Monday, August 10, 2015

Movie Outing!

Hello Hi!

Rajin pulak Intan update blog sekarang ni. Kaksu la bising, hari-hari remind Intan suruh update blog. Tenkiu la pada siapa yang sudi baca. Terharu Intan blog yang update setahun 5 kali macam ni pon ada orang nak baca. Hehe. Anyway, harini Intan nak cerita pasal Intan punya outing dengan Kaksu, Dyba and Sarah. Actually ni plan Intan. Intan yang ajak dorang tengok movie. Intan boring la, balik rumah bukan ada apa. Baik keluar tengok movie dengan dorang. So, Intan suggest pergi tengok hari Jumaat show pukul 7.40pm and semua orang setuju. Movie is on! Kitorang dari office je. Sebab office dengan KLCC cuma sekangkang kera je. Intan pergi dengan Dyba and Kaksu. Sarah pulak merempit naik motor. Kata Kaksu, parking share bayar. Sebab mahal. Intan buat keras je. Sampai harini tadek pulak dia bising mintak sorang RM3.50 ke apa. Hahaha.


Kitorang tengok Mission Impossible. RM20.00 satu ticket now. Mahal ok? (Nampak sangat Intan dah lama tak tengok wayang). Beli popcorn size medium L, share ramai-ramai. Kedekut betul.


Sarah standby pakai leather jacket. Dia kan merempit? Tengok la muka ganas Minah Rempit ni.


Dyba pon sama excited nak tengok movie ni. Ticket ni husband dia yang belikan. Husband Dyba kerja dekat Petronas KLCC. So dia tolong belikan ticket.


Nampak macam banyak popcorn kan? Padahal bila nak ambik gambar, 'bak sini balik popcorn', saja buat prop. Haha.


Yay.. Movie dah habes! Intan rasa Mission Impossible ni boring la.

Intan punya banyak bali menguap. Naseb baik la Kaksu banyak buat lawak. Dia buat dialog sendiri, pastu komen pasal suara satu watak nama Solomon Lane. Suara macam stim jer. Dah la kontrol je. Nak cakap pon macam nak tekentut. Intan rasa watak dia la yang lawak (walaupon watak dia serious and penjahat tegar) Untuk action, Intan lebih suka Mission Impossible yang dekat Dubai tu. Lagi best. Yang ni booooringggggggggggggggggggg. Tapi ok la dari takde buat apapa dekat rumah. Intan suka Tom Cruise, tapi kata Kaksu, Tom Cruise pendek. Dia pulak suka dekat Jeremy Renner, watak William Brandt (2nd hero). Lepas tu paksa semua orang suka Jeremy tu.

Balik rumah, Intan tumpang Sarah naik motor. Merempit! Intan asyik jerit je sampai air liur meleleh-leleh dekat pipi sebab kena tolak dengan angin. Dah la malam macam ni, Sarah nak cilok-cilok. Dia lupa tu, gigi dia baru patah masa jatuh motro 2 bulan lepas depan Ampang Point. Hahahaha.

Toddles
IntanLoveTomCruise!

2 comments:

Dyba Dbuh said...

next time tgk cite everest pulak..mcm best je

Anna Dayana said...

Jom.. looking forward