Thursday, May 13, 2010

Kotak oh Kotak

Esok ada acara beramai – ramai membuat 5s. Konun aku nak senangkan so aku nak buat lah arini kerja-kerja tu tapi tak sampai setengah jam aku dah surrender. Sebab kotak kat tempat aku ni ada lebih pada 5..siut betol..berat lak tu sebab banyak benda dalam tu. Mana taknya doc tu semua dari tahun 80an pun, tensi aku nak sorting, listing and labeling.. sakit tangan-tangan aku. Sebab malas, aku masukkan semua fail2 tu dalam kotak than nanti tanya big boss nak ke tak, kalau tak nak senang jer masuk dalam tong sampah. Yes… mudah bukan.hehehehe


Kotak ni kembar dua..siut betol la kotak ni…sempit tau tempat aku
Kotak ni kembar empat, kotak ini telah menyusahkan laluan otang ramai untuk membuat photostat


Ini bapak kotak, sebab dia yang paling besar dan putih serta berwarna-warni ..menyemak jer kat sini…
Nampak tak kat belakang tu ada dua jug air, kadang –kadang tempat aku ni dijadikan second pantry..hishhh

Simply Siti Demi Siti

Hari jumaat memang di tunggu-tunggukan oleh kami semua (macam buat karangan pulak),tujuan datang Jaya Jusco Setiawangsa adalah untuk pergi membeli barang-barang keperluan aku seperti syampoo sabun deodorant lotion dan panty liner kat mana lagi kalau bukan kat Watson, beli barang2 macam tu pun dah abis dekat 60rm. Ok dah cukup tak mo jalan lagi kat area Watson tu tapi tiba2 terdengar suara orang cakap” Errm..kat mana produk Simly siti ni jual ek? Kata ada kat Watson kan?” rupa-rupanya suara itu dari arah belakang aku iaitu suara kaklong (kakak Kak su yang pertama). Sudah aku terpedaya dengan suara itu, aku pun pergi ar kat dorang, kaksu,kak tonah pun ada sekali kat situ, aku tak nak ar terjebak dengan benda2 tu sebab kat dalam beg aku pun ada lagi barang2 make up(ZA, In 2 it, Avon), benda free yang boleh test kan, apa lagi tangan gatal la nak cuba gak.. kaklong kaksu try lipstick, kak tonah try blusher yang paling hebat kaksu ler, eye shadow, tak ingat2 warna biru terang.. aku jer yang innocent tak try apa2, tapi tengok dorang pakai aku pun nak gak, aku amik lipstick yang kaklong pakai warna pucat tapi cantik iaitu Nirmala. Pastu makcik2 kat belakang tu pun sebok gak nak beli produk siti tengah tuggu turn anak+mak dara ni berhias, alang2 dah free pakai jer semua tu..comey jer nama lipstick siti tu , Nirmala, Purnama, Bicara Hati nak katakan semua nama-nama tu nama lagu dia.Keluar jer dari Watson semua muka confident sebab dah cantik pastu semua cakap cantik di antara satu sama lain..hihihi..Produk Siti mmg berkualiti dan warna-warna sangat cantik..tak caya test ark at Watson..percuma jer

P/S: pic takder, mungkin kaksu akan buat entry pasal produk Siti
nanti mesti dia upload pic. Kenapa cara penulisan aku macam budak darjah 6 nak buat karangan UPSR yang dalam soalan suh cite pengalaman anda ketika berada di shopping kompleks..hahahahaha