Wednesday, August 5, 2015

Hello Semua!

Hello, Hi and Assalamualaikum....Salam semua!

Selamat Hari Raya! Rasanya masih tak terlambat lagi untuk Intan ucapkan Selamat Hari Raya walaupon dah masuk Syawal yang ke-20. Sorry Intan dah lama tak buat entry baru. Intan memang bizi giler. Dengan kerja, study, Garfiield kucing Intan. Memang bizi sangat-sangat kalah PM. Haritu ingat lepas exam dah tak bizi, nampaknya Intan bizi jugak lagi. Alhamdulillah Intan still survive and hidup sampai sekarang. Exam pon dah lepas and Intan dah nak masuk Part 3 dah pun. A long way to go untuk dapat segulung Ijazah. Tapi Intan akan tetap berusaha sampai la habes study. Dugaan memang banyak. Kekadang Intan rasa macam nak give up pon ada. Sedih sangat.

Dengan kerja lagi macam naharom jilake, (astaghfirullah) lepas tu nak study exam semua, dengan semenjak duduk office baru ni, kena berulang naik LRT dari Gombak ke Platinum Park and jiwa Intan yang kosong sebab MASIH SOLO SAMPAI SEKARANG, Intan rasa sangat la tough ok? Kekadang Intan nanges sorang-sorang. Intan macam tak dapat sokongan dari segi jiwa, gitu. Kekadang Intan taip meses dekat Kaksu, taip delete taip delete tak hantar pon. Lepas tu Intan nanges. Intan taknak ganggu Kaksu. Dia nampak macam busy and happy dengan Shein and family dia. Kekadang Intan tengok Kaksu ni macam tadek masalah dalam hidup dia. Semua smooth je. Boss baik, anak comel, suami sporting. Kaksu pon rajin kemas rumah, masak sedap lepas tu Kaksu selalu buat orang happy. Intan rasa sebab tu dia selalu happy. (Tetiba cerita pasal Kaksu pulak). Hehe.

Intan teringin nak ada anak, family macam Dyba, Sarah and Kaksu. Nampak seronok je. Lagipon Intan enjoy jugak beli baju untuk anak buah Intan yang bakal lahir bulan depan. Korang doakan la eh? Ni pon Dyba and Kaksu dah main janji-janji nak pretnen sama-sama. Dorang bagi Intan tempoh sampai hujung tahun untuk Intan kawen. Kalau Intan tak kawen jugak, dorang nak proceed pretnan 2 orang je. Sedih la macam ni. Apapa pun Intan tetap bersyukur sebab family Intan semua ok-ok and tadek masalah. Kawan-kawan pon always bagi support. So bila Intan fikir balik, ok je study ni sebab at least Intan tadek la asyik nak fikir pasal kawen je. Intan busy dengan study cuma tu la. Kaksu tu tak habes-habes suruh Intan berenti belajar je. Dalam ramai-ramai dia je yang tak support. Kaksu tak support sebab dia kata Intan dah lama tak datang rumah dia. SEBAB TU JE PON. Kaksu ni selfish tau?

Oklah. Tak boleh nak cerita panjang sangat. Ni pon Intan curik masa sikit-sikit buat entry ni, mana tau ada yang rindu Intan ke? Hehe. Kata Kaksu, haritu ada yang email Kaksu tanya pasal rahsia kecantikan Intan. Hehe. Korang ni pandai kan ambik hati Intan. Macam Intan, Intan memang amalkan Innershine Pati Prune and guna Safi Rania. Itu sahaja. Tapi Intan memang ambik dah lama. Alhamdulillah kulit Intan makin lama makin banyak improvement. Korang pon cuba la. InnerShine tu Intan beli 3 4 kotak sebulan. ikut bajet. Sehari makan 1 botol. Sesapa yang sun-burn, elok minum Innershine ni, cepat la hilang rentung tu. Intan sebenarnya cuba-cuba je minum. Walaupon tak sun-burn, tapi Intan punya kulit gelap. Tak sangka bila minum kulit putih pulak. So Intan menten la. TQ Innershine!

Last but not least, Intan hope untuk tahun ni akan ada miracle dalam hidup Intan. Kata Kaksu, Intan baik, suka mengalah dengan adik-beradik and family, suka happy kan orang, so satu hari nanti mesti Allah balas yang baik-baik untuk Intan. InsyaAllah..... Tak zabar Intan nak tunggu miracle to happen. Till then, korang take care ok? 

Bye!

Toddles,
IntanKuKesepian


Tak kawen lagi? Ada aku kesah? Hahahaha

14 comments:

Dyba Dbuh said...

imiss u too intanloveu :)

Anna Dayana said...

tq dybadbuh

Lavender violet said...

intan cantik
Aamiin..moga cepat sampai miracle tu :)

Anna Dayana said...

Lavender..

Amin... assemoga

Che kem said...

psssst : intan, ko nampak lg cantik dr kalangan emak2 org tu..lagipun among them..u lah bunga yang mewangi sebab masih sunti..depa dah habis madu sepah di buang..hahahahah

btw intan, semoga sentiasa happy yer..


(ni kalau, chooyaya baca..habislah duwetttt aku...)

Anonymous said...

kak intan, fighting!! #ukenduit #dongibap #kipidap

Anna Dayana said...

Che Kem..

Cantik tapi takde boipren. rasa loser.. T_T

KAK SUUUUUU.. Che kem ni mengata kak su.....

Anonymous
TQ Adik.. ada abg tak? kikiki kirim salam..

Chooyaya! said...

che kem : Takpe. Alhamdulillah... :) Sapa paling cantik, tak dpt anugerah pon. have a nice day!

..nOWa.. said...

Dont worry intan. Just jaga diri dan mintak Mak doakan sebab doa ibu tu paling cepat di angkat. Lepas tu lepas solat, doa direct to the point contohnya "Ya Allah, kurniakanlah aku suami yang akan mengasihi dan mengahwini aku, tahun ni" Hihii. Tapi ni serius Intan. Lepastu, Intan kena tengok balik niat Intan nak berkahwin. Semuanya kerana Allah. Bukan sebab sunyi atau sebab anak. Ada sebab kita cakap macam ni. Kalau Intan berminat nak tau boleh email kita. Sebab ni kisah benar diri kita, bertemu jodoh.

Apapun, Intan cantik je. :)

Anna Dayana said...

Nowa.....

nak email add pls..

..nOWa.. said...


Hai Intan!

norafumiabe@yahoo.com

:)

..nOWa.. said...

Intan kat email nanti check kat Spam jugak ok.

Reena Kamarudin said...

intan :

kita sama. situasi kita sama :)
umur dah genap 30 tapi belum kawen kawen. kadang kadang rasa seronok solo.
tapi ada masanya, rasa nak ada suami supaya ada tempat bergantung dan menjaga kita.
nak pulak bila time down. jenjalan sensorang sambil sendu macam dalam klip video.
kita doa sama sama kay. semoga tahun ni semuanya baik baik saja.

Anna Dayana said...

wah... ramainya yang senasib.. xde la cuak sangat kan.. hhihihi
sama sama kita doa ye. Mudah mudahan kita mendapat petunjuk dariNya..