Friday, June 27, 2014

Cantik Tapi..

Assalammualaikum...

Selalukan pagi-pagi bila ada kat opis macam ada rasa satu mood nak sombong.. Padahal tak de apa pun nak di sombongkan.  Mungkin rasa macam cantik kot pastu makeup pun fresh lagi..glowing glowing gitu. Hihihi..Lepastu buat sebok sebok kehulu ke hilir "ketak ketuk ketak ketuk" bunyi kasut..Kata pakai heel.. Kedepan kebelakang buatlah sampai dua tiga kali sampai orang tegur.. "Busynye dia.. nak pergi mana tu?. Intan pun jawab " Nak pergi tingkat 10" EEee cantiknya Intan?" Kak  Su yang suka puji macam tu.. *Kak Su Sweet talker tau... 

Cantik? kedip kedip bulu mata Intan..  Kak su kata "Cantik lah.. Baju cantik, kain cantik, muka cantik tudung pun cantik.." Intan terus pergi kat meja kak Su, sebab rasa macam bersalah dia da kata Intan cantik tapi Intan nak terus blah pulak, so kena la singgah.. Pastu kata kak Su lagi.. Intan pakai tudung cantik, macam orang Brunei.. Hahahaha Intan tanya la orang Brunei yang apa? Dia kata orang Brunei je tak de yang apa-apa.. Intan pun kuar la dari situ.. Intan pun bagi tau la Ira. Ira!!! Kak Su kata akak cantik macam orang Brunei.. *Bangge Bangge.. Pastu Ira kata " Ye lah.. Orang Brunei yang BIMBO.."
Intan terus blah.. Benci tau..

Kata kak Su, dalam hidup Intan penuh dengan BERANGAN je.. Semua benda nak berangan.. Diantaranya meh baca sini. Tak pe lah.. Berangan kan free..  

Toodles 
IntanBrunei


Betul ke orang Brunei suka pakai tudung satin macam ni??






Wednesday, June 25, 2014

Kita Ke HongKong

Assalamualaikum..

Entah kenapa minggu ni nak feeling- feeling KLMJ.. Tahu tak apa tu? KENANGAN LALU MENGUSIK JIWA.. Last 2 years punya cerita #campakbelakang. Intan pergi bulan April lebih kurang seminggu dekat sana. Kali ni Intan pergi dengan kazen, pergi berdua je. Tak plan pun nak pergi Hongkong tapi bila terbaca Kak Filla punya blog pasal Disneyland Hongkong, baca kat sini terus rasa nak pergi Disneyland. Terus beli tiket kapal terbang, MAS ok MAS!!! Mahal ok Mahal!! Hehehehe

Intan naik flight yang tengah malam, lebih kurang 12.35am so sampai sana 6.30am. Masa tunggu luggage kitaorang melepet je tepi bag tak tahu nak pergi mana nak duduk hotel mana, tengok map ala ala tourist gitu.. Bila dah keluar dari airport terus pergi kat tempat train, kat sana dia panggil MTR. Kitaorang tanya macam mana nak pergi bandar kat sana, macam biasalah dorang pun bukan fasih cakap omputih. Bila cakap dengan dorang macam kucing dengan anjing la.. Mampos!! Satu je perkataan yang kitaorang dengar dia suh beli OCTOPUS card. Octopus Card lebih kurang macam Touch and Go, so beli lah Octopus card tu senang nak turun naik MTR. Intan ada baca blog, lebih senang naik MTR murah dan cepat.

Trip ni Intan buat agenda sendiri je, bebas nak ke sana ke mari, nak cuci mata nak soping ke hape ke.. Intan tak suka kalau pergi dengan tour sebab nanti terikat dengan jadual lepastu nanti bawa tempat yang merepek dan merapu serta mahal..Mesti lah dorang bawak tempat macam tu sebab kalau kita beli barang dekat tempat yang tour bawa tu dorang akan dapat tips.. Elakkan ye.. Enjoy Scrolling ya!!!

Toodles
IntanKLMJ

Dalam ERL, konon candid la tu..  Padahal 10 kali snap nak nampk cantik.. 
Kalau artis tu sekali je snap terus cantik.

Yes.. Dinner time.. MAS ok MAS tu.. 

Menu pertama


Menu kedua
Setiap station MTR akan ada board untuk tourist nak tengok tempat mana yang boleh cuci mata. Nampaknya kat Hongkong ni ada SOGO.. Moh kita cuci mata.. 

Avenue of Stars.. 
Tempat ni banyak patung batu yang merupai artis atau pelakon yang MELETOP. 
Tapi tak kenal pun. Kenal sorang je.. 

 Dia ni je yang kenal..Bruce Lee..

Biar mimpi sampai ke bintang katanya


Its Jackie Chan 

Kat HKG banyak je restaurant yang halal. Salah satu kesukaan restaurant ialah  Ebeneezer's. 
Semua jenis makanan ada, pizza, pasta, kebab, nasi briyani pun sedap.

 Harga tak berapa nak mahal tak berapa nak murah, reasonable la dengan kuantiti makan yang disediakan.
Yang Intan order tu nasi Briyani Ayam, flavor spicy air mata..
 Pedas gila wey.. Banyak pulak tu, boleh share..

Ini kebab Ayam, pun sedap. Harga kebab dengan nasi briyani tadi tu sama je.. 
Ikutlah selera nak makan yang mana..

Bukti naik MTR ni.. On the way nak ke HRC HKG 

Ha.. Sampai pun.. kata kak Filla /Kasih Aleeya, nak pergi HRC kena lalu lorong mabuk..

Tak tahu nak tulis apa, saja nak bagi gempak.. Kata enjoy scrolling

Amboi masamnye muka.. 
Rambut pun boleh tahan kerinting kat depan tu..Dah lama tak rebonding. 

Salah satu masjid yang ada kat sini. Dekat dengan town. 
Tapi sayang tak masuk pun dalam masjid tu.


D.I.S.N.E.Y.L.A.N.D










Add caption

















Monday, June 23, 2014

Kuih Raya Biskut Raya di Hari Raya, Jemput la singgah

Assalammualaikum Uols..

HARI RAYA HARI YANG MULIA
SUNGGUH BERERTI KEPADA KITA
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA
DARI EON UNTUK SEMUA..


Ha.. Ingat lagi tak tak lagu ni.. Intan suka lagu ni.. Sekarang ni dok terngiang ngiang lagu ni kat kepala otak.. Hehehe.. Ok tak lama lagi nak puasa da.. Kejap je da setengah tahun.. Lepas puasa kita beraya pulak lepas raya dah nak masuk akhir tahun.. So masih lagi single.. Alahai Omak kawinkan aku *mula meroyan pompuan ni.. (T_T ) ..

Haa!! Korang kenal Hafiz? Nak harap kan Hapiz suka Intan memang tak la.. sebab dia cita-cita tinggi tu, nak perempuan yang cantik dan seksi.. Dia sedar tak diri dia tu siapa? macam mana?  Amboi!!!! *panas hati kan.. Pasal Hapiz, Intan tak kisah sangat, tapi Intan kisah pasal FIFI (dia lelaki tau).. Intan paling suka kat dia, tapi dia cukup menyampah dengan Intan, benci betol kat Intan, tak tahu la kenapa dia tak suka sangat. 

Satu hari tu FIFI minta tolong kat seorang girl ni nama Robyn (perempuan India Intan panggil dia Party Animal je), sanggup minta tolong kat Robyn dari Intan, Intan tak puas hati terus pergi kat tempat dia tanya macam ni "Fi? Fi lebih suka minta tolong dari dia dari Intan kan? Fi? Robyn tu tak pakai tudung tau, Intan ni pakai tudung apa kurangnya Intan dengan Robyn tu? *cakap sambil tepuk dada lepas tu terus blah.

Untuk FiFi Intan sanggup cari duit tukar 50RM kepada 10RM dari jauh Intan dengar Fi cari duit tukar, untuk Fifi Intan sanggup ponggah semua almari sebab FiFi nak plastik cantik katanye.. Untuk Fifi, Intan sanggup stop buat kerja sebab nak tolong Fi print out colour resume Fi tu. Kenapa Fifi kenapa Fifi tak suka Intan? Fi, satu hari nanti Fi tersuka kat Intan macam mana? Haa tak tahu.. Masa tu dah tak sempat dah!

Ok, macam ni..  Ada sape - sape tengah mencari kuih / biskut raya yang sedap? Mari lah scroll picture-picture kuih kat bawah ni. Kalau berminat, boleh call Intan. Intan tolong kawan -kawan je, Ikhlas tau. Ada juga kawan Intan suruh iklan dalam blog Intan ni, Intan dah bagi tau kat dia, user online tak cecah 10 orang.. Dia ketegaq, nak juga suh masuk dalam blog, perli ke hape? Maaf lah kualiti gambar low, nampak kuih tu pun macam puasa, tak bermaya gitu. Tapi ikhlas ni tolong kawan..

Whatsapp  tak support *bagitau awal-awal. Hahahaha  012-6304182 - Call ok!



Bangkit Cheese

Butterscotch

Cornflakes Crispy

Dahlia

Donut Cookies

Gajus Cheese

Crunchy Caramel

Marmar

Nestum Cornflake

Pistachio

Rainbow

Sampan

Snowy

Tart Tulip

Untaian

Harga : RM 27.00/Balang - 50 Keping

Toodles
IntanBuilder