Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Friday, November 3, 2017

Dagu dua tapi happy

Hello semua!



Dagu dua tapi happy

Dekat office ni semua orang sebok nak diet. Kaksu, Kakjue, Robynn, Atikah, Dee. Eh semua lah. Menyampah je Intan tengok. Si Robynn tu taknak makan nasik. Total weight lost semenjak pakai Corset Kaksu is 25 kg. Atikah tu kalau makan nasik, terkuis-kuis. Menyampah! Kak Jue pon makin lama makin kurus. Dyba tu tak valid la sebab dia jenis makan banyak mana pon kurus macam tu jugak. Kaksu pun sama, hari-hari tanya dia gemok ke tak. Dinner memang dia dah lama tak makan. STRESSED INTAN TAU TAK? Tapi lantaklaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Kalau semua orang nak gemok, Intan tetap bahagia dengan badan Intan sekarang walaupon kadang-kadang Intan rasa lengan Intan ni annoying. Orang makan gemok badan, Intan makan gemok lengan. Baju semua masalah dekat lengan sebab tu Intan kalau pilih baju, kena beli yang lengan besar atau jenis rama-rama tu. Senang lengan Intan bergerak bebas. Hahahahhahaha.

Toddles
#biarintansoranggemok

Wednesday, November 1, 2017

Happy Birthday To Me

Hi semua!
Assalamualaikum.

Sorry sebab Intan dah lama tak tulis blog. Intan memang betul-betul-betul punya busy. Dengan assignment and class, dengan kerja lagi and paper-paper yang Intan kena buat (now Intan dah masuk HR kan?) So memang Intan takde masa sungguh. Last exam Intan lulus tapi cukup makan je and tak dapat dibanggakan so Intan takde beria nak buat #intancelebration. Malu nak buat sebab result ala kadar paras-paras hidung. Tak repeat paper pon dah cukup baik sangat dah. InsyaAllah lagi setahun ++ Intan akan dapat Degree. Memang tak sabar dah nak abes study sebab Intan rasa Intan macam takde life. Bila weekend takde class Intan akan ke National Library untuk study. Sini best sebab sejuk and takde gangguan. Kalau dekat rumah kang kucing Intan lagi meleset-leset, adik Intan nama Zati tu ajak karaoke la, katil Intan lagi nampak menggiurkan so Intan lagi rela duduk sorang-sorang dekat Library ni asalkan Intan boleh concentrate. Intan memang kalau study kena buat bebetul sebab Intan bukan jenis pandai sangat. Kena usaha supaya pass exam. Kaksu pon cakap sama. Dia kata Intan tak pandai semulajadi masa Intan bagitau dia kawan Intan tu takde pon study beria tapi result gempak. Habes degree ni Intan nak kawen lah. Tapi tak sure lagi dengan sapa. Hahahahaha. Itu pon kalau Intan tak sambung Master la. Lecturer Intan cakap nak sambung Master tambah setahun setengah je lagi. Intan macam 50-50 jugak ni. Tapi Kaksu cakap, kalau Intan sambung Master, dia nak terajang Intan terus. Dia tu memang tau, perangai macam emak-emak sangat kalau dengan Intan ni. Kadang-kadang dia suka marah and jeling-jeling Intan. Dia ingat Intan Shein?


BTW, last week on Friday birthday Intan. Banyak Intan dapat bunga (sama banyak dengan Kaksu dah). Intan excited sangat dapat hadiah dan bunga. Macam Kaksu dah biasa sangat dapat, so dia takde la excited mana.

Intan pesan pada Kaksu next time kalau fan dia nak kirimkan apapa barang dekat dia melalui Pos, tulis lah nama Intan sebab Intan teringin la nak rasa best kalau dapat parcel macam mana. Hehe. Birthday Intan last week, Geng I Will Survive (Kaklong, Kaksu, Dyba and Izzy) belanja Intan makan dekat Dolly Dimsum. Tak sangka dekat sana dapat bunga + kek lagi jugak. Ya Allah… Intan memang terharu sangat-sangat dapat special treatment macam ni dari kawan-kawan Intan. Even, family Intan pon takde buat macam ni untuk Intan tau? So Intan memang sangat appreciate friendship Intan dan dorang semua. Intan tak pernah rasa special macam last Friday. Baju pon ramai puji cantik. Intan pilih nak pakai seluar putih + baju light blue manja + tudung purple. Memang cantik sangat! Intan dah beli dah baju mula-mula, sekali lepas basuh lengan dia shrink and tak boleh masuk so Intan beli lain dekat KLCC. Kaksu, Dyba and Kaklong pon susah-susah beli baju baru sempena birthday Intan. Kaklong paling kesian sebab Khamis malam tu dia still cari baju dekat Setiawangsa JJ. Tapi mendapat la Intan 2 3 ekor babi sebab masa dia call Intan tu, dia almost give up nak cari baju warna light blue.


Dalam pada Intan cakap busy, sempat esoknya Intan ikut Office Trip ke Melaka. Ni kitorang dekat A Famosa play tourist. Hehe.

Untuk semua yang mendoakan Intan and wish Intan especially dekat FB and IG Kaksu, Intan nak ucapkan berbanyak terima kasih. Kalau Intan tak reply tu maksudnya Intan terlepas pandang lah. Memang hari Jumaat tu, sehari suntuk Intan reply orang wish je and memang tak buat kerja. Hahahahah. Takperlah, setahun sekali kan? Tahun ni Intan dah 33 tahun, Alhamdulillah Allah masih pinjamkan usia dan kesihatan yang baik untuk Intan. Korang doakan lah Intan habes study and dapat result yang cemerlang Ok? Intan memang tak sabar-sabar nak abeskan study and kawen + ada anak. Intan harap Intan dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik, yang Intan boleh hormat dia and dia boleh bimbing Intan to the right path and jadik Isteri yang baik, InsyaAllah…. Intan nanti kawen, terus je pregnant. Dah tak sempat dah nak honeymoon takde anak setahun dua sebab dah tua dewasa sangat ni. By 35 Intan kena ada sorang anak. Itu Intan punya target. Harap-harap berjaya lah. Oklah, tak boleh lama-lama sangat mengadap blog ni. Tulis ni pon sebab banyak permintaan. Ingat blog Kaksu je ke ada permintaan update entry baru? Intan pon ada tau? Cuma a matter of time je. Nanti if Intan free, Intan tulis lagi. Ok? Take care korang!

Toddles
Intan Yang Bizi

Monday, August 14, 2017

Jodoh, Boat Noodle and Emas

Hi korang. Assalamualaikum

Sorry dah lama tak update blog. Ni pon Kaksu bising suruh update. Intan kan bizi? Semenjak dah duduk HR ni bizi pulak pergi kursus macam Orang Gomen. Haritu pergi kursus dekat Dewan Perdana pasal Job Analysis. Mampos Intan tak paham satu apa. Susah la. Dah la Intan datang tu hari ke 3 kursus, mana la nak paham. Rasa macam sama susah pulak dengan buat assignment. Satu menda pon tak masuk dalam kepala Intan. Dah la petang tu kena paksa Main Futsal. Intan ni mana la pandai sangat. Masa masuk pitch, Kaksu dah halau-halau Intan suruh masuk geng belah sana. Dia taknak geng Intan. Menyentan-nyentan dia taknak geng Intan. Hahaha.

Hari Sabtu haritu Intan ikut Kaksu pergi Pusat Rawatan Islam dekat Gombak nama As-Salam. Mak Kaksu and Kaklong Kaksu ada appointment dekat sana (amboi macam hosp lah ada appointment semua) and Kaksu pon ikut bawak Shein. Intan pon ikut jugak la, nak rasa experience berubat dekat Pusat Rawatan Islam macam mana. Intan pon ada rashes ni dekat kulit. Kata Kaksu kurap. Dia tu memang tau? Bukan kurap tapi macam gatal-gatal. Dah lama dah berlanjutan masalah Intan ni. Ni Intan cuba la buat cara rawatan Islam pulak, mana tau dengan izin Allah boleh sembuh. Lagipon Intan nak mintak supaya diringankan jodoh. Intan ni bermasalah la. Intan suka dekat orang, orang tak suka Intan. Bila orang tu dah suka Intan, Intan pulak panaaaaaaaaaaaaaaaas je. Cakap sikit, tanya sikit Intan dah marah. Kata Kaksu, maybe ada banyak setan pangkat Jenderal dalam badan Intan. Tu kena berubat tu halau setan. Mana tau lepas ni senang sikit dapat jodoh. Intan tengok, Ustaz-ustaz dekat sini pon muka semua bersih je and yang muda pon ada jugak yang hensem. Intan dah target dah, kalau lepas berubat ni susah jugak nak dapat jodoh Intan nak cakap, ‘Ustaz, saya rasa tak payah dah la berubat. Susah-susah Ustaz je la kawen dengan saya’. Hahahahaha.


Sheindong, Kaklong, GF Kaksu and Neelofa (Intan). Ni dekat M3 Mall.

Balik dari berubat, kitorang singgah makan dekat M3 Mall Melawati. Kaksu nak makan dekat Boat Noodle. Intan pon nak makan dekat sini jugak. Sama naik lapar, so kitorang order mee je 24 mangkok. Dengan kepak ayam 8 mangkok and side order lain, penuh meja kitorang. Masa makanan sampai, tak toleh dah kiri kanan terus makan. Intan pulak carik sudu tak jumpa untuk hirup kuah, so Intan tonggang je macam minum air. Lapar betul kitorang. Padahal makan berempat je. Yang kepak ayam tu, Shein taknak kongsi. Dia letak semua dalam mangkok dia. Intan jeling je, nak ambik takot Shein meroyan. Hahahahahaha. Puas hati dapat makan, tapi mee yang kitorang order tak abes pon. Nak tapau tak boleh so kitorang beli bekas and tapau la sendiri. TQ Kaksu belanja Intan!


Penuh meja. Tu pon tak nampak semua makanan.


Siap makan ternampak pulak Kedai Emas. Ajak Kaksu singgah. Dia pon nampaknya macam berkenan dengan emas. Dia ada la cuba a few design. Kalau la Intan business macam Kaksu, tetiap bulan Intan beli emas. Macam Kaksu dia suka lagi baju-baju and handbag. Kekadang 1 week tu everyday dia pakai baju baru. Anyway untuk pengetahuan nkorang, Harga emas sekarang ialah RM200.00/gram. Upah depends on design. Nak murah beli dekat kedai Cap Ayam je. Kalau dekat Habib semua tu upah dia akan jadi mahal. Macam Intan memang minat emas ni. Ni pon rasa macam ketar-ketar badan nak beli emas tapi Intan ada commitment untuk rumah yang Intan nak beli ni pulak.


Cantiknya Kaksu pakai


Yang ni trend baru.

Oklah, nanti Intan sambung cerita lain pulak ok? Korang request la nak Intan cakap pasal apa. Nanti Intan cuba tunaikan.

Toddles

Intan Tauke Emas

Wednesday, July 26, 2017

Intan & Emas Berpisah Tiada..


Assalamualaikum semua readers and silent readers.. Eh ada ke readers untuk blog I  ni.. Setahu Intan, yang banyak readers dan silent readers ni blog yang femes dan meletop macam blog  kak su.. Mana taknya, kalau Intan pergi kelas (Puncak Alam) dalam kelas tu nanti mesti ada orang panggil “Intannnnnn, Intannnnn” , kita toleh la dia, tapi macam tak kenal, siapakah ko? Emmm u Intan kan? Ye aah saya Intan, and who are u? Dalam hati Intan mesti dia ni kawan kak Su, readers Kak Su, atau silent readers kak Su. Awak.. nanti kim salam kat kak Su eh.. dia tu kelakar la.. suka tengok blog dia banyak info pasal makan.. Emm  ok nnti I sampaikan pada kak Su.. See? kita tak kenal dia tapi dia kenal kita.. kira macam artis la kan..tapi bukan I la yang artist tu.. Tahniah Suraya kerana memperluaskan networking sampai ke Puncak Alam.. Good Job!!

Ni Intan nak share citer pasal emas 916.. Semenjak dua tahun lepas, perangai mak mak sangat tau.. Tak tahu kenapa, tiba tiba suka dengan emas, sama ada faktor usia atau pun da besar besar ni ada duit lebih sikit nak reward diri la kononnya, tu yang beli emas.  Beli emas ni tak rugi tau!! Silap- silap boleh buat investment. Mana tau tengah sesak-sesak, boleh la pergi pajak, ni kes macam Intan la. Nak biaya kos peguam (kata beli rumah) so mana nak cekau duit dengan keadaan sekarang ni, Intan bagitau mama masalah ni, pastu mama kata tu.. kling kling (sambil tunjuk gelang macam anak mami) dia kata pi la pajak.. T_T sedih nak pergi pajak sebab kita memang beli untuk pakai, tapi mengambil keputusan drastik untuk tidak pajak tapi kuarkan duit simpanan TH, Asb, korek la mana mana saving.. punya la nak selamatkan emas..Gila tak sayang wey.. beli dengan titik peluh tau, dapat bonus sanggup tak shopping handbag , baju, kasut dan sebagainya hanya untuk gelang emas.

Intan kan sekarang perangai, kalau pergi shopping mall MESTI nak masuk kedai emas, HABIB ke Poh Kong ke, Wah Chan ke.. mesti ok.. Dapat tengok dan try try gelang pun takpe.. janji dapat rasa emas tu.. Tengok emas ni boleh hilang stress (temporary je) tau. Feeling dia macam dapat pakai handbag PRADA.. Masuk kuar kedai emas, tanya harga semasa, tanya upah, buat nego, lastly tak beli. Miahahhaa.. cakap macam power je macam banyak duit je. Emm boss, ni gelang berapa gram? U tolong kira berapa, harga u offer berapa.. bila dia da bagi price, minta kat dia calculator.. tot tet tot tet Intan buat calculation (plus minus je pun) pastu cakap uish.. mahallllnya ..muka kasi confident padahal duit takde tu.. tapi apadahal.. kita customer maa…Pastu belah masuk kedai lain pulak. Intan sanggup menghabiskan 2 ke 3 jam untuk belek2 emas.. Kak Su, Dyba da paham sangat perangai Intan. Intan siap cakap, kalau korang nak pergi jalan mana mana pergi lah, intan nak stay kat Habib (KLCC), apa apa roger.. Orang kat Habib tu pun da kenal Intan..sampai dorang pun malas nak layan Intan T_T.

Intan kan kalau nak beli barang kemas, ada dua option. Option pertama pergi Kedai Emas Nazir kat Datuk Keramat, berhadapan dengan kedai tomyam.  So far kedai tu offer harga agak murah terutama dari kos upah, untuk segram pun agak murah berbanding dengan kedai ternama seperti Habib, Poh Kong dan sebagainya. Kedai Nazir ni still boleh lagi nego kat kos upah, boleh bawak bincang.. uols boleh tgk kat FB, Nazir  Tukang Emas – HQ, kalau kita pm dia tanya harga, cepat gak dia reply untuk bg info. Cuba la korang usha usha dulu. Banyak jugak design yang latest ada kat situ. Option yang kedua , Intan beli online kat kawan Dyba. We all selalu whatsapp untuk update latest design, harga pun murah untuk segram TAPI harga upah agak mahal tapi still boleh nego. Yg kawan Dyba, namanya Nor Hidayah ni emas dari Kelantan, emas 916 ye.  Kita boleh beli thru online, Alhamdulillah Intan da dua kali beli secara online dan selamat sampai kat tangan yang comel ni.  Lagi satu, Dayah ada buat preloved barang kemas. Harga lagi murah sebab takde harga upah so hanya bayar harga emas je, bagi Intan kalau kita nak pakai barang kemas untuk diri sendiri boleh je beli barang kemas yang preloved. Tapi barang preloved ni limited design, ada yang baru ada yang lama. Tapi bag Intan still emassss!!!.. Kalau uols nak try barang kemas preloved atau beli barang kemas yang baru boleh gak try tengok kat FB . Noor Hidayah Ariffin.

Jadi, tak rugi beli emas..tapi jangan beli lepas tu tak pakai pulak. Rugi dan nanti kena zakat. Dan jangan la kita pakai untuk menunjuk nunjuk kat orang, riak pulak jadinya, maka pakailah berpada pada sesuai dengan keadaan dan tempat. Peringatan untuk diri sendiri jugak ni.. sape sape yang minat emas kita geng.. hehehe.. :) 


Wah.. berjam-jam pun tak pe.. akak sanggup


Hai di sana.. 

Monday, July 24, 2017

Intan is Back!

Hi semua. Assalamualaikum! (Tak jawab dosa)

Tak sangka dah setahun lebih dah Intan tak update blog Intan ni. Last update pasal exam yang Intan pass tu last year. Now Intan dah lepas exam Sem 6 dah tapi result tak dapat lagi. Ada lagi 3 sem nak abis. InsyaAllah Intan akan abes study hujung tahun depan (2018). Merdekaaaaaaaa!!! Lepas abes degree ni, Intan takde plan nak sambung Master pon. Dah la. Dah 5 tahun Intan struggle study tau? Kalau exam je macam orang giler Intan study. Pergi library, buat study group, Intan study sorang-sorang sampai tak cukup tido... Kata Kaksu Intan ni tak berapa pandai sangat tapi Intan usaha sebab tu Intan punya result, markah cukup makan je. Siot betul! Hahahaha tapi Intan mengaku yang Intan tak berapa pandai. Kena belajar macam nak giler baru la dapat paham. Ada kawan Intan tu, study ala kadar je. Time study group buat-buat bodoh, sekali result keluar dia paling tinggi markah. Intan agak dia sengaja buat-buat macam tak pandai kot? Entahlaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Yang penting INTAN DAH TAK SABAR NAK HABES BELAJAR! Kaksu ada cakap suruh Intan study je tak payah fikir pasal kawen. Biar sampai jadik Professor. Dia perli Intan la tu. Hahahaha. Kaksu tu memang, orang lain semua suruh Intan study hard, dia sorang je tak abes-abes suruh Intan berenti belajar. Hahahaha.



Teringat pulak time pergi naik Cruise 2 tahun lepas. Intan ingat nanti Honeymoon nak naik cruise lagi la... 

Result Intan akan dapat 15 Ogos 2017 nanti. Korang doakan lah Intan pass eh? Now Intan tengah semester break. Naik kelas balik pada pertengahan September. Kalau la Intan punya cuti banyak and Intan banyak duit, Intan nak pergi bercuti dekat Greece. Bestnyaaaaaaaaaaaa!! Tapi tulah, duit pon tak berapa ada sebab Intan dah banyak abes untuk beli rumah bebaru ni. Tu pon taktau la loan lepas ke tak. Kalau loan lepas maksudnya Intan dah ada rumah la. Rumah dah ada, kereta dah ada (walaupon Ferrari oren je), tak lama lagi nak ada degree, kalau takde orang nak jugak, taktaulaaaaaaaaaaaaaaaa. Intan ni pon rupa ada jugak la sikit-sikit. Ramai cakap Intan macam Neelofa. Abang Saz pon cakap jugak macam tu tau? Hehe. Intan hope tahun 2017 ni bagi Intan sweet memory la. Kalau boleh Intan nak cecepat kawen. Harap-harap dapat la calon suami yang iras-iras Aaron Aziz. Tapi Intan lagi suka Azhar Sulaiman sebenarnya tapi kalau macam muka Azhar Sulaiman bahaya jugak sebab dia ada iras ex-bf Intan takot nanti tak boleh nak move on. So Aaron Aziz kira ok jer la. 

Ok la. That's all. See you guys dalam next entry yang taktau bila. Kenang daku dalam doamu. Babai!

Love,
Intan Harum Mewangi

Tuesday, February 16, 2016

Hi Semuaaaa. Rindu Intan tak?

Hello, Hi!
Selamat Petang Malaysia!

Intan ngantuk giler sekarang ni. Dah 20 kali menguap. Intan dengan Dyba selalu je mengantuk dekat office akibat kekurangan oksigen dalam otak. Kadang-kadang kalau ada masa 10 minutes pon kitorang boleh nap dalam surau. Dapat 10 minutes nap pon dah lega rasa kepala Intan ni. Orang yang tak pernah mengantuk dekat office ni sorang tu je. Kaksu! Dia tu memang Alien la. Dia tu Intan tak pernah nampak dia mengantuk. Kalau buat assignment blog dia, muka serious je. Intan tak berani nak kacau. Kalau datang dekat dia pon dia mana layan sama jugak macam Intan cakap dengan dinding. So Intan lepak dekat Dyba and Sarabanon. Kadang-kadang kitorang tinggal dia pergi bank ke apa, naik atas office semula Kaksu bukan perasan pon kitorang takde. Cis!

Sorry la pada semua peminat Intan, sebab Intan dah lama tak update blog. Haritu Intan busy dengan exam, result tak dapat lagi. InsyaAllah Intan pass. Now Intan relaxes la sebab Class sem baru start on Mac. Now Intan relaxes goyang kaki dekat rumah. Rumah Intan pon dah best sekarangn ni sebab bilik Intan dah ada set katil. Intan guna duit bonus ASB beli set katil tau? Selama ni Intan tido atas lantai je. Sian sangat dekat Intan. Hahahaha. Kaksu tanya Intan, Intan confident ke pass exam? Siot je dia tu. Dia memang nak Intan failed tu. Intan tau sebab dia sorang je tak support Intan sambung belajar. Nanti kalau pass, Intan nak ajak dorang celebrate dekat Capricciosa makan peeeetzaaaaaah! Kaksu je yang sebut betul. Yang lain sebut kaprikokona la, kapiosoro la and Intan sebut Kaprikasio. Hahaha. Dah macam jenama jam dah. 


Ni Intan join satu seminar untuk boss-boss dekat Melaka. Intan jadik committee. Intan jadik Committee penginapan tapi tugas Intan ialah bawak Datin-Datin pergi jalan dekat Melaka. 

Intan nak bagitau yang Intan masih lagi single and available. Huwaaaaaa. Intan stressed sampai keluar jerawat dekat muka. Izzah dah bertunang last month and Izzy pon dah nak kawen bulan 10 ni. Sekelip mata cuma Intan je yang single dalam group dekat office ni. Intan taktau la kenapa Intan tadek luck dalam relationship. Kaksu cakap Intan kena minta dengan Allah sungguh-sungguh. Mungkin Intan tak cukup doa and mungkin tak cukup sedekah lagi. Kata Abang Isman Hijjaz (Abang angkat Kaksu), kalau nak Allah makbulkan doa kena banyak bersedekah. Intan rasa Intan kena lebih banyak bersedekah lepas ni. Intan actually ada sedekah RM4,000 pada satu Syarikat, tapi Intan taknak share la sebab apa nanti Intan sedih. Huwaaaaaaa. Kalau teringat ni, Intan rasa stressed sangat. Semua sebab kesilapan teknikal, Intan pulak yang jadik mangsa.


Oh, Intan nak bagitau korang jugak yang Intan consume Zenia Collagen dengan Transgluta by Zenia sebab Kaksu suggest. Apapa dia makan, Intan akan makan jugak! Intan pon nak sama cantik dengan Kaksu. Hehe. Now dorang ada buat promo, ada less sampai RM40.00, korang check out dekat sini untuk baca pasal promo tu. InsyaAllah selagi Intan mampu beli supplement ni, Intan akan teruskan. Bagus untuk kesihatan dalaman. Intan pon kena la kekalkan penampilan Intan macam ni sebab tadek BF lagi kan? Aduh. Stressed pulak bila teringat. Tapi Intan taknak fikir sangat la. Let it come naturally sebab Intan percaya, Allah ada better plan untuk Intan. Ni Kaksu nak kenalkan dengan sorang anak Dato’ ni, harap-harap berjaya la. Amin….


Kulit Intan makin cerah dengan Zenia product. Yay!

Toddless
IntanMasihSendiri

Friday, September 4, 2015

Intan is Back!

Hi
Hello Malaysia!

Sorry la lama tak update belog. Intan bizi la sekarang. Bizi sebab adik Intan tak lama lagi nak due. InsyaAllah next week dia bersalin la. Ni cucu pertama ni untuk Mama and Papa Intan (Yang 1 mak, 1 ayah) so Intan macam excited sangat. Kekadang duit ada balance RM200.00 pon Intan gigil-gigil keluar duit beli baju dekat Mothercare untuk anak buah Intan tu walaupon gaji lagi 20 hari. Hahaha. Sekarang kalau Kaksu, Dyba dengan Sarah keluar shopping beli baju anak, tadek la dah Intan buang masa tengok sayur dekat Cold Storage lagi macam selalu, bahkan Intan dah sama naik dengan emak-emak budak dua orang tu.

Hari-hari Intan Google pasal orang bersalin, pasal air ketuban semua macam Intan pulak yang nak bersalin. Nervous sangat! Haritu Kaksu ketawa kuat-kuat sebab Intan sebut air ketuban tu as ‘air ketumban’, mana la Intan taaauuuuuuuuu. Maklumlah takde pengalaman kan? Nak ada anak sendiri pon lambat lagi sebab  BF pon takde lagi. Sobsssss. Korang doakan la eh Intan cepat temu jodoh? Lagipon dorang semua bagi Intan sampai bulan 6 tahun depan je. Kalau Intan tak kawen-kawen jugak, dorang janji nak pretnen beramai-ramai. Time sukan pulak tu. Dah tu kalau semua mengandung, Intan macam mana? Tapi bagus jugak. Memang cita-cita Intan nak jadik Kepten Netball. Biasa kan Kaksu yang Kapten? Dulu masa kat Kuantan time sukan dia mengandung, dapat la Intan merasa sekali jadik Kepten. Puas hati Intan. HAHAHAHAHA


Sekadar Gambar Hiasan
Shein and Sophie ni comel kan? Ni time kitorang bercuti dekat Goldcoast Morib. 
Korang boleh baca pasal vacation ni dekat Blog Kaksu.

Anyway, Intan nak bagitau yang Intan akan start semula kelas pada 4 October 2015 ni, so Intan ada masa sebulan lagi untuk berpoya-poya. Lepas tu kena kosentret study pulak. Impian Intan untuk menggenggam segulung ijazah takkan Intan sia-siakan walaupon Kaksu tu selaluuuu je suruh Intan give up. Dia memang macam tu. Tak support Intan. Yang lain semua support je. Sebab dia malas nak tengok Intan muncung time buat assignment. Ok lah! Intan dah nak balik. Minggu ni ada wedding anak boss dekat Seremban. Pergi sendiri je sebab takde partner. Sedih la.

Toddless
IntankuKesepian

Wednesday, August 5, 2015

Hello Semua!

Hello, Hi and Assalamualaikum....Salam semua!

Selamat Hari Raya! Rasanya masih tak terlambat lagi untuk Intan ucapkan Selamat Hari Raya walaupon dah masuk Syawal yang ke-20. Sorry Intan dah lama tak buat entry baru. Intan memang bizi giler. Dengan kerja, study, Garfiield kucing Intan. Memang bizi sangat-sangat kalah PM. Haritu ingat lepas exam dah tak bizi, nampaknya Intan bizi jugak lagi. Alhamdulillah Intan still survive and hidup sampai sekarang. Exam pon dah lepas and Intan dah nak masuk Part 3 dah pun. A long way to go untuk dapat segulung Ijazah. Tapi Intan akan tetap berusaha sampai la habes study. Dugaan memang banyak. Kekadang Intan rasa macam nak give up pon ada. Sedih sangat.

Dengan kerja lagi macam naharom jilake, (astaghfirullah) lepas tu nak study exam semua, dengan semenjak duduk office baru ni, kena berulang naik LRT dari Gombak ke Platinum Park and jiwa Intan yang kosong sebab MASIH SOLO SAMPAI SEKARANG, Intan rasa sangat la tough ok? Kekadang Intan nanges sorang-sorang. Intan macam tak dapat sokongan dari segi jiwa, gitu. Kekadang Intan taip meses dekat Kaksu, taip delete taip delete tak hantar pon. Lepas tu Intan nanges. Intan taknak ganggu Kaksu. Dia nampak macam busy and happy dengan Shein and family dia. Kekadang Intan tengok Kaksu ni macam tadek masalah dalam hidup dia. Semua smooth je. Boss baik, anak comel, suami sporting. Kaksu pon rajin kemas rumah, masak sedap lepas tu Kaksu selalu buat orang happy. Intan rasa sebab tu dia selalu happy. (Tetiba cerita pasal Kaksu pulak). Hehe.

Intan teringin nak ada anak, family macam Dyba, Sarah and Kaksu. Nampak seronok je. Lagipon Intan enjoy jugak beli baju untuk anak buah Intan yang bakal lahir bulan depan. Korang doakan la eh? Ni pon Dyba and Kaksu dah main janji-janji nak pretnen sama-sama. Dorang bagi Intan tempoh sampai hujung tahun untuk Intan kawen. Kalau Intan tak kawen jugak, dorang nak proceed pretnan 2 orang je. Sedih la macam ni. Apapa pun Intan tetap bersyukur sebab family Intan semua ok-ok and tadek masalah. Kawan-kawan pon always bagi support. So bila Intan fikir balik, ok je study ni sebab at least Intan tadek la asyik nak fikir pasal kawen je. Intan busy dengan study cuma tu la. Kaksu tu tak habes-habes suruh Intan berenti belajar je. Dalam ramai-ramai dia je yang tak support. Kaksu tak support sebab dia kata Intan dah lama tak datang rumah dia. SEBAB TU JE PON. Kaksu ni selfish tau?

Oklah. Tak boleh nak cerita panjang sangat. Ni pon Intan curik masa sikit-sikit buat entry ni, mana tau ada yang rindu Intan ke? Hehe. Kata Kaksu, haritu ada yang email Kaksu tanya pasal rahsia kecantikan Intan. Hehe. Korang ni pandai kan ambik hati Intan. Macam Intan, Intan memang amalkan Innershine Pati Prune and guna Safi Rania. Itu sahaja. Tapi Intan memang ambik dah lama. Alhamdulillah kulit Intan makin lama makin banyak improvement. Korang pon cuba la. InnerShine tu Intan beli 3 4 kotak sebulan. ikut bajet. Sehari makan 1 botol. Sesapa yang sun-burn, elok minum Innershine ni, cepat la hilang rentung tu. Intan sebenarnya cuba-cuba je minum. Walaupon tak sun-burn, tapi Intan punya kulit gelap. Tak sangka bila minum kulit putih pulak. So Intan menten la. TQ Innershine!

Last but not least, Intan hope untuk tahun ni akan ada miracle dalam hidup Intan. Kata Kaksu, Intan baik, suka mengalah dengan adik-beradik and family, suka happy kan orang, so satu hari nanti mesti Allah balas yang baik-baik untuk Intan. InsyaAllah..... Tak zabar Intan nak tunggu miracle to happen. Till then, korang take care ok? 

Bye!

Toddles,
IntanKuKesepian


Tak kawen lagi? Ada aku kesah? Hahahaha

Wednesday, March 11, 2015

BIZI!! Ada yang kesah ke???

Assalamualaikum..

Hello. Lama betol tak update entry kan.. Rindu nak merepek tapi memandangkan Intan sekarang ni sebok nak mencapai cita-cita sehingga ke menara gading TAPI..bukan dalam bidang lakonan laaaa.. Hahahaha.. Intan sibuk belajar, sibuk buat assignment baca buku nak test la, mock quiz la.. segala mak nenen yg berkaitan dengan belajar lah senang cite..

Macam ni la life sekarang, kerja sambil belajar. T_T.. Kalau Intan ngomel depan kak su pasal penat la stress la, nanti kak Su dia akan tanya Intan  macam ni "Intan suka dengan kehidupan Intan macam ni? Dulu masa kak su ajak Intan lepak, intan sebuk berniaga, sekarang ni bila kak su ajak lepak intan sebok pulak nak study"  Drama sangat tau... Dah tu nak buat macam mana.. masa kecik kecik mak suh belajar tak nak... asyik nak berlakon je dah besar besar tua bangka ni barulah nak study.. baru lah sebok ngko nak mencapai cita cita sampai menara gading.. T_T Ongkata belajar tu tak kira usia.. Belajar itu kan satu ibadah!!! Iye ke edok..

Sebenarnya susah juga kan kerja sambil belajar ni?.. mana nak bahagikan masa untuk menggalas kerja kerja setiausaha, belajar, social dengan pelakon pelakon lain.. Aduh!! stress ooo... Mula mula kan Intan memang tak dapat nak terima Intan kena berhadapan dengan semua ni.. memang rasa da give up betol rasa macam arghh malas la nak study.. kerja je la jadi setiausaha sampai umo 60 tahun itu pun kalau syarikat rasa Intan ni ada kepentingan.. Tapi bila hati kecil berkata " Intannnnn ko belajar..untuk masa depan ko...walaupon ko da tua tapi masih cantik masih single masih lagi director Ahmad Nisfu nak amik ko berlakon.. Teruskan usahamu Intan.. ******eh heloooo sister wakeup!!! berangan je....

So Intan pun teruskan juga belajar..Sekarang Intan dah berjaya naik satu level, which is i am in semester 2 at UITM.. Wow!! bangga dengan kebolehan diri sendiri walaupun masa sem 1 tu macam macam dugaan rintangan halangan cabaran tapi Intan usaha..Akhirnya berjaya.. Alhamdulillah!! Lagi sekali sebut... WOW!!! Perkara paling mencabar masa belajar ialah EXAM.. emm boleh tak kalau kerajaan buat satu sistem yang mana bila belajarrrrr je tak perlu ada exam, belajarrrrrr je sampai habis sem..tau tau da grad? Hehehe.. melainkanlah kalau berlakon? perlu casting.. Haa tu perlu tu perlu.. kah kah kah..

Berbeza tau cara belajar full time dengan part time ni.. Full time ni tiap tiap hari ko kena bangun awal, tiap tiap hari ko nak melawa sakan.. ye arr nak berhadapan dengan lecturer (lelaki) yang konon hensem tu.. Belajar ke mana focus ke mana.. Melainkan ko betol betol menanam sikap untuk berjaya dalam pelajaran ko dan memberi kebanggaan kepada parents ko.Haaa ko hado?.. Full time kelas ko memang da di jadualkan untuk belajar itu belajar ini, quiz itu quiz ini, presentation dan sebagainya.. Berbeza pulak dengan student part time macam Intan ni.. Kena buat jadual belajar sendiri, pastu kena buat revision sendiri sebelum start kelas (ahad sahaja ok....sungguh kejam) pastu kena buat buat paham kalau ada certain perkara yang tak jelas sehingga lah ko jumpa lecturer ko pada hari ahad ataupun ko boleh terus online dalam student portal if ada subject yang ko tak paham so boleh terus usulkan kat situ.. Lagi pula semua bahan bacaan macam slide, notes kena print out sendiri.. Semua tu cost ok cost.. tak nak print pun xpe uols boleh save and masuk dalam ipad je tapi tak style la... kata student kan.. mesti lah sebok sebok dengan kertas pastu ko nak menconteng note tu dengan mind map bagai pen warna warni lah... jap jap pen biru pastu amik pen hijau pastu amik pulak highlight.. hahaha pui!!!!  Kalau tak pass gak exam tu tak tahu la mak Jemah...

Now Intan dah belajar macam mana nak kerja sambil belajar, first kita tau je subject apa yang kita da register untuk sem tu every day check dalam portal if ada lecturer upload slide atau note dan study bab tu.. sehari sekali la tengok if ada lecturer bagi tips ke apa ke.. Pastu balik umah baca lagi buku at least sejam menelaah  tak paham pun takpe at least kita aware nanti bila lecturer tengah membebel kat depan kita.. takde lah ko ternganga melopong je.. Kelas da la sebulan dua kali setiap ahad pulak tu.. orang tengah berkeroh keroh tido, kita da siap siap nak pergi kelas.. sedih sangat.. Takpe Intan.. bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian..

Apa yang kita sedang usahakan kena teruskan juga... Jangan berhenti separuh jalan jangan patah balik, jangan pandang belakang, jangan pandang belakang congkak.. chayok chayok!! ok lah guys.. Intan nak baca buku subject Business law.. Baru tengok slide kedua da menguap banyak kali.. apa pun tak boleh.. Wish me luck!!! Bye


Toodled
IntanBiziBelajar

Monday, December 15, 2014

Jangan la boss

Assalamualaikum.. (baca dengan low tone.) Hari ini memang rasa bengang dan tengah membara.. Darah terus naik ke muka.. Merah rasanye.. Dapat rasa ooo... Orang kata kalau tengah marah kita beristighfar.. Tapi Intan tadi tengah marah tak ingat apa.. Habis semua kereta Intan langgar tadi.. Aaaaa TIPU!!! Dapat control sebenarnya...

Actually pagi tadi mood Intan ok, sebab Intan baru je whatsapp kawan Intan (Lelaki tapinya), Takde apa pun just nak wish good morning dan bagi kata-kata semangat sikit.. Haaa dengar macam nak tackle dia kan? Ada la sikit sikit mana tau ada jodoh.. Kita usaha tapi Allah yang tentukan.. Nampak tak Intan usaha tu walaupun terpaksa jadi muka tembok. Mesti kawan Intan tu macam pk " erk pompuan ni pehal pagi-pagi whatsapp good morning." Tapi tapi i dont mind pun ko nak pk apa, yang penting aku usaha... Eh!! jap, nampak desperate tak klu macam tu? Tak kot... Hik hik hik..

Haa ni nak cerita kat korang, Intan bengang pagi tadi sebab dapat call dari boss Intan, kalau cakap       elok- elok tu kita boleh terima teguran dia tapi ni marah kita macam kita ni budak sekolah darjah 4 yang mana bila ada homework tak siap.. Eh hello common lah... syarikat dah bagi dua pilihan kan nak masuk kerja pukul bape. Jangan la nak control hidup i boss.. Please!!!..  6 tahun i sabar dengan perangai u,  6 tahun tahan muntah tengok document, 6 tahun tahan tekak makan kat kafe.. Appreciate la i sikit boss, i x minta dan paksa u untuk kawin dengan i..Eh? hahahaha.. Tak nak pun kawin dengan dia..

Pagi pagi dalam kereta sepatutnya kita kena beristighfar banyak-banyak, supaya bila kita masuk kat office bos tengok kita dengan hati yang tenang dan terbuka dan di permudahkan urusan kerja dan di buka pintu rezeki.. Tapi Intan dalam kereta layan henpon, layan game tu yang asyik kena marah je.. Tapikan, nak marah Intan sebab datang kerja lambat? Eeee nonsense.. Intan datang pun ada lagi 30 minit sebelum office hour, barangkali boss rindu la tu kat Intan..Tapi tak payah la nak marah  kot iye pun rindu..Jangan la jadi hipokrit boss nak mengaku.. Kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan seperti suka melihat setiausaha yang cantik ala-ala Dato Siti Nurhaliza.. Emmm.. Ok ok jangan la jelir lidah tu.. Intan tau korang cakap perasan gila pompuan ni.. Biasalah manusia kan memang suka perasan cantik.. Berangan free kan..tak salah kan..

Intan rasa boss Intan tu memang suka je nak suh Intan mengadap muka dia dari jam 8.15 sampai 5.15. Baru tenang hati dia kan, ye la..mana tak tenang, mengadap muka secretary yang ala-ala Dato Siti kan. Hahahahha.. Tapi Intan nak privacy la boss, please la paham..Jangan la buli Intan boss.. Bagi la kebebasan pada Intan boss.. T_T Boss suh Intan masuk awal, ok fine I masuk awal tapi bagi lah balik awal juga ni tak..drag sampai kol7.. Dua jam tu Intan tak buat apa apa pun.. muntah keluar pun masuk balik.. Intan tak tahu la function Intan tunggu dia meeting, bukan masuk sekali dalam meeting buat minute ke atau buat-buat sebok ... Cuma abis meeting tu boss call Intan suruh call driver dia naik atas amik bag dia? i was like ????/ @#$%^%$##... Dah memang gitu caranye.. Pasrah je la..

Kepada boss, walaupun boss tak tahu Intan tengah cerita pasal boss, di harap boss maafkan Intan ye.. Boss tolong la ubah perangai boss yang suka control dan concern pasal Intan.. Intan appreciate sangat tapi jangan lo over boss..

Toddles!!
IntanKehilangan 

Monday, October 27, 2014

welcome #bmw3series

Assalamualaikum semua sayang sayang ku

Ha sayang ke? Gila tak sayang.. Hahahaha.. Hari ini Intan nak jadi Pwrincess.. call me Pwrincess selama sebulan ni ok? kenapa jadi Pwrincess? sebab hari ini genap umor Pwrincess 30 (27.10.84) .. Haa 30 tau.. no more 20s lagi.. Dah takde makna suwet 16 ke  20 ke.. Officially 30 tau.. Huhuhuhu.. Dah macam kereta BMW3series tau.. umpama kereta BMW la  cantik laku, masih ada demand.. Hahahaha

Dulu dulu masa umor 12 tahun selalu terpikir bila la nak besar ni.. cepat la besar.. tak suka la nak sekolah sekolah ni.. buang masa.. Bila da belasan tahun pulak, Pwrincess pikir bila la nak kerja ni.. Tawaran belakon makin lama makin banyak..haishhh... Masuk pulak kolej, bila nak grad ni.. nak kerja tak sabar...kerja la weh bila tawaran berlakon makin merundun.. eh betol ke merundun? Hahahaha.. Now bila dah kerja, dah pakai kereta viva oren, pakai contact lens, muka da gebu sikit mula la jadi baloq liat.. mula la rasa eeee menyesalnya jadi besar..bila da besar banyak komitmen, lepastu sebok pulak nk kawin la nak beranak pinak lagi.. hahaha.. Normal la kan manusia memang selalu ada perasaan tak puas hati.. Kalau dalam subjek economi ni di panggil Scarcity..  

By the way, Pwrincess nak ucapakan ribuan terima kasih kepada sahabat, kesayangan, kecintaan, kegaduhan kemeriahan kerana buat party kecil kecilan untuk Pwrincess hari ini dengan tema berwarna merah makngah angang gedek gedek.. Semua perfect semua cantik.. Cuma Pwrincess tibe tibe rasa malu ye arrr.. malu umor Pwrincess da 30 tapi masih single and available anytime urgent ni tau... Petang tadi Ira call Pwrincess, dia suh pergi kat depan, bila tanya kenapa? dia kata datang je la.. ok ok fine akk datang sekarang.. Buka je pintu terus nampak bunga dalam bakul lepas tu mother tunggu kat tepi tu.. ooo Mother bagi present.. tq Mama.. Lepas tu tanya Ira, Mother da turun lif ke belum? Ira kata da turun.. Ok!!! kenapa mother bagi hadiah bunga siap ada buah-buahan  macam orang sakit? Akk sakit ke Ira? Ha ahh akk sakit mental.. Hahaha ok bye.. Eh lupa!!! nak baca citer Pwrincess version kak suraya(Choyayasecretgarden) boleh baca DISINI

Mari saksikan kegembiaraan Pwrincess dan dayang dayang jelita beraksi.. aa'one aa'two aa'three...



Pwrincess dapat kek .. eh bukan dapat tapi sponser from Surayadancer..


                             Skuad!!! Berlima lima lima..Tabik Hormat!!!! Sato Dua Sato


                                    Its a Truly Asiaaaa.. Bangga ni sambil berdepa depa tangan Pwrincess tau


Kaklong (baju kurung) tu adik dia Suraya.. tapi tak tahu kenapa kaklong dengan Pwrincess serasi.. Kita macam ada chemistry la. 


Auuwwwwww

Finally.. Fuhhh!!! nak nangeh tengok kalau Pwrincess bagi flying kiss tau.. Haa cepat sambut!!!


Toodles!!!
Pwrincess Intan

Friday, September 12, 2014

PEMBULI JALANAN

Assalamualaikum kepada pembaca blog Intan..

Haa.. tengok entry je uols  mesti teringat kat KIKI si ratu steering lock tu. Actually KIKI dengan Intan  tak de kena mengena tau bukan kakak bukan adik, kazen, BFF mahupun adik bradik tiri tapi kami saudara dalam Islam.. Emm.. Hebat kan dia.. Terus Jadi famous.. Tapi tak lama sangat la dia famous sebab lepas kes dia kita di timpa dengan satu kejadian iaitu pesawat MH17 terhempas dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, sungguh tragis. Al - Fatihah.. Wah!! mukadimah yang hebat kan di pagi jumaat yang indah ni.. Alhamdulillah..

Ni ha.. cerita sebenar yang Intan nak share berlakunya semalam, pagi semalam. "Al kisah.. Tersebut la kisah... Sang kancil datang beramai- ramai mengadap Sultan Firaun..Ketepek!!! Mana Firaun pakai Sultan.. Bodoh!!!"  Hahahha.. Ingat tak cerita apa tu? 

Ok ok cerita dia macam gini, pagi semalam masa on the way nak pergi kerja, Intan lalu jalan biasa (Jalan Gombak). Pagi -pagi yg sejuk tu memang kita ada rasa macam perasaan malas nak kerja malas nak bersiap malas nak drive, dah tu blur pulak kan.. Tapi Intan cantik pagi-pagi. Hahaha.. So Intan bawa keta tak laju dalam 60 ke 70 km/hour.. Viva kan tak payah nak pecut laju sangat la.. Tengah drive ni Intan duk lane paling kanan dan lagi 5 meter  ada traffic light kat depan, Sebelum sampai traffic light tu Intan tetiba macam nak tukar lane.. nak duk lane tengah lah sebab kita sedar diri, bawa Viva je so tak payah la nak ada kat lane kanan khusus untuk kereta laju kan.. Intan da bagi signal nak masuk lane kiri plus Intan usha side mirror and semua mirror yang ada, toleh kiri kanan kiri kanan.. memang takde kereta.. Tidak ada satu pun raksasa atau alien kat jalan tu.. Tup tup satu kereta Exora warna hitam pancung dan duduk depan Intan, Nasib kereta ingatkan gajah macam kat Krabi tu. Dah la tak pasang lampu..mana arah datang ntah tibe-tibe muncul.. Siut betol. So kereta tu dah menyenget sikit, kata pancung.. Keta dia tak tinted so Intan boleh nampak laki ke perempuan. Lepas tu dia buka tingkap keta.. Intan nampak la dia kuarkan tangan dia tapi dia pandang Intan melalui cermin belakang, dia pakai baju kemeja warna cerah belang belang pastu pakai jam tak tahu ori ke tak, lepas tu dia tunjuk FUCK kat Intan.. Ek eleh jantan ni.. ko pehal.. Intan balas balik.. tak nak kalah.. Intan buat apa tau? Intan pun bukak tingkap lepas tu lambai-lambai.. *melawankan. Hahahha.. Nampaknye dia tak puas hati la.. dia tunjuk lagi FUCK kat Intan.. Huh!! Intan buat flying kiss.. Tup tup lampu hijau dia terus pecut laju.. Intan pulak terkedek kedek la nak jalan.. Viva ok viva memang cool keta macam keta sport tak boleh duduk ramai-ramai.. Yang bila nak corner nanti dengar bunyi "king..king..king"

Mesti mamat Exora tu bengkek dengan Intan, mesti dia kata.."Bodoh punya orang, aku nak tengok siapa yang bawa ni? Huh da agak da.. POMPUAN pakai tudung!! lembab!!"  Dia tak tahu pulak Intan kata apa.. I SED STOP THE BULLY LA STUBID!!!!! TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN MAMPU MENGGONCANG DUNIAAaaaaa!!!!!!! Ha.. Puas hati Intan.. 



Toddles
IntanCool4eva

Tuesday, September 9, 2014

Copycat

Assalamualaikum Love!!!

Uols nak entry baru dari Intan? Tak sempat Intan nak up cerita baru di blog, ada seorang penulis blog iaitu KOCIP (nama sebenar dirahsiakan) yang MELETOP serta baik hati menulis serba sedikit pasal Intan.. Wah macam diva pulak rasa.. Uols boleh baca di SINI . 



Kesian... Dah cantik takde gigi pulak...Mohon bantuan untuk penyakit beliau...



Toddles
IntanDivaDeAmore

Friday, August 29, 2014

Last Part- Shanghai

Hari 4
Ok da masuk hari ke empat percutian kita ye anak -anak ku.. Hari ni mak nak tunjuk pada anda semua percutian kita di Haining, Ni mak copy paste translate je.. Mak memang tak suka sejarah ni.. So Mr Google je la... Minta maap la ayat Google tunggang terbalik.. Hahahaha Itu Google yang translate bukan mak tau..

"Pada Mei 1949 Haining telah diduduki oleh Tentera Komunis, dan Haining County telah ditubuhkan, yang dipunyai oleh Jiaxing Wilayah. Pada bulan Jun 1949 kerajaan daerah dipindahkan ke Xiashi Town. Dalam Oktober 1958 Haiyan County telah digabungkan ke dalam Haining. Pada Disember 1961 Haiyan County telah didirikan semula. Pada November 1986 Haining County telah dinaikkan Haining City, di bawah bidang kuasa Jiaxing. Dalam sejarah, Yanguan Town telah lama berkhidmat sebagai kerusi kerajaan daerah. Semasa Perang China-Jepun, kerusi daerah dipindahkan ke Yuanhua Town dan di luar daerah. Selepas perang, kerajaan daerah telah ditubuhkan pada Xiashi Town"

Tempat yang Intan pergi ni macam "askar-askar pergi berperang, berperang dengan komunis..Tempat sejarah katakan.. Kat lorong-lorong tu banyak la jual kraftangan, barang-barang antik pun ada jual.. Tak beli pun.. Buat berat beg je nanti.. Kebetulan ada dua orang penunggu setia kat tempat tu, tujuan nak promote tempat dia dan kita boleh nak tangkap gambar dengan dia bukan setakat bergambar nak suruh dia menari tarian kipas pun dia boleh buat.

Ohh nampaknya dia tak nak menari lah, mai sini mak menari tarian kipas.. Serious Intan menari depan dia..Berpusing-pusing Intan menari "sap sap" sambil tutup buka kipas.. Ketawa dia tengok Intan menari.. Nampak tak makanan yang Intan pegang tu.. Kata Jackie makanan tu nama dia Tahu Busuk Sedap Ahh Ahh. Seriously memang busuk gila wey.. Intan ambil je sebab Jackie yang bagi kan..tapi Intan tak makan sebab dah rasa was-was.. Dia takde je Intan terus "sappppp" (buanggg)..

Haining China Leather City.

Ok, mall ni dia jual semua barang leather.. Baju kasut beg sarung tangan apa sahaja la semua kulit tapi tak tahu kulit dari binatang apa.. Ohh so scary.. Barang-Barang not too bad la murah.. Geramm je tengok jaket kulit tu.. Lawo tapi tu la sebab Intan pk beli nanti nak pakai pergi mana? Malaysia pun panas harap pergi Cameron dengan Genting je pun sejoknya.. Seriously murah dan boleh nego lagi harga. Mama bagitau, kalau nak beli barang kulit, nak tahu kulit tu kulit apa kan, if dekat tag tu kita tengok ada tak 3 titik,  kulit tu dari "oink oink".. 

Kling-kling... check in time.. Ni kat Asia International Hotel.. Sunyi sepi Haining ni.. Persekitaran bersih dan orang tak berapa nak ramai.. Sejokkkk so ramai lepak rumah je takde nak kuar kuar pun.. So buat apa je sejuk-sejuk ni? jeng jeng jeng...

Ko ingat ko modal ke Intan? Dah la gemuk pendek.. Hahahha.. 

Last Day

Lepas check out dari Haining, Kami semua berangkat untuk balik ke Shanghai. Perjalanan dari Haining ke Shanghai rasanya 1 jam. Sepanjang perjalanan, Intan tido je.. Tapi nak gossip sikit, tiba-tiba Jackie duduk sebelah Intan.. OMG terperajat mak!!! Dia kata dia sedih sebab orang Malaysia peramah tak sombong happy sporting..dan Cantik, Intan rasa dia tuju untuk Intan tu.. Lepas tu kan Intan nangis (drama sangat). Intan nangis sebab nak kena tinggal dengan dia. Kata suka kat dia kan.. Hahaha..  

Shopping time!!!! Kat Shanghai, sini lah tempat yang murah nak beli utk souvenir. Pelbagai jenis barangan baju "I Love Shanghai", handbang, kasut, hanphone segala mak nenek semua ada.. Mall ni if korang nak imagine, dia ala-ala Plaza GM.. Pssst pssst..gosip lagi ni, Jackie bagi Intan hadiah.. Intan buka hadiah tu dalam plane.. Dia bagi Intan purse tapi tapi gambar Minnie Mouse!!! Apakah????


Look at that!!! Somel tak?
Ini haiwan kebanggaan kita sekarang ni kan?Sara tu semua nak beli, bila dah beli biar je kat mana2 tak amik kisah dah.. 

Jackie!!!.. Biar lah tak hansem tapi dah suka nak buat macam mana kan.. Time tu da nak senja, lagi 6 jam nak depart so last program kitaorg dengan tour ialah tengok "Shanghai Circus". Jackie request nak duduk sama-sama kat dalam tu... Awwww!! 

 Ni di antara show yang Intan tengok kat sana, actually banyak lagi show dia perform tapi biasalah no camera no video.. Gambar ni pun Intan Google je..
Show tu lebih kurang 2 jam.. Lepas show terus bergegas naik bas nak pergi airport. Intan dah sebak tu nak tinggal Jackie.. Jackie pun sedih gak tu.. Masa tu dia duduk depan Intan duduk belakang.. Masing masing feeling feeling gitu.. Cinta antara bernua..

Ini lah Jackie.. Kita org selalu Weechat sekarang ni.. Tanya khabar send gambar.. Sepatutnya Intan pergi Beijing jumpa dia kat sana, nak berjalan dengan dia.. Nasib tak pergi kalau tak, Intan dalam MH 370 kot.. . Intan pujuk dia suh masuk Islam, tapi dia tak nak , kata dia kalau muslim tak boleh makan oink oink, tak boleh pegang tangan tak boleh ada extra-extra. Allah maha mengetahui segalanya, kita tidak di takdirkan untuk bersama Jackie.. So Intan ambil keputusan untuk tinggalkan dia selamanya..
Bye Shanghai Bye Jackie..

Toodles!!!
IntanEmosCrying

Monday, August 18, 2014

Artis ke Pelajar

Assalammualaikum...

Sabtu lepas (16.8.2014) Intan pergi UiTM.. masuk je dalam kawasan UiTM Shah Alam terus rasa nak nangis sebab cita-cita nak belajar kat UiTM tapi  masa belajar dulu sebok jadi artis tu yang belajar ke mana fikiran ke mana.. Haa.. Artis la sangat.. Mak asyik berangan je zaman belajar.. Gila kejar glamor walaupun jadi pelakon tambahan dapat komisyen 40rm je dah la nak tunggu turn tu lama, kat set je dari 10malam sampai 7 pagi tapi kua kat screen 3 saat je.. Menyampah!!!!!!!! Hahahaha..

Ni nak cerita sikit tentang Intan yang memang nak sambung belajar tapi malas nak bertindak.. Intan ni tak pandai sangat pun, dapat Diploma pun kat Kolej swasta je (Cosmopoint), lepas dah dapat Dip Intan terus kerja.. Kerja dan kerja sampai la pengalaman bekerja masuk 6 tahun dan umor pun nak masuk 3 series.. Sepanjang Intan bekerja memang ada terpikir "Aku ni kalau nak jadi artis popular kena sambung belajar baru meletops.. Hahaha.. takder la..Gurau aja tapi betol apa,artis-artis kat Malaysia ni ramai je yang pandai-pandai belaka kan.. Ok-ok.. Itu la, parents, kawan kawan ramai yang bagi support untuk belajar ni cuma rajin atau malas je la.. 

So Intan decide memang nak sambung belajar, nak ambil Degree.. Intan pun register online, zaman sekarang ni kita online je.. Beli spender pun online kak... Hehehehe.. So Intan register pertengahan tahun lepas tapi regret sebab Intan tak ada MUET, syarat kemasukkan belajar Ijazah Muda Mudi  kena ada MUET at least band 2, kalau terlebih advance tu dapat la masuk THE BAND.. Hahahaha. Jadinya Intan pun ambil la exam MUET tu, konon-konon nak ambil periksa kat sekolah-sekolah je kot-kot boleh belagak dengan budak sekolah tapi silap ooooo dorang memang teral weh.. Intan masa periksa speaking memang banyak kali kantoi.. tapi Alhamdulillah, lulus!!!

Lepas dapat result MUET, Intan pun da start buka web Uitm, UTM, UKM,UPM semua U la .. End up Intan choose Uitm sebab banyak kemudahan dan murah kat Uitm tu.. So lepas ni study semua dalam online je la.. harap-harap dapat la coop semua dengan alam maya ni.. 

Ok lah.. Intan da tak sempat ni, malam ni nak siap-siap pack untuk pergi Krabi.. Party sebelum start belajar bulan 9 ni..Intan akan update pasal E-PJJ procedure next entry ya.. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.. Aminnn



Toodless 
IntanUitmDihatiku

Wednesday, August 6, 2014

Dua Bulan Punya Stock!!!




Assalamualaikum korang..

Dah lama rasanya tak update blog, ada ke yang tertunggu-tunggu? HiHiHi.. Start bulan puasa haritu Intan sebok betol melayan kerenah DD (Datuk Dato') untuk arrange event Iftar je pun.. Kan Intan ni Setiausaha merangkap PA dia.. Tapi Intan banyak buat kerja PA je *Ala ala cerita KTAR.. Macam Indah tu kerja dia PA dan Setiausaha, sampai ikut outstation sana sini..Untungla kan dapat ikut sana sini. Zaman sekarang ni ada lagi ke PA ikut bos sana sini? Kalau dapat bos muda nak la ikut tapi kalau dah berkedut tak mau la.. Dangerous!!!! Orang kata tua tua keladi haaa...

Rasanya tak terlambat lagi untuk Intan ucap  Selamat Hari Raya pada uols.. Raya kan sebulan. Raya tahun ni Intan raya kat KL je bukan takda kampung tapi parents tengah susah hati tu.. Susah hati pasal apa? Nanti Intan cerita ok?Loser gile wey duk KL, nak beraya mana pun tak tahu, kawan-kawan saudara mara semua balik kampung.. Baju raya tempah banyak-banyak pun pakai satu pasang je masa raya pertama. Lepas sembahyang raya , makan rendang dengan nasi impit sikit dah tu terus tangkap gambar, tangkap gambar pun kat rumah orang, kita pinjam kawasan orang memandangkan keadaan rumah macam tak terkawal. Papa Intan lagi brutal, lepas sembahyang raya terus tukar baju pakai t-shirt dengan jeans.. Dia ni memang urban sikit.. tak sedar diri tu dia asal dari kampung, lepas tu pi rem-rem ronda-ronda bawa superbike dia.. Hampeh!!! Tak da langsung perasaan nak beraya, So tinggal la 4 beranak yang gila nak posing baju raya, 


Senyuman ikhlas di pagi raya 


 Mekda (turquoise) Mama yg kat tengah.. Muka sama tak? Dulu Intan TAK setaraf dengan dorang sebab dorang putih.. Tapi sekarang kita da setaraf.. Syabas!!! Tengok mama pakai handbag apa tu? Channel weh!!! Gred AAA je.. Tak mampu nak pakai yg Ori.. Kita bukan orang kaya Ma..


 Zati ( tengah). Candit katanya.. Tengok Intan, macam mak-mak sangat kan.. 
Gemok la weh.... 


Time ni memang panas gila.. Ketibas tau.. 
 Mama macam ibu tunggalkan?


 Papa brutal.. Lepas sembahyang raya terus tukar t-shirt  .. Bencikkkk!!!!




Yang pasal parents Intan susah hati tu kan, cerita dia macam gini, rumah yang kita orang tinggal sekarang ni nak kena jual.. Di sini menyesal!!! Hahahah.. Dialog P Ramlee (3 Abdul). Eh bukan nak jual, tapi tuan rumah nak balik rumah tu, so kita orang kena kuar.. Ekceli dorang dah bagi notis tahun lepas lagi tapi masing-masing buat dek je.. Ye le macam mana nak kua, rumah yang parents beli tu tak siap lagi, kontrektor tu tipu.. Dia amik duit lepas tu lari sambil lompat bintang.. Siut betol kan orang macam tu.. So mama cari kontrektor lain. Mama Intan pulak tak cukup duit sebab rumah tu ada buat renovation tambah lagi dua tingkat, asalnya satu tingkat je..tapi sebab papa Intan ni poyo.. Dia ingat dia keluarga kaya suruh tambah lagi dua tingkat, total renovation lebih kurang 170k.. Macam mana nak bayar tu? Mama juga yang kuar duit.. Nasib ada duit EPF, nak harap papa, dia bukannye bekerja.. Tau nak balagak macam orang kaya.. Sian mama.. Sedih sangat, bila teringat mama yang kena tanggung papa.. 

Ada satu hari tu papa kata kat mama " Awak tak tinggal duit ke?" Aik! laki yang tanya soklan tu kat pompuan.. Kelakar kan..Sepatutnya dia sebagai ketua rumah dia la yang tanggung kami, ni kami yang kena tanggung dia. Redha je mama.. Ma.. takpe..syurga tempat mu.. Amin.. Haritu papa tengah kusyuk tengok tv, Intan padang la muka dia tapi dia tak perasan..Kesian pulak!!! Tengok muka dia tangan dia leher dia da berkedut.. Orang tua kan.. so bila benci dia tak sayang dia memang tak sampai hati.. Darah daging kita kan.. Minta mama pa, minta maaf ma.. Kosong-kosong ok?



So rumah tu kontrektor melayu yang buat sekarang ni, sepatutnya 3 bulan da siap, dah boleh masuk aritu bulan 6, tapi biasala melayu kan.. Janji melayu, sampai sekarang bulan 8 ni tak siap-siap lagi.. Tapi minor renovation la, Intan rasa lagi 20 percent siap le.. tak banyak da.. tinggal porch kereta, dapur, longkang, elektrik dengan air.. Kontrektor tu asyik minta duit je.. tak cukup tu la ini la.. Asal kita orang datang nak tengok rumah ,minta duit.. Meluat tengok muka dorang.. Nasib baik tuan rumah yang sekarang Intan duduk ni prihatin.. Dia pun redha je la dengan alasan kita orang.. Bayangkan lah dari tahun 2013 dia suh kua sampai sekarang kami setia kat rumah tu.. Tuan rumah jangan risau.. Kami tak pernah missed bayar sewa rumah.. Semoga Allah merahmati kamu tuan rumah.

Toodles!!!
Intankepenatantunggu


Ni la rumah parents Intan yang tak siap-siap lagi.. Nanti da siap Intan buat housewarming.. Jemput lah datang.. :)