Sawadekap.. Kap Kum Kap...Perut
kenyang makan ikan siakap..Boleh terjun ikut tingkap… Haa kelas gitu.. Intan baru je balik dari Krabi.. Takde lah baru balik sangat lebih kurang 2
minggu yang lepas. Ade sape-sape yang
rindu tak? Hahaha.. Perasan!!! Ni nak
bagi tau syok tau pergi sana.. Mesti la syok nak-nak kita pergi dengan kazen
dan kawan - kawan yang sempoi, havoc ,satu kepala, jenis yang tak kisah kalau
kena makan Maggie tiap tiap hari sebab nak JIMAT!!! Rasa adventure tau kalau
semua benda nak kena budget. Thrill thrill.. Bila time nak makan je, tenung
lama je kat menu..bukan apa pun tapi nak calculate harga, cukup ke tak.. Pastu
bila kua duit nak bayar, nyorok-nyorok
tak nak bagi orang nampak, padahal!!!!!!! Hahaha..
We all beli tiket (Air Asia)
murah, pergi balik dalam RM300 sahaja, ye ar da beli tiket dari tahun lepas kot,2013 plus we all booking accommodation dari Groupon lebih kurang RM400 seorang
(icd:breakfast dan 1x meal setiap hari).
We all stay di Aonang Phu Petra, Krabi selama 5 hari 4 malam. I tell you
ar.. resort tu cantik gila.. Hill view kot.. damai dan tenteram.. Rasa tak nak
balik tak nak kuar bilik tapi sayang Intan pergi dengan kazen dan kawan-kawan,
nak pergi dengan hubby calon pun xde lagi.. Huhuhu.. Sedih!!
Sebenarnya kalau nak murah lagi uols
boleh cari kat pekan Krabi, budget hotel la tapi cantik siap ada swimming pool
tau. Rasanya boleh dapat RM100 satu malam.. So cheap ha.. Ohh ya.. Lupa nak
bagitau, I advise uols cari hotel yang berdekatan dengan Mc Donald, convenience.
Let say uols pergi kalabu malami, tak tahu tak apa tu? Kelab malam da.. Tentu-tentu balik lambat, so boleh jalan kaki
je. Pekan Krabi tu kecik je.. Trust me.. Memang
tak akan sesat!! Resort yang Intan duduk last pick up dari Pekan ke resort 9.20 malam itu resort punya arrangement or otherwise uols naik tut
tut.. So malam terakhir tu kami pergi lepak kat pantai Aonang dan singgah sebentar kat kelab tengok liveband so far kitaorang fun and enjoy dengan entertainment yang ada, tambah pulak group liveband yang buat show to semua lelaki, Intan dah scan ada dua orang yang hansem yg pertama lelaki yang main guitar dan kedua lelaki yang main drummer.. Terus terpikat.. tapi kecewa lagi sebab dia ada awek.. Awek dia memang lawa la dari Intan. Tapi kalau Intan grooming sikit lagi da bole tandingi la awek Thai tu..Arghhhhhh!!!! Nampaknya macam tewas kat situ .. So kitaorang lepak kat kelab tu sampai 3 pagi, sampai waitress tu cakap " pit lau" macam halau je bunyi tu kak.. Ye arrr kami balik la.. Nak balik naik transfer memang dah tak sempat so
terpaksa kami amik tut-tut.. Berhimpit naik 4 orang tapi best. Emm Intan tak ingat berapa harga tapi tengah malam
harga jadi lain rasanye dabel charge. But u still can nego.
So macam biasa lah semua
itinerary kat Krabi kita orang buat sendiri. Groupon yang kita orang beli tu
tak macam kat Shanghai. Kalau Shanghai ada itinerary day 1 – day 6 tourguide
yang uruskan plus! Dapat tour guide yang comel macam Jackie.. So yang ini, Groupon
offer accommodation, airport transfer (airport, hotel ke pekan Krabi). Pekan
ko.. ongtua sangat..Hihihi. Actually, Intan usha juga kat sana kot-kot ada
boyfriend Thai yang hansem macam cantik
macam comel ke tapi tak berjaya la..Ye la sana pantai kan.. So laki- laki kat
Krabi tu semua kulit hitam manggis dan berambut perang macam orang asli pun
ada.. I just wondering, macam mana suara dorang kalau tengah marah? Sebab suara
dorangkan halus je.. Ngeee hahahaha.. But one more thing pasal orang Thailand ni diaorang very hardworking dan tak memilih kerja.. Muda muda dorang ni, baru 14 tahun dah kerja semata-mata nak cari rezeki.. Sedih tengok muka dorang tu.. Terus bersyukur dengan apa yang ada.
Before departure @ KLIA2.. From left, Noney (Kazen), Dydy, Farah and Guest who? :)
Tahan napas sebab orang sebelah bau tengit la macam bau pahit pahit.. Erkh!!!
we are safely arrived.. Yeayyy peace yaw..
Yeay.. Happy face la.. Cantik tak? Gambar bukan orangnya.
This is our resort.. Nice right? Semua gambar ni bukan copy dari Google tau...
This is our resort.. Nice right? Semua gambar ni bukan copy dari Google tau...
Its Bikini time.. Tapi tak mandi pun.. Hot hot.. but nice view kan?
Ini bilik kitaorang. Share bertiga. Sepatutnya max dua orang sahaja, lebih dari dua kena extra charge 900TB satu malam. Bapak mahalkan? Sebab kami bijak, yang lagi sorang kami seludup masuk.. nak tau caranya? nnti Intan cerita ok?
Toilet!! Ni kalau nak tido pun boleh muat lagi dua orang..
Intan update later ye untuk itinerary di Krabi.. Tunggu!!! Thankyouloveyouseeyou..
Toddles!!
Intanhappyface
2 comments:
wowo...
mesti chooyaya jeles kan
Capt Lalok..
ah haa tak tahu kak su majuk...
cc: Choyaya secret garden
Post a Comment