Assalamualaikum
semua readers and silent readers.. Eh ada ke readers untuk blog I ni.. Setahu Intan, yang banyak readers dan
silent readers ni blog yang femes dan meletop macam blog kak su.. Mana taknya, kalau Intan pergi kelas
(Puncak Alam) dalam kelas tu nanti mesti ada orang panggil “Intannnnnn, Intannnnn”
, kita toleh la dia, tapi macam tak kenal, siapakah ko? Emmm u Intan kan? Ye
aah saya Intan, and who are u? Dalam hati Intan mesti dia ni kawan kak Su,
readers Kak Su, atau silent readers kak Su. Awak.. nanti kim salam kat kak Su
eh.. dia tu kelakar la.. suka tengok blog dia banyak info pasal makan..
Emm ok nnti I sampaikan pada kak Su..
See? kita tak kenal dia tapi dia kenal kita.. kira macam artis la kan..tapi
bukan I la yang artist tu.. Tahniah Suraya kerana memperluaskan networking sampai
ke Puncak Alam.. Good Job!!
Ni
Intan nak share citer pasal emas 916.. Semenjak dua tahun lepas, perangai mak
mak sangat tau.. Tak tahu kenapa, tiba tiba suka dengan emas, sama ada faktor usia
atau pun da besar besar ni ada duit lebih sikit nak reward diri la kononnya, tu
yang beli emas. Beli emas ni tak rugi
tau!! Silap- silap boleh buat investment. Mana tau tengah sesak-sesak, boleh la
pergi pajak, ni kes macam Intan la. Nak biaya kos peguam (kata beli rumah) so mana
nak cekau duit dengan keadaan sekarang ni, Intan bagitau mama masalah ni, pastu
mama kata tu.. kling kling (sambil tunjuk gelang macam anak mami) dia kata pi
la pajak.. T_T sedih nak pergi pajak sebab kita memang beli untuk pakai, tapi
mengambil keputusan drastik untuk tidak pajak tapi kuarkan duit simpanan TH, Asb,
korek la mana mana saving.. punya la nak selamatkan emas..Gila tak sayang wey..
beli dengan titik peluh tau, dapat bonus sanggup tak shopping handbag , baju,
kasut dan sebagainya hanya untuk gelang emas.
Intan
kan sekarang perangai, kalau pergi shopping mall MESTI nak masuk kedai emas,
HABIB ke Poh Kong ke, Wah Chan ke.. mesti ok.. Dapat tengok dan try try gelang
pun takpe.. janji dapat rasa emas tu.. Tengok emas ni boleh hilang stress
(temporary je) tau. Feeling dia macam dapat pakai handbag PRADA.. Masuk kuar
kedai emas, tanya harga semasa, tanya upah, buat nego, lastly tak beli. Miahahhaa..
cakap macam power je macam banyak duit je. Emm boss, ni gelang berapa gram? U tolong
kira berapa, harga u offer berapa.. bila dia da bagi price, minta kat dia
calculator.. tot tet tot tet Intan buat calculation (plus minus je pun) pastu
cakap uish.. mahallllnya ..muka kasi confident padahal duit takde tu.. tapi
apadahal.. kita customer maa…Pastu belah masuk kedai lain pulak. Intan sanggup
menghabiskan 2 ke 3 jam untuk belek2 emas.. Kak Su, Dyba da paham sangat
perangai Intan. Intan siap cakap, kalau korang nak pergi jalan mana mana pergi
lah, intan nak stay kat Habib (KLCC), apa apa roger.. Orang kat Habib tu pun da
kenal Intan..sampai dorang pun malas nak layan Intan T_T.
Intan
kan kalau nak beli barang kemas, ada dua option. Option pertama pergi Kedai
Emas Nazir kat Datuk Keramat, berhadapan dengan kedai tomyam. So far kedai tu offer harga agak murah
terutama dari kos upah, untuk segram pun agak murah berbanding dengan kedai
ternama seperti Habib, Poh Kong dan sebagainya. Kedai Nazir ni still boleh lagi
nego kat kos upah, boleh bawak bincang.. uols boleh tgk kat FB, Nazir Tukang Emas – HQ, kalau kita pm dia tanya
harga, cepat gak dia reply untuk bg info. Cuba la korang usha usha dulu. Banyak
jugak design yang latest ada kat situ. Option yang kedua , Intan beli online
kat kawan Dyba. We all selalu whatsapp untuk update latest design, harga pun
murah untuk segram TAPI harga upah agak mahal tapi still boleh nego. Yg kawan
Dyba, namanya Nor Hidayah ni emas dari Kelantan, emas 916 ye. Kita boleh beli thru online, Alhamdulillah
Intan da dua kali beli secara online dan selamat sampai kat tangan yang comel
ni. Lagi satu, Dayah ada buat preloved
barang kemas. Harga lagi murah sebab takde harga upah so hanya bayar harga emas
je, bagi Intan kalau kita nak pakai barang kemas untuk diri sendiri boleh je
beli barang kemas yang preloved. Tapi barang preloved ni limited design, ada
yang baru ada yang lama. Tapi bag Intan still emassss!!!.. Kalau uols nak try
barang kemas preloved atau beli barang kemas yang baru boleh gak try tengok kat
FB . Noor Hidayah Ariffin.
Jadi, tak rugi beli emas..tapi jangan beli lepas tu tak pakai pulak. Rugi dan nanti kena zakat. Dan jangan la kita pakai untuk menunjuk nunjuk kat orang, riak pulak jadinya, maka pakailah berpada pada sesuai dengan keadaan dan tempat. Peringatan untuk diri sendiri jugak ni.. sape sape yang minat emas kita geng.. hehehe.. :)
![]() |
Wah.. berjam-jam pun tak pe.. akak sanggup |
![]() |
Hai di sana.. |
6 comments:
kita geng
poyo la intan. cincin tu bukan intan yang punya
hahahahhaha
yeke hasil titik peluh...hahahha...titik peluh SS kan beli emas tu ngeh3
Anonymous : Yeayyy.. kalau ada promo bagi tahu la
Kak su & Dyba : Intan kan selalu drama.. maap la kan. hehehe
Intan, selalu2 la tulis blog ni...naik bersawang wei. Kita minat awak...selalu intai sini kalo di-up date.
Cantik cincin...😁
Post a Comment