Tuesday, August 18, 2015

#IntanCelebration

Hello Hai Hai Hai (Macam Aziz Desa pulak)
Salam Satu Malaysia

Last week kan Intan cakap yang Intan pass Exam Part 2? So semalam Intan decide nak belanja Geng “I Will Survive” makan Pizza. Mesti lah makan pizza sebab tu kan makanan favorite Intan? Ikut Intan, nak makan Pizza Hut jer, sebab cepat sedap dan murah tapi Kaksu dah meroyan. Dia memang semacam ada love-hate relationship dengan Pizza Hut. Dulu time ada Salad Bar boleh lagi dia dengan Pizza Hut, now dia dah taknak. Lepas tu, Kaksu maybe ada Google pagi tu pasal Pizza lain (Taknak Pizza Hut punya pasal) and dia suggest makan dekat Capricciosa Pavilion. Intan ok je, asalkan tak lebih budget. Sebab intan boleh bagi RM100.00 je. Hehe. Sebenarnya Intan rasa dorang la sepatutnya yang belanja Intan sebab Intan pass, ni Intan pulak yang belanja.

Hari semalam kitorang makan Pizza size Family 2, size personal 1, salad 1, soup and soft drink. For 6 person. Kalau korang nak tengok apa Intan makan, check je dekat blog Kaksu. Dia dah ada update pasal #intancelebration ni dekat sini. Kaksu cakap cukup, tapi bagi Intan memang tak cukup. Intan tak puas la makan. Sorang makan 3 keping je, mana la nak cukup. Hahaha. Anyway, Intan nak ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan Intan. Walaupon Law Intan C, cukup makan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (Kata Dyba), tapi Intan sangatlah happy. Macam dorang, sepatutnya kena doa lebih la supaya Part 3 Intan cemerlang sebab sedangkan Law C Intan belanja pizza, imagine kalau dapat A, mau Intan belanja dekat KL Tower.


Sedap sangat Bolognaise Pizza ni! Berebut-rebut Intan makan dengan dorang.


Ni la bodyguard Pwincess Intan


Ni pulak para penasihat


Geng I Will Survive (Kecuali Kaklong je takde)


Toddles!
IntanLawDapatC

ButAlwaysHappy

Friday, August 14, 2015

Intan Pass Exam. Yayyyyy!!

Hello
Hi semuaaaa!!

Harini Intan haaaapppyyy sangat. Intan punya result Exam Part 2 dah keluar. Semua Intan lulus! Walaupon tak ekselente tapi kira ok la. Janji pass! Haha. Intan mati-mati ingat yang Law Intan kena repeat paper, tapi TERlulus pulak. Alhamdulillah. Berkat korang punya doa jugak ni. Thank you korang semuaaaaaaaaa sebab selalu support Intan dari belakang. Anyway, jom check out Intan punya result. Korang jangan kutuk ok? Intan ni part time study so nak bahagi masa tu bukan senang. Mana boss Intan lagi, Garfield lagi, study lagi.. Kekadang Intan nanges sebab penat. Tapi bila tengok result ni, Intan rasa Intan boleh teruskan sampai Intan menggenggam segulung Ijazah. Chaiyok!

Operation Management : B+
Business Law : C
Marketing : A
International Business : B
CGPA :  2.8

Nak masuk Part 3 ni, Intan nak ambik Bahasa Mandarin la. Kalau tak paham nanti or nak belajar nanti, Intan boleh mintak tolong Sarabanon. Sebab dia boleh cakap Cina sebab dulu dia sekolah Cina. Kalau nak ambik Bahasa Arab, Intan boleh tanya Adik Dyba, sebab dia dulu sekolah agama, so dia pandai cakap Aaaraaaab! (Tonasi suara Sudin), Kalau bahasa Jawa boleh tanya Kaklong Kaksu, sebab dia boleh cakap jawa campur Mat Saleh. Haha. Kalau nak tulis blog, Kaksu boleh ajar. Tak kisah pun sebab ramai orang sayang Intan dalam dunia ni. InsyaAllah semuanya jadik senang. Lepas tu kalau nak belajar silat, Pendekar Mustar boleh ajar. Aniiieeeeeeeeeeeeeeeee angkat kain dijemuran, hujan dah tuuurun. Hahahaha.

Toddles
IntanTawaDalamTangisan (Sebab still solo)


Intan, InsyaAllah bakal graduan dan bakal isteri (yang tak tau bila nak kawen) Sobbsss

Monday, August 10, 2015

Movie Outing!

Hello Hi!

Rajin pulak Intan update blog sekarang ni. Kaksu la bising, hari-hari remind Intan suruh update blog. Tenkiu la pada siapa yang sudi baca. Terharu Intan blog yang update setahun 5 kali macam ni pon ada orang nak baca. Hehe. Anyway, harini Intan nak cerita pasal Intan punya outing dengan Kaksu, Dyba and Sarah. Actually ni plan Intan. Intan yang ajak dorang tengok movie. Intan boring la, balik rumah bukan ada apa. Baik keluar tengok movie dengan dorang. So, Intan suggest pergi tengok hari Jumaat show pukul 7.40pm and semua orang setuju. Movie is on! Kitorang dari office je. Sebab office dengan KLCC cuma sekangkang kera je. Intan pergi dengan Dyba and Kaksu. Sarah pulak merempit naik motor. Kata Kaksu, parking share bayar. Sebab mahal. Intan buat keras je. Sampai harini tadek pulak dia bising mintak sorang RM3.50 ke apa. Hahaha.


Kitorang tengok Mission Impossible. RM20.00 satu ticket now. Mahal ok? (Nampak sangat Intan dah lama tak tengok wayang). Beli popcorn size medium L, share ramai-ramai. Kedekut betul.


Sarah standby pakai leather jacket. Dia kan merempit? Tengok la muka ganas Minah Rempit ni.


Dyba pon sama excited nak tengok movie ni. Ticket ni husband dia yang belikan. Husband Dyba kerja dekat Petronas KLCC. So dia tolong belikan ticket.


Nampak macam banyak popcorn kan? Padahal bila nak ambik gambar, 'bak sini balik popcorn', saja buat prop. Haha.


Yay.. Movie dah habes! Intan rasa Mission Impossible ni boring la.

Intan punya banyak bali menguap. Naseb baik la Kaksu banyak buat lawak. Dia buat dialog sendiri, pastu komen pasal suara satu watak nama Solomon Lane. Suara macam stim jer. Dah la kontrol je. Nak cakap pon macam nak tekentut. Intan rasa watak dia la yang lawak (walaupon watak dia serious and penjahat tegar) Untuk action, Intan lebih suka Mission Impossible yang dekat Dubai tu. Lagi best. Yang ni booooringggggggggggggggggggg. Tapi ok la dari takde buat apapa dekat rumah. Intan suka Tom Cruise, tapi kata Kaksu, Tom Cruise pendek. Dia pulak suka dekat Jeremy Renner, watak William Brandt (2nd hero). Lepas tu paksa semua orang suka Jeremy tu.

Balik rumah, Intan tumpang Sarah naik motor. Merempit! Intan asyik jerit je sampai air liur meleleh-leleh dekat pipi sebab kena tolak dengan angin. Dah la malam macam ni, Sarah nak cilok-cilok. Dia lupa tu, gigi dia baru patah masa jatuh motro 2 bulan lepas depan Ampang Point. Hahahaha.

Toddles
IntanLoveTomCruise!

Friday, August 7, 2015

Assemoga Izy!

Hello Hi Semuaaa…!!

Harini birthday Izy so kitorang ambik gambar sama-sama macam biasa. Intan cakap nak pakai maroon, semua orang setuju. Kaksu je la macam moody sebab dia dah rugi RM640.00 sebab salah pilih tarikh masa book hotel dekat Genting Highland. Dah siap bayar pon. Dia kata salah Intan dengan Abang Saz sebab masa dia book tu, Abang Saz and Intan sesama asyik call dia sebab nak pilih tempat. Kejap kang Bukit Tinggi, kejap kang Genting Highland, ni last-last kitorang pergi Morib pulak dah. Habes semua Kaksu book and bayar. Book 3 tempat, perginya satu tempat je. Hahahaha. Betul orang kaya dia ni. Kalau duit tu bagi Intan beli baju Garfield lagi bagus dari membazir macam tu jer.

Intan memang tak suka panas-panas ni. Dah la pakai baju kurung moden. Ketiak basahhhhh. Kali ni Intan dah terror sebab tak pakai heels dah macam birthday Sarabanon yang lepas. Kalau pakai heels lagi la sakit kaki. Jauh kot kami jalan kaki dari office ke Traders Hotel? Kaksu tu pakkal la dia suka ambik gambar. Kalau tak, Intan rasa dia memang sanggup bawak kereta nak pergi ke Traders, walaupon jarak sekangkang kera je. Sebenarnya Intan pon tak suka jalan kaki jauh-jauh tapi sebab birthday Izy takper la, Intan korban. Lagipon kami sama-sama tadek BF so kena la support each other.

Masa dalam lift nak naik office, Kaksu memandai suruh Pakcik office mana entah doakan Intan cepat jumpa jodoh. Dia tu memang tau? Tu Intan selalu cakap, ‘Suraya ko ni bodoh la’, Hahaha. Kaksu tak marah pon sebab dia tau Intan bergurau. Anyway, untuk Izy Happy Birthday Intan ucapkan. You muda lagi, baru 27 tahun memang takper kalau tadek BF. Enjoy la dulu. Kalau macam I ni yerla kena risau kalau tadek BF. Nanti Intan kawen je, terus nak pregnant. Tak sempat dah nak honeymoon ke apa. Kena ada anak 3 orang sebelum umur 40 tahun. Hahaha. Okbye!

Toddles,
IntanKetiakBasah



Yes. Intan paling depan!

Wednesday, August 5, 2015

Hello Semua!

Hello, Hi and Assalamualaikum....Salam semua!

Selamat Hari Raya! Rasanya masih tak terlambat lagi untuk Intan ucapkan Selamat Hari Raya walaupon dah masuk Syawal yang ke-20. Sorry Intan dah lama tak buat entry baru. Intan memang bizi giler. Dengan kerja, study, Garfiield kucing Intan. Memang bizi sangat-sangat kalah PM. Haritu ingat lepas exam dah tak bizi, nampaknya Intan bizi jugak lagi. Alhamdulillah Intan still survive and hidup sampai sekarang. Exam pon dah lepas and Intan dah nak masuk Part 3 dah pun. A long way to go untuk dapat segulung Ijazah. Tapi Intan akan tetap berusaha sampai la habes study. Dugaan memang banyak. Kekadang Intan rasa macam nak give up pon ada. Sedih sangat.

Dengan kerja lagi macam naharom jilake, (astaghfirullah) lepas tu nak study exam semua, dengan semenjak duduk office baru ni, kena berulang naik LRT dari Gombak ke Platinum Park and jiwa Intan yang kosong sebab MASIH SOLO SAMPAI SEKARANG, Intan rasa sangat la tough ok? Kekadang Intan nanges sorang-sorang. Intan macam tak dapat sokongan dari segi jiwa, gitu. Kekadang Intan taip meses dekat Kaksu, taip delete taip delete tak hantar pon. Lepas tu Intan nanges. Intan taknak ganggu Kaksu. Dia nampak macam busy and happy dengan Shein and family dia. Kekadang Intan tengok Kaksu ni macam tadek masalah dalam hidup dia. Semua smooth je. Boss baik, anak comel, suami sporting. Kaksu pon rajin kemas rumah, masak sedap lepas tu Kaksu selalu buat orang happy. Intan rasa sebab tu dia selalu happy. (Tetiba cerita pasal Kaksu pulak). Hehe.

Intan teringin nak ada anak, family macam Dyba, Sarah and Kaksu. Nampak seronok je. Lagipon Intan enjoy jugak beli baju untuk anak buah Intan yang bakal lahir bulan depan. Korang doakan la eh? Ni pon Dyba and Kaksu dah main janji-janji nak pretnen sama-sama. Dorang bagi Intan tempoh sampai hujung tahun untuk Intan kawen. Kalau Intan tak kawen jugak, dorang nak proceed pretnan 2 orang je. Sedih la macam ni. Apapa pun Intan tetap bersyukur sebab family Intan semua ok-ok and tadek masalah. Kawan-kawan pon always bagi support. So bila Intan fikir balik, ok je study ni sebab at least Intan tadek la asyik nak fikir pasal kawen je. Intan busy dengan study cuma tu la. Kaksu tu tak habes-habes suruh Intan berenti belajar je. Dalam ramai-ramai dia je yang tak support. Kaksu tak support sebab dia kata Intan dah lama tak datang rumah dia. SEBAB TU JE PON. Kaksu ni selfish tau?

Oklah. Tak boleh nak cerita panjang sangat. Ni pon Intan curik masa sikit-sikit buat entry ni, mana tau ada yang rindu Intan ke? Hehe. Kata Kaksu, haritu ada yang email Kaksu tanya pasal rahsia kecantikan Intan. Hehe. Korang ni pandai kan ambik hati Intan. Macam Intan, Intan memang amalkan Innershine Pati Prune and guna Safi Rania. Itu sahaja. Tapi Intan memang ambik dah lama. Alhamdulillah kulit Intan makin lama makin banyak improvement. Korang pon cuba la. InnerShine tu Intan beli 3 4 kotak sebulan. ikut bajet. Sehari makan 1 botol. Sesapa yang sun-burn, elok minum Innershine ni, cepat la hilang rentung tu. Intan sebenarnya cuba-cuba je minum. Walaupon tak sun-burn, tapi Intan punya kulit gelap. Tak sangka bila minum kulit putih pulak. So Intan menten la. TQ Innershine!

Last but not least, Intan hope untuk tahun ni akan ada miracle dalam hidup Intan. Kata Kaksu, Intan baik, suka mengalah dengan adik-beradik and family, suka happy kan orang, so satu hari nanti mesti Allah balas yang baik-baik untuk Intan. InsyaAllah..... Tak zabar Intan nak tunggu miracle to happen. Till then, korang take care ok? 

Bye!

Toddles,
IntanKuKesepian


Tak kawen lagi? Ada aku kesah? Hahahaha