homework tak siap.. Eh hello common lah... syarikat dah bagi dua pilihan kan nak masuk kerja pukul bape. Jangan la nak control hidup i boss.. Please!!!..  6 tahun i sabar dengan perangai u,  6 tahun tahan muntah tengok document, 6 tahun tahan tekak makan kat kafe.. Appreciate la i sikit boss, i x minta dan paksa u untuk kawin dengan i..Eh? hahahaha.. Tak nak pun kawin dengan dia..

Pagi pagi dalam kereta sepatutnya kita kena beristighfar banyak-banyak, supaya bila kita masuk kat office bos tengok kita dengan hati yang tenang dan terbuka dan di permudahkan urusan kerja dan di buka pintu rezeki.. Tapi Intan dalam kereta layan henpon, layan game tu yang asyik kena marah je.. Tapikan, nak marah Intan sebab datang kerja lambat? Eeee nonsense.. Intan datang pun ada lagi 30 minit sebelum office hour, barangkali boss rindu la tu kat Intan..Tapi tak payah la nak marah  kot iye pun rindu..Jangan la jadi hipokrit boss nak mengaku.. Kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan seperti suka melihat setiausaha yang cantik ala-ala Dato Siti Nurhaliza.. Emmm.. Ok ok jangan la jelir lidah tu.. Intan tau korang cakap perasan gila pompuan ni.. Biasalah manusia kan memang suka perasan cantik.. Berangan free kan..tak salah kan..

Intan rasa boss Intan tu memang suka je nak suh Intan mengadap muka dia dari jam 8.15 sampai 5.15. Baru tenang hati dia kan, ye la..mana tak tenang, mengadap muka secretary yang ala-ala Dato Siti kan. Hahahahha.. Tapi Intan nak privacy la boss, please la paham..Jangan la buli Intan boss.. Bagi la kebebasan pada Intan boss.. T_T Boss suh Intan masuk awal, ok fine I masuk awal tapi bagi lah balik awal juga ni tak..drag sampai kol7.. Dua jam tu Intan tak buat apa apa pun.. muntah keluar pun masuk balik.. Intan tak tahu la function Intan tunggu dia meeting, bukan masuk sekali dalam meeting buat minute ke atau buat-buat sebok ... Cuma abis meeting tu boss call Intan suruh call driver dia naik atas amik bag dia? i was like ????/ @#$%^%$##... Dah memang gitu caranye.. Pasrah je la..

Kepada boss, walaupun boss tak tahu Intan tengah cerita pasal boss, di harap boss maafkan Intan ye.. Boss tolong la ubah perangai boss yang suka control dan concern pasal Intan.. Intan appreciate sangat tapi jangan lo over boss..

Toddles!!
IntanKehilangan 

Wednesday, October 1, 2014

Hanya Cinta Platonik..

Assalammualaikum..

Apa khabar semua? Intan baik Alhamdulillah..  Cuma otak Intan je tak berapa nak sihat harini.. Bukan otak je malah perasaan semakin tak keruan..Keruan ke karuan? Arghh takper janji korang pahamkan. Adakah ini dinamakan Cinta? Rindu ? Sayang? Ah ha.. Cinta la sangat.. Padahal rindu kat Garfield.. Seekor kucing betina yang sangat gemok dan pemalas.. Hanya tau makan, minum, pupu, mencantikkan diri serta meowwww  bila lapar. Benci tapi sayang... Hahaha.. Sebenarnya bukan nak cerita pasal Garfield pun..  

Intan just nak share dengan korang perasaan Intan saat ini ketika ini hari ini.. Seriously Intan tak tahu macam mana perkara ni boleh berlaku. Dulu masa dia suka kat Intan, jual mahal.. tak nak bercinta la, nak utamakan career dulu walaupun jadi pelakon tambahan. Intan mana la tahu pasal cinta- cinta ni masa tu umur baru 18 tahun.. Intan bagitau dia nak scandal je.. Scandal pun Intan tak tahu apa main sebut je ye laa kan bila berkecimpung dengan dunia seni ni memang selalu dengar perkataan tu. Hahaha.. Semenjak tu terus dia senyap, kecewa barangkali. So kitaorang lost contact almost 5 years.. Sepanjang 5 tahun tu, dia ada sms Intan bgtau dia dah nak kawin, tapi that time Intan bercinta dengan orang lain (cinta monyet), so takde pun rasa kecewa ke apa ke.. Intan ok je.. tapi tak tahu kenapa Intan tak datang kenduri dia.. Rasa Intan bz dengan dunia lakonan kot. Hahaha..

So dalam tahun ni kitaorang contact semula. Kerap la whatsapp tanya khabar dia tanya khabar anak  dan family dia.. OMG dia da ada dua orang anak.. Dia baru 32 tahun tapi anak dah dua. Cepat betol masa berlalu. End up kitaorang decide nak berjumpa.. Bila da jumpa, chatting itu ini. jadi seronok. macam ada satu perasaan nak repeat lagi.. Repeat untuk berjumpa bukan bercinta. Bila dah jumpa tibe- tibe macam ada satu perasaan..bukan macam tapi memang ada satu perasaan rindu kat dia.. sayang belum lagi tapi rindu.. Asyik whatsapp je tanya bila nak berjumpa. Tapi kitaorang paham dan tahu batas- batas. Intan respect dia, dan dia pun respect Intan. Intan dengan dia sebenarnya rapat memang da jadi BBF la.. Tepuk tampar dah biasa da..not hurt feeling la.. Takde langsung rasa cemburu dengan isteri tercinta dia takde rasa sakit hati dengan dia.. Intan happy je dengan dia.. Sayang dia.. Tapi dot dot dot..

Orang kata kalau da rasa macam bercinta dengan BFF sendiri namanya CINTA PLATONIK. Intan tahu ni pun dari kak su (choyayablogspot). Selalu memang kak su yang suka bagi bahasa -bahasa bangsawan ni.. Maksud cinta platonik tu ialah "wujudnya kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud, senang citer hubungan antara ko dan aku sangat rapat tetapi sikit pun tak ada rasa nak bercouple...ye lahhh kau kan dah kawin kalau kau tak kawin aku sudi je nak jadi isteri ko. Hahahaha So berhati hati lah dengan cinta platonik kalau tak dapat kawal... makan diri wey...

zokzok (xoxo)


Inilah Garfield.. Nama sebenar Garfieldah Amanda.. crocodile her BFF, dia pun nak cinta platonik..

 Biar hitam sejarah hidupku.. Namun aku tetap tabahkan hati...

Toddless
IntanPlatonik

Friday, September 12, 2014

PEMBULI JALANAN

Assalamualaikum kepada pembaca blog Intan..

Haa.. tengok entry je uols  mesti teringat kat KIKI si ratu steering lock tu. Actually KIKI dengan Intan  tak de kena mengena tau bukan kakak bukan adik, kazen, BFF mahupun adik bradik tiri tapi kami saudara dalam Islam.. Emm.. Hebat kan dia.. Terus Jadi famous.. Tapi tak lama sangat la dia famous sebab lepas kes dia kita di timpa dengan satu kejadian iaitu pesawat MH17 terhempas dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, sungguh tragis. Al - Fatihah.. Wah!! mukadimah yang hebat kan di pagi jumaat yang indah ni.. Alhamdulillah..

Ni ha.. cerita sebenar yang Intan nak share berlakunya semalam, pagi semalam. "Al kisah.. Tersebut la kisah... Sang kancil datang beramai- ramai mengadap Sultan Firaun..Ketepek!!! Mana Firaun pakai Sultan.. Bodoh!!!"  Hahahha.. Ingat tak cerita apa tu? 

Ok ok cerita dia macam gini, pagi semalam masa on the way nak pergi kerja, Intan lalu jalan biasa (Jalan Gombak). Pagi -pagi yg sejuk tu memang kita ada rasa macam perasaan malas nak kerja malas nak bersiap malas nak drive, dah tu blur pulak kan.. Tapi Intan cantik pagi-pagi. Hahaha.. So Intan bawa keta tak laju dalam 60 ke 70 km/hour.. Viva kan tak payah nak pecut laju sangat la.. Tengah drive ni Intan duk lane paling kanan dan lagi 5 meter  ada traffic light kat depan, Sebelum sampai traffic light tu Intan tetiba macam nak tukar lane.. nak duk lane tengah lah sebab kita sedar diri, bawa Viva je so tak payah la nak ada kat lane kanan khusus untuk kereta laju kan.. Intan da bagi signal nak masuk lane kiri plus Intan usha side mirror and semua mirror yang ada, toleh kiri kanan kiri kanan.. memang takde kereta.. Tidak ada satu pun raksasa atau alien kat jalan tu.. Tup tup satu kereta Exora warna hitam pancung dan duduk depan Intan, Nasib kereta ingatkan gajah macam kat Krabi tu. Dah la tak pasang lampu..mana arah datang ntah tibe-tibe muncul.. Siut betol. So kereta tu dah menyenget sikit, kata pancung.. Keta dia tak tinted so Intan boleh nampak laki ke perempuan. Lepas tu dia buka tingkap keta.. Intan nampak la dia kuarkan tangan dia tapi dia pandang Intan melalui cermin belakang, dia pakai baju kemeja warna cerah belang belang pastu pakai jam tak tahu ori ke tak, lepas tu dia tunjuk FUCK kat Intan.. Ek eleh jantan ni.. ko pehal.. Intan balas balik.. tak nak kalah.. Intan buat apa tau? Intan pun bukak tingkap lepas tu lambai-lambai.. *melawankan. Hahahha.. Nampaknye dia tak puas hati la.. dia tunjuk lagi FUCK kat Intan.. Huh!! Intan buat flying kiss.. Tup tup lampu hijau dia terus pecut laju.. Intan pulak terkedek kedek la nak jalan.. Viva ok viva memang cool keta macam keta sport tak boleh duduk ramai-ramai.. Yang bila nak corner nanti dengar bunyi "king..king..king"

Mesti mamat Exora tu bengkek dengan Intan, mesti dia kata.."Bodoh punya orang, aku nak tengok siapa yang bawa ni? Huh da agak da.. POMPUAN pakai tudung!! lembab!!"  Dia tak tahu pulak Intan kata apa.. I SED STOP THE BULLY LA STUBID!!!!! TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN MAMPU MENGGONCANG DUNIAAaaaaa!!!!!!! Ha.. Puas hati Intan.. 



Toddles
IntanCool4eva

Tuesday, September 9, 2014

Copycat

Assalamualaikum Love!!!

Uols nak entry baru dari Intan? Tak sempat Intan nak up cerita baru di blog, ada seorang penulis blog iaitu KOCIP (nama sebenar dirahsiakan) yang MELETOP serta baik hati menulis serba sedikit pasal Intan.. Wah macam diva pulak rasa.. Uols boleh baca di SINI . 



Kesian... Dah cantik takde gigi pulak...Mohon bantuan untuk penyakit beliau...



Toddles
IntanDivaDeAmore

Friday, August 15, 2014

Shanghai Like A Diamond

Assalamualaikum..

Hi uols..  Hari ni Intan nak share cerita Intan pergi Shanghai. Tak tahu la memori Intan ni kuat lagi nak ingat balik  trip tahun lepas (2013). Cerita ni takde tips ke apa, saju suka suka!!!

Mula – mula Intan malas nak pergi tau.. Sebab tahun 2012 Intan dah pergi HongKong rasanye mesti  "konsep" makanan, environment, attraction..dia macam sama kan..  Cousin Intan ni le, pengaruh dan paksa ikut dia. Bila Intan tanya dia sape  join? Dia kata kawan dia dengan husband.  Oo.. ok la orang muda pergi.. Baru la adventure gitu.. Kita orang pergi naik Air Asia dan selamat tiba di Airport Shanghai, perjalanan ni amik masa 6 jam. Kami berlepas jam 6.30pm so sampai kat Shanghai dah tengah malam.. Package Shanghai ni kami beli kat Groupon je, murah! semua include; accommodation, underground, hotel dan transport. Tak salah, Intan bayar package tu dalam RM 500++ tak termasuk tiket flight tau.

Sampai je Airport Shanghai, tour guide kitaorang da tunggu kat gate. Dia berdiri kat gate dengan berpakaian putih.. Oh My Gucci!! He so cute!! Macam artis Korea, rambut keteng-keteng. Intan pandang dia tak berkelip-kelip… Dia jemput kitaorang dengan bas persiaran.. Ha mesti uols rasa macam ramai kan? Memang ramai pun.. lebih kurang 10 orang. Actually bukan cousin Intan dengan kawan dia je ikut tapi mak bapak dia makcik dia, kawan mak dia ikut sekali, so yang muda-muda 4 orang je yang senior lebih kurang 10 orang.. Tapi mak ok je.. janji dorang tak control .. Takot jugak makcik-makcik ni kadang-kadang tak sporting kan… Alhamdulillah dorang semua cool dan sporting..

Intan ke Shanghai awal bulan April dalam belas-belas hari bulan selama 7 hari 6 malam. Cuaca malam tu sejuk je lebih kurang 10-18 darjah celcius.. Tak salah Intan masa tu nak masuk musim spring.. Malam pertama tu tour guide terus hantar kat hotel memandangkan kitaorang touch down jam 12 tgh malam. Hotel tu berdekatan dengan airport.. Intan tak ingat nama hotel tu apa, tapi sampai je dalam bilik terus tido, memang dah mengantuk sangat.. Intan akan cerita pengalaman kat sana dengan tour dari Hari 1 sampailah hari Intan nak balik ok.. 

Before depart, tengok lengan orang tu boleh tahan gemok.. Gigit pon sedap.. 


 Kalau naik plane, mesti ada ada gambar macam ni.. WAJIB!! 

Hari 1
Hari pertama di Shanghai, tour guide kitaorang nama dia Jacky, dia bawa kami jalan-jalan sekitar Nanjing road. Tak ada yang manarik pun, biasa aja. Ada la mall yang ala-ala Pertama Kompleks tu.. Lepastu bawa kami naik bas dua tingkat, dia bawa pusing-pusing kat town. Intan duduk yang tak de bumbung tu.. syiok laaa feeling-feeling kat London gitu.. Berangin-angin dan sejuk sikit. Tiket bas tu dah include dlm package so tak tahu harga untuk seorang berapa. Recommended naik bas hop on hop off ni. 

 Ni sekitar Nanjiing Road, Shanghai.. 
.
Tengok si gemok tu macam mengandung 3 bulan, dah la badan berketak-ketak..Aduhhh fail!!
Jeles.. Sarah(cousin) kurus je.. Senang je nak pose sana sini tak perlu nak berselindung nyorok tubuh badan kan..


Lepas dah ronda-ronda area Nanjing road, Jacky bawa pergi makan kat restoran X (tak ingat nama). Bila kita orang masuk je dalam restoran tu, duduk kat meja bulat lepastu ada 10 botol beer sorang satu dapat jangan berebut ya.. Hahaha..pastu ada ayam, daging yang kami tak tahu status mereka da kena tebuk atau potong ikut suka dorang.. Kami dah mention kami kena makan yg ada restoran halal sahaja, mana boleh bawa makan kat  restoran sembarangan .. We are Muslim.. Si Jacky terkejut sebab dia tak tahu pasal tu.. Hishhh.. takkan la tak tahu kan sebab masa beli package tu dah bagi tau dalam email yang kami Muslim dan meal kena yg halal atau pun veggie. Makcik pakcik opah atok nenek yang follow kami tu dah buat muka bengang.. Kan da merajuk!! Alolo sian diorang.. Takpe la.. Jacky request kat restoran X suruh sediakan veggie food dan air oren. Nah!! 10 jenis lauk semua sayur je.. Hahahaha.. Tapi Intan suka je.. sebab bagus untuk diet memandangkan bentuk badan dah macam orang mengandung 3 bulan tu.. 

 Hahaha.. opah nenek atok muka masam je... Semua protes tak nak makan.. Tak nak sudah!! 
Nasib ada opah tu bawa sambal ikan bilis.. boleh la dorang makan dengan nasi putih.. 


SUZHOU

Depan pintu masuk "The Couple's Garden Retreat"

Menurut kata MR WIKI.. The Couple's Garden Retreat  terletak di bandar Suzhou, wilayah Jiangsu, China adalah sebuah taman klasik terkenal Cina. Ia diiktiraf dengan lain-lain taman-taman klasik Suzhou sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Ha.. ni kita orang kena paksa naik sampan ni, dia akan bawa kita orang ke pintu keluar. Nenek ni terpaksa kerja nak menyara keluarga dia.. Sian dia tapi paksa naik macam mana eh? Bengang pulak!!! nak cross sungai ni takde la jauh pun sekangkang kera je, tapi kita nak support nenek ni teruskan juga la niat tu. Nenek ni akan menyanyi beberapa lagu tapi bahasa dia la.. Kira kuat jugak tangan dia ni nak mendayungkan.. Emm da sampai kat tebing tu kita orang semua nak naik atas dia buat signal suh bayar.. what!!! Da la paksa pastu kena bayar pulak, kita orang pakat ramai ramai letak 1 yuen ada yg letak 2 yuen, lepastu nenek ni belagak, dia tak nak lepas tu menyombong pulak.. Tak pe tak pe jangan menyesal Cik Salmah!!!

Tak ingat tempat ni nama apa, tapi cantik la view.. Ramai orang tangkap gambar je kat sini..


Masa  ni nak senja dah.. Tapi tempat ni kat Suzhou tau bukan di Shanghai.. 

Memang teringin sangat nak santai macam ni.. Berangan konun-konun kat London.. Ni abang Jacky yang amik picture ni.. Rindu pulak kat dia..

Ok ni da sampai kat hotel tapi macam biasa la tak ingat nama hotel. FYI, kita orang akan berpindah-pindah hotel selama beberapa hari, tiap-tiap hari dapat tido hotel lain, tapi jenuh la nak turun naik angkat beg yang besar tu..Tu sebab badan Intan berotot-otot.

 Hari 2
Morning Suzhou.. Harini kami check out dan akan menginap di hotel lain pulak.. Yeayyy.. Sonok sonok.. Kat hotel tu bekpes pun bukan boleh makan semua makanan.. Intan amik sayur kangkung dengan roti bakar je.. Yang lain nampak sedap tapi nampak banyak yang tak halal.. telan ailio je.. Kata abang Jacky itinerary utk hari ni nak bawa pergi tengok kilang silk. Woo!!! bila dengar kilang silk, da berangan nak beli kain silk banyak -banyak mesti murah kan.. kata dari kilang selalu harga lagi murah berbanding dekat mall.

Coz I'm Happyyyy happyyyy.. Sarah suka pakai suar warna blok tau.. pink la hijau la kuning la.... untung la kaki kurus.. Kalau Intan pakai seluar macam warna blok tu memang free la dapat pahala sebab orang dok kutuk mengata kita kan.. iye ke idok!!!

Ohh ni kilang kain tu.. Sebelum dia orang bawa kita membeli belah kain, dia akan bagi penerangan macam mana silk ni di perbuat. So nampak lah ulat-ulat kecik tu dia dok guling sana sini lepastu kua la benang dia so and so and so la proses pembuatan tersebut.


Gambar ulat tu Intan google je. No camera no video at this area kata Jacky


Tak cantik kan? memang tak cantik pun.. ni langsir.. bukan kain.. memang tak beli pun mahal weh.. Bagi Intan mahal la sebab Intan bukan minat bab-bab kain ni.. Tapi kan kawan Jacky ni pengaruh kita orang beli.. Eee tak suka la.. If kita beli barang kat situ, tour guide akan dapat tips.. Haahhaha.. sian Jackie dapat customer yang tak berduit.. Kita orang semua bukan nak membeli belah datang sini, cuma nak tengok-tengok aje. Antara kita orang semua, ada pulak satu makcik ni beli beberapa jenis bantal yang di perbuat dari silk ni, Pakai credit card katanye, tapi kecoh juga lah masa nak swap card sebab decline.. Rupanya makcik tu tak inform bank yang dia nak guna kad tu untuk pergi overseas.. So pada sesiapa yang guna credit card jangan lupa inform bank ye..

WUXI
Kawasan di sekitar Nanchan Temple. Kebetulan time Intan sampai tu diorang ada buat expo apa ntah Intan tak amik port pun. Abang Jacky bagi masa 2 jam untuk shopping. Kemudian dia nak bawa naik cruise. Shanghai ni memang popular dengan terusan (canal).


 
 Depan Nanchan Temple.  
Agak sejuk cuaca masa ni, lebih kurang 10 celcius, tapi malam cuaca lagi sejuk sampai negative. Bila bercakap kan.. kua asap ikut mulut.. Sebab Intan jakun.com asyik bercakap je.. 


With Syakirah.. Dalam cruise.. Majority memang group kita orang je dalam tu.. Tapi sngant membosankan.. Keadaan siang tak berapa cantik view tapi kalau malam cantik sebab ada lampu-lampu. 



Masa first time datang Shanghai, si Jackie ni asyik bercerita pasal canal, Intan masa tu mana nak amik port.. lantak ko lah nak cerita apa pun.. Sebenarnya tak tahu pun maksud canal tu apa, bila tanya Syakirah baru tahu canal tu terusan.


 Recommended !! Sightseeing nice but not for shopping.. 

Agak-agak best tak tempat yang Intan pergi ni? So and so kan.. Experience... Well Intan akan continue perjalanan seterusnya Hari ke 3 di Hungzhou, next entry ok.. Guys, for your information, Intan akan bercuti ke Krabi minggu depan (19 Ogos - 23 Ogos).. Syiokknya.. 

Toodles,
IntanSawedeekap  

Wednesday, August 6, 2014

Dua Bulan Punya Stock!!!




Assalamualaikum korang..

Dah lama rasanya tak update blog, ada ke yang tertunggu-tunggu? HiHiHi.. Start bulan puasa haritu Intan sebok betol melayan kerenah DD (Datuk Dato') untuk arrange event Iftar je pun.. Kan Intan ni Setiausaha merangkap PA dia.. Tapi Intan banyak buat kerja PA je *Ala ala cerita KTAR.. Macam Indah tu kerja dia PA dan Setiausaha, sampai ikut outstation sana sini..Untungla kan dapat ikut sana sini. Zaman sekarang ni ada lagi ke PA ikut bos sana sini? Kalau dapat bos muda nak la ikut tapi kalau dah berkedut tak mau la.. Dangerous!!!! Orang kata tua tua keladi haaa...

Rasanya tak terlambat lagi untuk Intan ucap  Selamat Hari Raya pada uols.. Raya kan sebulan. Raya tahun ni Intan raya kat KL je bukan takda kampung tapi parents tengah susah hati tu.. Susah hati pasal apa? Nanti Intan cerita ok?Loser gile wey duk KL, nak beraya mana pun tak tahu, kawan-kawan saudara mara semua balik kampung.. Baju raya tempah banyak-banyak pun pakai satu pasang je masa raya pertama. Lepas sembahyang raya , makan rendang dengan nasi impit sikit dah tu terus tangkap gambar, tangkap gambar pun kat rumah orang, kita pinjam kawasan orang memandangkan keadaan rumah macam tak terkawal. Papa Intan lagi brutal, lepas sembahyang raya terus tukar baju pakai t-shirt dengan jeans.. Dia ni memang urban sikit.. tak sedar diri tu dia asal dari kampung, lepas tu pi rem-rem ronda-ronda bawa superbike dia.. Hampeh!!! Tak da langsung perasaan nak beraya, So tinggal la 4 beranak yang gila nak posing baju raya, 


Senyuman ikhlas di pagi raya 


 Mekda (turquoise) Mama yg kat tengah.. Muka sama tak? Dulu Intan TAK setaraf dengan dorang sebab dorang putih.. Tapi sekarang kita da setaraf.. Syabas!!! Tengok mama pakai handbag apa tu? Channel weh!!! Gred AAA je.. Tak mampu nak pakai yg Ori.. Kita bukan orang kaya Ma..


 Zati ( tengah). Candit katanya.. Tengok Intan, macam mak-mak sangat kan.. 
Gemok la weh.... 


Time ni memang panas gila.. Ketibas tau.. 
 Mama macam ibu tunggalkan?


 Papa brutal.. Lepas sembahyang raya terus tukar t-shirt  .. Bencikkkk!!!!




Yang pasal parents Intan susah hati tu kan, cerita dia macam gini, rumah yang kita orang tinggal sekarang ni nak kena jual.. Di sini menyesal!!! Hahahah.. Dialog P Ramlee (3 Abdul). Eh bukan nak jual, tapi tuan rumah nak balik rumah tu, so kita orang kena kuar.. Ekceli dorang dah bagi notis tahun lepas lagi tapi masing-masing buat dek je.. Ye le macam mana nak kua, rumah yang parents beli tu tak siap lagi, kontrektor tu tipu.. Dia amik duit lepas tu lari sambil lompat bintang.. Siut betol kan orang macam tu.. So mama cari kontrektor lain. Mama Intan pulak tak cukup duit sebab rumah tu ada buat renovation tambah lagi dua tingkat, asalnya satu tingkat je..tapi sebab papa Intan ni poyo.. Dia ingat dia keluarga kaya suruh tambah lagi dua tingkat, total renovation lebih kurang 170k.. Macam mana nak bayar tu? Mama juga yang kuar duit.. Nasib ada duit EPF, nak harap papa, dia bukannye bekerja.. Tau nak balagak macam orang kaya.. Sian mama.. Sedih sangat, bila teringat mama yang kena tanggung papa.. 

Ada satu hari tu papa kata kat mama " Awak tak tinggal duit ke?" Aik! laki yang tanya soklan tu kat pompuan.. Kelakar kan..Sepatutnya dia sebagai ketua rumah dia la yang tanggung kami, ni kami yang kena tanggung dia. Redha je mama.. Ma.. takpe..syurga tempat mu.. Amin.. Haritu papa tengah kusyuk tengok tv, Intan padang la muka dia tapi dia tak perasan..Kesian pulak!!! Tengok muka dia tangan dia leher dia da berkedut.. Orang tua kan.. so bila benci dia tak sayang dia memang tak sampai hati.. Darah daging kita kan.. Minta mama pa, minta maaf ma.. Kosong-kosong ok?



So rumah tu kontrektor melayu yang buat sekarang ni, sepatutnya 3 bulan da siap, dah boleh masuk aritu bulan 6, tapi biasala melayu kan.. Janji melayu, sampai sekarang bulan 8 ni tak siap-siap lagi.. Tapi minor renovation la, Intan rasa lagi 20 percent siap le.. tak banyak da.. tinggal porch kereta, dapur, longkang, elektrik dengan air.. Kontrektor tu asyik minta duit je.. tak cukup tu la ini la.. Asal kita orang datang nak tengok rumah ,minta duit.. Meluat tengok muka dorang.. Nasib baik tuan rumah yang sekarang Intan duduk ni prihatin.. Dia pun redha je la dengan alasan kita orang.. Bayangkan lah dari tahun 2013 dia suh kua sampai sekarang kami setia kat rumah tu.. Tuan rumah jangan risau.. Kami tak pernah missed bayar sewa rumah.. Semoga Allah merahmati kamu tuan rumah.

Toodles!!!
Intankepenatantunggu


Ni la rumah parents Intan yang tak siap-siap lagi.. Nanti da siap Intan buat housewarming.. Jemput lah datang.. :)









Friday, June 27, 2014

Cantik Tapi..

Assalammualaikum...

Selalukan pagi-pagi bila ada kat opis macam ada rasa satu mood nak sombong.. Padahal tak de apa pun nak di sombongkan.  Mungkin rasa macam cantik kot pastu makeup pun fresh lagi..glowing glowing gitu. Hihihi..Lepastu buat sebok sebok kehulu ke hilir "ketak ketuk ketak ketuk" bunyi kasut..Kata pakai heel.. Kedepan kebelakang buatlah sampai dua tiga kali sampai orang tegur.. "Busynye dia.. nak pergi mana tu?. Intan pun jawab " Nak pergi tingkat 10" EEee cantiknya Intan?" Kak  Su yang suka puji macam tu.. *Kak Su Sweet talker tau... 

Cantik? kedip kedip bulu mata Intan..  Kak su kata "Cantik lah.. Baju cantik, kain cantik, muka cantik tudung pun cantik.." Intan terus pergi kat meja kak Su, sebab rasa macam bersalah dia da kata Intan cantik tapi Intan nak terus blah pulak, so kena la singgah.. Pastu kata kak Su lagi.. Intan pakai tudung cantik, macam orang Brunei.. Hahahaha Intan tanya la orang Brunei yang apa? Dia kata orang Brunei je tak de yang apa-apa.. Intan pun kuar la dari situ.. Intan pun bagi tau la Ira. Ira!!! Kak Su kata akak cantik macam orang Brunei.. *Bangge Bangge.. Pastu Ira kata " Ye lah.. Orang Brunei yang BIMBO.."
Intan terus blah.. Benci tau..

Kata kak Su, dalam hidup Intan penuh dengan BERANGAN je.. Semua benda nak berangan.. Diantaranya meh baca sini. Tak pe lah.. Berangan kan free..  

Toodles 
IntanBrunei


Betul ke orang Brunei suka pakai tudung satin macam ni??






Monday, June 23, 2014

Kuih Raya Biskut Raya di Hari Raya, Jemput la singgah

Assalammualaikum Uols..

HARI RAYA HARI YANG MULIA
SUNGGUH BERERTI KEPADA KITA
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA
DARI EON UNTUK SEMUA..


Ha.. Ingat lagi tak tak lagu ni.. Intan suka lagu ni.. Sekarang ni dok terngiang ngiang lagu ni kat kepala otak.. Hehehe.. Ok tak lama lagi nak puasa da.. Kejap je da setengah tahun.. Lepas puasa kita beraya pulak lepas raya dah nak masuk akhir tahun.. So masih lagi single.. Alahai Omak kawinkan aku *mula meroyan pompuan ni.. (T_T ) ..

Haa!! Korang kenal Hafiz? Nak harap kan Hapiz suka Intan memang tak la.. sebab dia cita-cita tinggi tu, nak perempuan yang cantik dan seksi.. Dia sedar tak diri dia tu siapa? macam mana?  Amboi!!!! *panas hati kan.. Pasal Hapiz, Intan tak kisah sangat, tapi Intan kisah pasal FIFI (dia lelaki tau).. Intan paling suka kat dia, tapi dia cukup menyampah dengan Intan, benci betol kat Intan, tak tahu la kenapa dia tak suka sangat. 

Satu hari tu FIFI minta tolong kat seorang girl ni nama Robyn (perempuan India Intan panggil dia Party Animal je), sanggup minta tolong kat Robyn dari Intan, Intan tak puas hati terus pergi kat tempat dia tanya macam ni "Fi? Fi lebih suka minta tolong dari dia dari Intan kan? Fi? Robyn tu tak pakai tudung tau, Intan ni pakai tudung apa kurangnya Intan dengan Robyn tu? *cakap sambil tepuk dada lepas tu terus blah.

Untuk FiFi Intan sanggup cari duit tukar 50RM kepada 10RM dari jauh Intan dengar Fi cari duit tukar, untuk Fifi Intan sanggup ponggah semua almari sebab FiFi nak plastik cantik katanye.. Untuk Fifi, Intan sanggup stop buat kerja sebab nak tolong Fi print out colour resume Fi tu. Kenapa Fifi kenapa Fifi tak suka Intan? Fi, satu hari nanti Fi tersuka kat Intan macam mana? Haa tak tahu.. Masa tu dah tak sempat dah!

Ok, macam ni..  Ada sape - sape tengah mencari kuih / biskut raya yang sedap? Mari lah scroll picture-picture kuih kat bawah ni. Kalau berminat, boleh call Intan. Intan tolong kawan -kawan je, Ikhlas tau. Ada juga kawan Intan suruh iklan dalam blog Intan ni, Intan dah bagi tau kat dia, user online tak cecah 10 orang.. Dia ketegaq, nak juga suh masuk dalam blog, perli ke hape? Maaf lah kualiti gambar low, nampak kuih tu pun macam puasa, tak bermaya gitu. Tapi ikhlas ni tolong kawan..

Whatsapp  tak support *bagitau awal-awal. Hahahaha  012-6304182 - Call ok!



Bangkit Cheese

Butterscotch

Cornflakes Crispy

Dahlia

Donut Cookies

Gajus Cheese

Crunchy Caramel

Marmar

Nestum Cornflake

Pistachio

Rainbow

Sampan

Snowy

Tart Tulip

Untaian

Harga : RM 27.00/Balang - 50 Keping

Toodles
IntanBuilder