Showing posts with label Raya Time. Show all posts
Showing posts with label Raya Time. Show all posts

Wednesday, August 6, 2014

Dua Bulan Punya Stock!!!




Assalamualaikum korang..

Dah lama rasanya tak update blog, ada ke yang tertunggu-tunggu? HiHiHi.. Start bulan puasa haritu Intan sebok betol melayan kerenah DD (Datuk Dato') untuk arrange event Iftar je pun.. Kan Intan ni Setiausaha merangkap PA dia.. Tapi Intan banyak buat kerja PA je *Ala ala cerita KTAR.. Macam Indah tu kerja dia PA dan Setiausaha, sampai ikut outstation sana sini..Untungla kan dapat ikut sana sini. Zaman sekarang ni ada lagi ke PA ikut bos sana sini? Kalau dapat bos muda nak la ikut tapi kalau dah berkedut tak mau la.. Dangerous!!!! Orang kata tua tua keladi haaa...

Rasanya tak terlambat lagi untuk Intan ucap  Selamat Hari Raya pada uols.. Raya kan sebulan. Raya tahun ni Intan raya kat KL je bukan takda kampung tapi parents tengah susah hati tu.. Susah hati pasal apa? Nanti Intan cerita ok?Loser gile wey duk KL, nak beraya mana pun tak tahu, kawan-kawan saudara mara semua balik kampung.. Baju raya tempah banyak-banyak pun pakai satu pasang je masa raya pertama. Lepas sembahyang raya , makan rendang dengan nasi impit sikit dah tu terus tangkap gambar, tangkap gambar pun kat rumah orang, kita pinjam kawasan orang memandangkan keadaan rumah macam tak terkawal. Papa Intan lagi brutal, lepas sembahyang raya terus tukar baju pakai t-shirt dengan jeans.. Dia ni memang urban sikit.. tak sedar diri tu dia asal dari kampung, lepas tu pi rem-rem ronda-ronda bawa superbike dia.. Hampeh!!! Tak da langsung perasaan nak beraya, So tinggal la 4 beranak yang gila nak posing baju raya, 


Senyuman ikhlas di pagi raya 


 Mekda (turquoise) Mama yg kat tengah.. Muka sama tak? Dulu Intan TAK setaraf dengan dorang sebab dorang putih.. Tapi sekarang kita da setaraf.. Syabas!!! Tengok mama pakai handbag apa tu? Channel weh!!! Gred AAA je.. Tak mampu nak pakai yg Ori.. Kita bukan orang kaya Ma..


 Zati ( tengah). Candit katanya.. Tengok Intan, macam mak-mak sangat kan.. 
Gemok la weh.... 


Time ni memang panas gila.. Ketibas tau.. 
 Mama macam ibu tunggalkan?


 Papa brutal.. Lepas sembahyang raya terus tukar t-shirt  .. Bencikkkk!!!!




Yang pasal parents Intan susah hati tu kan, cerita dia macam gini, rumah yang kita orang tinggal sekarang ni nak kena jual.. Di sini menyesal!!! Hahahah.. Dialog P Ramlee (3 Abdul). Eh bukan nak jual, tapi tuan rumah nak balik rumah tu, so kita orang kena kuar.. Ekceli dorang dah bagi notis tahun lepas lagi tapi masing-masing buat dek je.. Ye le macam mana nak kua, rumah yang parents beli tu tak siap lagi, kontrektor tu tipu.. Dia amik duit lepas tu lari sambil lompat bintang.. Siut betol kan orang macam tu.. So mama cari kontrektor lain. Mama Intan pulak tak cukup duit sebab rumah tu ada buat renovation tambah lagi dua tingkat, asalnya satu tingkat je..tapi sebab papa Intan ni poyo.. Dia ingat dia keluarga kaya suruh tambah lagi dua tingkat, total renovation lebih kurang 170k.. Macam mana nak bayar tu? Mama juga yang kuar duit.. Nasib ada duit EPF, nak harap papa, dia bukannye bekerja.. Tau nak balagak macam orang kaya.. Sian mama.. Sedih sangat, bila teringat mama yang kena tanggung papa.. 

Ada satu hari tu papa kata kat mama " Awak tak tinggal duit ke?" Aik! laki yang tanya soklan tu kat pompuan.. Kelakar kan..Sepatutnya dia sebagai ketua rumah dia la yang tanggung kami, ni kami yang kena tanggung dia. Redha je mama.. Ma.. takpe..syurga tempat mu.. Amin.. Haritu papa tengah kusyuk tengok tv, Intan padang la muka dia tapi dia tak perasan..Kesian pulak!!! Tengok muka dia tangan dia leher dia da berkedut.. Orang tua kan.. so bila benci dia tak sayang dia memang tak sampai hati.. Darah daging kita kan.. Minta mama pa, minta maaf ma.. Kosong-kosong ok?



So rumah tu kontrektor melayu yang buat sekarang ni, sepatutnya 3 bulan da siap, dah boleh masuk aritu bulan 6, tapi biasala melayu kan.. Janji melayu, sampai sekarang bulan 8 ni tak siap-siap lagi.. Tapi minor renovation la, Intan rasa lagi 20 percent siap le.. tak banyak da.. tinggal porch kereta, dapur, longkang, elektrik dengan air.. Kontrektor tu asyik minta duit je.. tak cukup tu la ini la.. Asal kita orang datang nak tengok rumah ,minta duit.. Meluat tengok muka dorang.. Nasib baik tuan rumah yang sekarang Intan duduk ni prihatin.. Dia pun redha je la dengan alasan kita orang.. Bayangkan lah dari tahun 2013 dia suh kua sampai sekarang kami setia kat rumah tu.. Tuan rumah jangan risau.. Kami tak pernah missed bayar sewa rumah.. Semoga Allah merahmati kamu tuan rumah.

Toodles!!!
Intankepenatantunggu


Ni la rumah parents Intan yang tak siap-siap lagi.. Nanti da siap Intan buat housewarming.. Jemput lah datang.. :)









Monday, June 23, 2014

Kuih Raya Biskut Raya di Hari Raya, Jemput la singgah

Assalammualaikum Uols..

HARI RAYA HARI YANG MULIA
SUNGGUH BERERTI KEPADA KITA
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA
DARI EON UNTUK SEMUA..


Ha.. Ingat lagi tak tak lagu ni.. Intan suka lagu ni.. Sekarang ni dok terngiang ngiang lagu ni kat kepala otak.. Hehehe.. Ok tak lama lagi nak puasa da.. Kejap je da setengah tahun.. Lepas puasa kita beraya pulak lepas raya dah nak masuk akhir tahun.. So masih lagi single.. Alahai Omak kawinkan aku *mula meroyan pompuan ni.. (T_T ) ..

Haa!! Korang kenal Hafiz? Nak harap kan Hapiz suka Intan memang tak la.. sebab dia cita-cita tinggi tu, nak perempuan yang cantik dan seksi.. Dia sedar tak diri dia tu siapa? macam mana?  Amboi!!!! *panas hati kan.. Pasal Hapiz, Intan tak kisah sangat, tapi Intan kisah pasal FIFI (dia lelaki tau).. Intan paling suka kat dia, tapi dia cukup menyampah dengan Intan, benci betol kat Intan, tak tahu la kenapa dia tak suka sangat. 

Satu hari tu FIFI minta tolong kat seorang girl ni nama Robyn (perempuan India Intan panggil dia Party Animal je), sanggup minta tolong kat Robyn dari Intan, Intan tak puas hati terus pergi kat tempat dia tanya macam ni "Fi? Fi lebih suka minta tolong dari dia dari Intan kan? Fi? Robyn tu tak pakai tudung tau, Intan ni pakai tudung apa kurangnya Intan dengan Robyn tu? *cakap sambil tepuk dada lepas tu terus blah.

Untuk FiFi Intan sanggup cari duit tukar 50RM kepada 10RM dari jauh Intan dengar Fi cari duit tukar, untuk Fifi Intan sanggup ponggah semua almari sebab FiFi nak plastik cantik katanye.. Untuk Fifi, Intan sanggup stop buat kerja sebab nak tolong Fi print out colour resume Fi tu. Kenapa Fifi kenapa Fifi tak suka Intan? Fi, satu hari nanti Fi tersuka kat Intan macam mana? Haa tak tahu.. Masa tu dah tak sempat dah!

Ok, macam ni..  Ada sape - sape tengah mencari kuih / biskut raya yang sedap? Mari lah scroll picture-picture kuih kat bawah ni. Kalau berminat, boleh call Intan. Intan tolong kawan -kawan je, Ikhlas tau. Ada juga kawan Intan suruh iklan dalam blog Intan ni, Intan dah bagi tau kat dia, user online tak cecah 10 orang.. Dia ketegaq, nak juga suh masuk dalam blog, perli ke hape? Maaf lah kualiti gambar low, nampak kuih tu pun macam puasa, tak bermaya gitu. Tapi ikhlas ni tolong kawan..

Whatsapp  tak support *bagitau awal-awal. Hahahaha  012-6304182 - Call ok!



Bangkit Cheese

Butterscotch

Cornflakes Crispy

Dahlia

Donut Cookies

Gajus Cheese

Crunchy Caramel

Marmar

Nestum Cornflake

Pistachio

Rainbow

Sampan

Snowy

Tart Tulip

Untaian

Harga : RM 27.00/Balang - 50 Keping

Toodles
IntanBuilder



Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran....


Salam Aidilfitri…

Kepada semua yang di ingati…
Anna mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin
sekiranya ada salah & silap Anna kepada semua
samada secara atau tidak langsung..
Semoga anda semua diberkati Allah SWT hendaknya
Kalau balik kg tu..jgn bawak kete laju2 yea..
Yang baik dari Allah SWT, dan yang salah dari Anna..

Maaf Zahir & Batin..

…Salam Aidilfitri…
Anna Dayana

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Untuk Semua

Sentiasalah setting niat, upgrade iman, download usaha, delete dosa, update doa, dan top up ilmu, supaya dapatlah redeem pahala banyak -banyak..




Selamat Berpuasa..