Friday, September 12, 2014

PEMBULI JALANAN

Assalamualaikum kepada pembaca blog Intan..

Haa.. tengok entry je uols  mesti teringat kat KIKI si ratu steering lock tu. Actually KIKI dengan Intan  tak de kena mengena tau bukan kakak bukan adik, kazen, BFF mahupun adik bradik tiri tapi kami saudara dalam Islam.. Emm.. Hebat kan dia.. Terus Jadi famous.. Tapi tak lama sangat la dia famous sebab lepas kes dia kita di timpa dengan satu kejadian iaitu pesawat MH17 terhempas dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, sungguh tragis. Al - Fatihah.. Wah!! mukadimah yang hebat kan di pagi jumaat yang indah ni.. Alhamdulillah..

Ni ha.. cerita sebenar yang Intan nak share berlakunya semalam, pagi semalam. "Al kisah.. Tersebut la kisah... Sang kancil datang beramai- ramai mengadap Sultan Firaun..Ketepek!!! Mana Firaun pakai Sultan.. Bodoh!!!"  Hahahha.. Ingat tak cerita apa tu? 

Ok ok cerita dia macam gini, pagi semalam masa on the way nak pergi kerja, Intan lalu jalan biasa (Jalan Gombak). Pagi -pagi yg sejuk tu memang kita ada rasa macam perasaan malas nak kerja malas nak bersiap malas nak drive, dah tu blur pulak kan.. Tapi Intan cantik pagi-pagi. Hahaha.. So Intan bawa keta tak laju dalam 60 ke 70 km/hour.. Viva kan tak payah nak pecut laju sangat la.. Tengah drive ni Intan duk lane paling kanan dan lagi 5 meter  ada traffic light kat depan, Sebelum sampai traffic light tu Intan tetiba macam nak tukar lane.. nak duk lane tengah lah sebab kita sedar diri, bawa Viva je so tak payah la nak ada kat lane kanan khusus untuk kereta laju kan.. Intan da bagi signal nak masuk lane kiri plus Intan usha side mirror and semua mirror yang ada, toleh kiri kanan kiri kanan.. memang takde kereta.. Tidak ada satu pun raksasa atau alien kat jalan tu.. Tup tup satu kereta Exora warna hitam pancung dan duduk depan Intan, Nasib kereta ingatkan gajah macam kat Krabi tu. Dah la tak pasang lampu..mana arah datang ntah tibe-tibe muncul.. Siut betol. So kereta tu dah menyenget sikit, kata pancung.. Keta dia tak tinted so Intan boleh nampak laki ke perempuan. Lepas tu dia buka tingkap keta.. Intan nampak la dia kuarkan tangan dia tapi dia pandang Intan melalui cermin belakang, dia pakai baju kemeja warna cerah belang belang pastu pakai jam tak tahu ori ke tak, lepas tu dia tunjuk FUCK kat Intan.. Ek eleh jantan ni.. ko pehal.. Intan balas balik.. tak nak kalah.. Intan buat apa tau? Intan pun bukak tingkap lepas tu lambai-lambai.. *melawankan. Hahahha.. Nampaknye dia tak puas hati la.. dia tunjuk lagi FUCK kat Intan.. Huh!! Intan buat flying kiss.. Tup tup lampu hijau dia terus pecut laju.. Intan pulak terkedek kedek la nak jalan.. Viva ok viva memang cool keta macam keta sport tak boleh duduk ramai-ramai.. Yang bila nak corner nanti dengar bunyi "king..king..king"

Mesti mamat Exora tu bengkek dengan Intan, mesti dia kata.."Bodoh punya orang, aku nak tengok siapa yang bawa ni? Huh da agak da.. POMPUAN pakai tudung!! lembab!!"  Dia tak tahu pulak Intan kata apa.. I SED STOP THE BULLY LA STUBID!!!!! TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN MAMPU MENGGONCANG DUNIAAaaaaa!!!!!!! Ha.. Puas hati Intan.. 



Toddles
IntanCool4eva

Wednesday, September 10, 2014

Krabi De Amore

Sawadekap.. Kap Kum Kap...Perut kenyang makan ikan siakap..Boleh terjun ikut tingkap… Haa kelas gitu..  Intan baru je balik dari Krabi..  Takde lah baru balik sangat lebih kurang 2 minggu yang lepas.  Ade sape-sape yang rindu tak? Hahaha.. Perasan!!!  Ni nak bagi tau syok tau pergi sana.. Mesti la syok nak-nak kita pergi dengan kazen dan kawan - kawan yang sempoi, havoc ,satu kepala, jenis yang tak kisah kalau kena makan Maggie tiap tiap hari sebab nak JIMAT!!! Rasa adventure tau kalau semua benda nak kena budget. Thrill thrill.. Bila time nak makan je, tenung lama je kat menu..bukan apa pun tapi nak calculate harga, cukup ke tak.. Pastu bila  kua duit nak bayar, nyorok-nyorok tak nak bagi orang nampak, padahal!!!!!!! Hahaha..

We all beli tiket (Air Asia) murah, pergi balik dalam RM300 sahaja, ye ar da beli tiket dari tahun lepas kot,2013 plus we all booking accommodation dari Groupon lebih kurang RM400 seorang (icd:breakfast dan 1x meal setiap hari).  We all stay di Aonang Phu Petra, Krabi selama 5 hari 4 malam. I tell you ar.. resort tu cantik gila.. Hill view kot.. damai dan tenteram.. Rasa tak nak balik tak nak kuar bilik tapi sayang Intan pergi dengan kazen dan kawan-kawan, nak pergi dengan hubby calon pun xde lagi.. Huhuhu.. Sedih!!

Sebenarnya kalau nak murah lagi uols boleh cari kat pekan Krabi, budget hotel la tapi cantik siap ada swimming pool tau. Rasanya boleh dapat RM100 satu malam.. So cheap ha.. Ohh ya.. Lupa nak bagitau, I advise uols cari hotel yang berdekatan dengan Mc Donald, convenience. Let say uols pergi kalabu malami, tak tahu tak apa tu? Kelab malam da.. Tentu-tentu balik lambat, so boleh jalan kaki je.  Pekan Krabi tu kecik je.. Trust me.. Memang tak akan sesat!! Resort yang Intan duduk last pick up dari Pekan ke resort 9.20 malam itu resort punya arrangement or otherwise uols naik tut tut.. So malam terakhir tu kami pergi lepak kat pantai Aonang dan singgah sebentar kat kelab tengok liveband so far kitaorang fun and enjoy dengan entertainment yang ada, tambah pulak group liveband yang buat show to semua lelaki, Intan dah scan ada dua orang yang hansem yg pertama lelaki yang main guitar dan kedua lelaki yang main drummer.. Terus terpikat.. tapi kecewa lagi sebab dia ada awek.. Awek dia memang lawa la dari Intan. Tapi kalau Intan grooming sikit lagi da bole tandingi la awek Thai tu..Arghhhhhh!!!! Nampaknya macam tewas kat situ .. So kitaorang lepak kat kelab tu sampai 3 pagi, sampai waitress tu cakap " pit lau" macam halau je bunyi tu kak.. Ye arrr kami balik la.. Nak balik naik transfer memang dah tak sempat so terpaksa kami amik tut-tut.. Berhimpit naik 4 orang tapi best. Emm Intan tak ingat berapa harga tapi tengah malam harga jadi lain rasanye dabel charge. But u still can nego.

So macam biasa lah semua itinerary kat Krabi kita orang buat sendiri. Groupon yang kita orang beli tu tak macam kat Shanghai. Kalau Shanghai ada itinerary day 1 – day 6 tourguide yang uruskan plus! Dapat tour guide yang comel macam Jackie.. So yang ini, Groupon offer accommodation, airport transfer (airport, hotel ke pekan Krabi). Pekan ko.. ongtua sangat..Hihihi. Actually, Intan usha juga kat sana kot-kot ada boyfriend  Thai yang hansem macam cantik macam comel ke tapi tak berjaya la..Ye la sana pantai kan.. So laki- laki kat Krabi tu semua kulit hitam manggis dan berambut perang macam orang asli pun ada.. I just wondering, macam mana suara dorang kalau tengah marah? Sebab suara dorangkan halus je.. Ngeee hahahaha.. But one more thing pasal orang Thailand ni diaorang very hardworking dan tak memilih kerja.. Muda muda dorang ni, baru 14 tahun dah kerja semata-mata nak cari rezeki.. Sedih tengok muka dorang tu.. Terus bersyukur dengan apa yang ada.

Before departure @ KLIA2.. From left, Noney (Kazen), Dydy, Farah and Guest who? :)


 Tahan napas sebab orang sebelah bau tengit la macam bau pahit pahit.. Erkh!!!

we are safely arrived.. Yeayyy peace yaw..

I am at Aonang Phu Petra Resort..

Yeay.. Happy face la.. Cantik tak? Gambar bukan orangnya.

This is our resort.. Nice right? Semua gambar ni bukan copy dari Google tau... 


Its Bikini time.. Tapi tak mandi pun.. Hot hot.. but nice view kan? 



Ini bilik kitaorang. Share bertiga. Sepatutnya max dua orang sahaja, lebih dari dua kena extra charge 900TB satu malam. Bapak mahalkan? Sebab kami bijak, yang lagi sorang kami seludup masuk.. nak tau caranya? nnti Intan cerita ok?

Toilet!! Ni kalau nak tido pun boleh muat lagi dua orang.. 



Intan update later ye untuk itinerary di Krabi.. Tunggu!!! Thankyouloveyouseeyou..

Toddles!!
Intanhappyface

Tuesday, September 9, 2014

Copycat

Assalamualaikum Love!!!

Uols nak entry baru dari Intan? Tak sempat Intan nak up cerita baru di blog, ada seorang penulis blog iaitu KOCIP (nama sebenar dirahsiakan) yang MELETOP serta baik hati menulis serba sedikit pasal Intan.. Wah macam diva pulak rasa.. Uols boleh baca di SINI . 



Kesian... Dah cantik takde gigi pulak...Mohon bantuan untuk penyakit beliau...



Toddles
IntanDivaDeAmore