Thursday, May 13, 2010

Kotak oh Kotak

Esok ada acara beramai – ramai membuat 5s. Konun aku nak senangkan so aku nak buat lah arini kerja-kerja tu tapi tak sampai setengah jam aku dah surrender. Sebab kotak kat tempat aku ni ada lebih pada 5..siut betol..berat lak tu sebab banyak benda dalam tu. Mana taknya doc tu semua dari tahun 80an pun, tensi aku nak sorting, listing and labeling.. sakit tangan-tangan aku. Sebab malas, aku masukkan semua fail2 tu dalam kotak than nanti tanya big boss nak ke tak, kalau tak nak senang jer masuk dalam tong sampah. Yes… mudah bukan.hehehehe

Kotak ni kembar dua..siut betol la kotak ni…sempit tau tempat aku

Kotak ni kembar empat, kotak ini telah menyusahkan laluan otang ramai untuk membuat photostat



Ini bapak kotak, sebab dia yang paling besar dan putih serta berwarna-warni ..menyemak jer kat sini…

Nampak tak kat belakang tu ada dua jug air, kadang –kadang tempat aku ni dijadikan second pantry..hishhh

Simply Siti Demi Siti

Hari jumaat memang di tunggu-tunggukan oleh kami semua (macam buat karangan pulak),tujuan datang Jaya Jusco Setiawangsa adalah untuk pergi membeli barang-barang keperluan aku seperti syampoo sabun deodorant lotion dan panty liner kat mana lagi kalau bukan kat Watson, beli barang2 macam tu pun dah abis dekat 60rm. Ok dah cukup tak mo jalan lagi kat area Watson tu tapi tiba2 terdengar suara orang cakap” Errm..kat mana produk Simly siti ni jual ek? Kata ada kat Watson kan?” rupa-rupanya suara itu dari arah belakang aku iaitu suara kaklong (kakak Kak su yang pertama). Sudah aku terpedaya dengan suara itu, aku pun pergi ar kat dorang, kaksu,kak tonah pun ada sekali kat situ, aku tak nak ar terjebak dengan benda2 tu sebab kat dalam beg aku pun ada lagi barang2 make up(ZA, In 2 it, Avon), benda free yang boleh test kan, apa lagi tangan gatal la nak cuba gak.. kaklong kaksu try lipstick, kak tonah try blusher yang paling hebat kaksu ler, eye shadow, tak ingat2 warna biru terang.. aku jer yang innocent tak try apa2, tapi tengok dorang pakai aku pun nak gak, aku amik lipstick yang kaklong pakai warna pucat tapi cantik iaitu Nirmala. Pastu makcik2 kat belakang tu pun sebok gak nak beli produk siti tengah tuggu turn anak+mak dara ni berhias, alang2 dah free pakai jer semua tu..comey jer nama lipstick siti tu , Nirmala, Purnama, Bicara Hati nak katakan semua nama-nama tu nama lagu dia.Keluar jer dari Watson semua muka confident sebab dah cantik pastu semua cakap cantik di antara satu sama lain..hihihi..Produk Siti mmg berkualiti dan warna-warna sangat cantik..tak caya test ark at Watson..percuma jer

P/S: pic takder, mungkin kaksu akan buat entry pasal produk Siti
nanti mesti dia upload pic. Kenapa cara penulisan aku macam budak darjah 6 nak buat karangan UPSR yang dalam soalan suh cite pengalaman anda ketika berada di shopping kompleks..hahahahaha

Wednesday, April 28, 2010

Sleeping Beast



Are you sleeping are you sleeping brother boyot.. Hishh geram sungguh ngn si boyot ni sebab dia comey sangat..dan gemuk.. Baru-baru ni dia asyik bergadoh dengan si Rio sebab berebutkan si Fifi(bukan Cik Epal tau).. senang jer si boyot ni, kalau dia gado bagi spray yang kita dok sterika baju tu pastu spray kat muka dia, dia takot ar.. selalunya jalan jer dengan cara tu tapi kalau tak jalan gak bagi rotan.. banyak kucing dah yang orang dah beli..tinggal yang tua2 jer..yang muda semua manusia dah angkot..

Sunday, November 8, 2009

Dr. Cafe

Hari sabtu (7.11.2009) i g lepak kat Mont Kiara Dr. Cafe. I tak tahu nak citer direction how to go there, yang I tahu dekat ngn Masjid Wilayah jalan terus, u all cari building yang ada tulis Solaris.Dr. Cafe dekat ngn building tu lah. Itulah first time i g sana, maklumlah tempat2 macam tu semua tempat high class I memang tak layak nak kesana tapi disebabkan kawan I nak blanja I mimum coffee dan makan kek kat situ i relakan jua pergi ke sana walaupun i penat baru balik dari Penang..

Tempat tu very relaxing la, lebih kurang macam kat Coffee Bean..Special yang anda boleh jamah ialah starwberry cheese cake(recommended)...sangat sedap gile2..(two thumbs up for Dr. Cafe)dan kalau anda penggemar coffee boleh try kat cafe tu..mmg sedap macam-macam jenis coffee ada, yang lain tu macam biasa jer ice blended..ada lagi satu menu iaitu sandwich dipotong empat tapi inti dalam tu empat-empat berbeza(recommended)...sedap giler..ok bye...

p/s: kalau nak tahu add cafe ni carik dalam google ok..



ni roti croissant dalamnya inti rempah ratus

tempat lepak+gosip

nak tunjuk logo jer

mug yang cantik dan boleh dibeli tapi i rasa price dia mesti mahal


sandwich yang gile best, sepatutnya ada 4

tapi tinggal tiga sebab satu ada orang curik.


Pertama...ok..

Kedua...erm..ok

Ketiga... cukup2lah
"Best gile kek Dr. Cafe ni dari Secret Receipe tapi tak boleh lawan Alexis"

Wednesday, November 4, 2009

Tag Simple dari Kak Su Air Mata Berdarah

I nak tido sebab time lunch sekarang ni di sebabkan kami dah makan awal tadi so sekarang masa utk berdengkur tapi tiba2 terbaca entry baru kaksu suh i buat tag lapan aku sedang lak..

Kalau tak buat nanti dia kata aku kambing dah lah dia selalu kata macam ni kat i "intan...intan mandi tak arini?"..Baiklah mari kita mulakan..

1. Aku sedang
Tido2 ayam tapi di kejut oleh kaksu suh buat tag ni

2. Aku sedang
Berangan dan tak sabar nak ke Penang ni

3. Aku sedang
menaip untuk memenuhkan entry aku ni

4. Aku sedang
Mendengar lagu FarmVille yang kaksu akan sentiasa buka, ayam. itik, kambing, kucing
semua ada aku dah takboleh terima dengan bunyi2an itu.

5. Aku sedang
tengok cleaner ni tengah menyapu sampah kat bilik bos2 kat depan aku ni, haritu aku tolong
kakak cleaner ni mop lantai sebab aku memang teringin nak buat..

6. Aku sedang
Memikirkan gaji yang akan dapat lagi 2 mggu dari sekarang, duit dah banyak abis ni.

7. Aku sedang
Menghabiskan novel bertajuk Aku Cinta Kamu dan (tak ingat lah tajuk citer tu) tapi nak
abiskan novel tu kat Pinang nanti.

8. Aku sedang
Ya... Aku Sedang Ingin Bercinta <--- Tajuk lagu tu.. Tengah nyayi dalam hati sekarang...
Ok bye

Monday, November 2, 2009

Pulau Pinang

Kali ni nak pergi jalan-jalan kat Pinang lak...sonok ni..Kami tak plan pun nak ke sana. Ialah sementara boleh g jalan-jalan ni dan ada duit sikit, kalau duit banyak, lagi banyak nak bayar utang 5c iaitu credit card, car, condo, pastu tak ingat lagi 2 c tu apa.

Tapi untuk kali ni trip 2 hari 1 malam jer start pada hari khamis 5.11.2009 - 6.11.2009(jumaat). Rasanya macam membazir lama-lama kat sana padahal samanya kat KL. Pi sana sebab nak beli asam jeruk kat Komtar dan makan nasi kandaq kat Batu Feringgi.Nyum...nyum sedapnya...tak sabar rasanya nak makan nasi kandaq dengan papadom ni gara2 tengok citer Papadom dengan kaksu ari tu. Sila buka surayasulatin.blogspot.com , sehingga i teruja sangat nak makan nasi tu, dah la aritu makan nasi kat KLCC tak sedap tapi sebab terpengaruh dengan Papadom Saadom so nak jugak. ok bye


Nasi kandar kegemaran ramai..kuah bagi campuq no..


Asam laksa..glup...


sedapnya...air liur tengah berkumpul kat tepi mulut ni..meleleh rasa

Thursday, October 29, 2009

Lahirnya Engkau Di Bumi Ini.

Di lahirkan pada 27.10.84 di Hospital Sentul. Seorang perempuan yang tak berapa gemuk dan tak berapa kurus semasa di lahirkan. Rambut lurus, mata besar kulit hitam manis tapi mempunyai telinga yang kecil. Walau apa pun bentuk dan warna dia sudah cukup sifat. Alhamdulillah..

Hari ini genaplah 25 tahun insan yang bernama seperti dalam profile..Syukur pada yang maha esa kerana aku masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini..
Tepat pukul 12 malam pada 27.10.2009 tut..tut..(sms berbunyi lak) insan yang bernama tettttt hantar sms ucap happy birthday kat aku. Nasib dia ingat kalau tak.. ku putaq2 telinga hang...
Pagi tu pulak mama hantar sms, dia tulis "happy birthday dan dah dapat hadiahkan?" aku pun reply balik cakap "terima kasih atas ingatan mama, hadiah tak penting sekarang ni apa yang penting ialah doa mama untuk anak mama ni supaya di beri keberkatan, kejayaan dan kebahagian di dunia mahupun di akhirat"...Amin.

Terima kasih pada kawan2 kerana masih ingat hari kelahiran aku, tak putus2 aku terima sms dan email. "Akak sayang kamu semua ya"<----ala2 suara kak Anita Sarawak(Sebab betul2 tau)..ok Bye

Time ni sambut besday kat office
Terima kasih kawan2..Muahhh