Hari 4
Ok da masuk hari ke empat percutian kita ye anak -anak ku.. Hari ni mak nak tunjuk pada anda semua percutian kita di Haining, Ni mak copy paste translate je.. Mak memang tak suka sejarah ni.. So Mr Google je la... Minta maap la ayat Google tunggang terbalik.. Hahahaha Itu Google yang translate bukan mak tau..
"Pada Mei 1949 Haining telah diduduki oleh Tentera Komunis, dan Haining County telah ditubuhkan, yang dipunyai oleh Jiaxing Wilayah. Pada bulan Jun 1949 kerajaan daerah dipindahkan ke Xiashi Town. Dalam Oktober 1958 Haiyan County telah digabungkan ke dalam Haining. Pada Disember 1961 Haiyan County telah didirikan semula. Pada November 1986 Haining County telah dinaikkan Haining City, di bawah bidang kuasa Jiaxing. Dalam sejarah, Yanguan Town telah lama berkhidmat sebagai kerusi kerajaan daerah. Semasa Perang China-Jepun, kerusi daerah dipindahkan ke Yuanhua Town dan di luar daerah. Selepas perang, kerajaan daerah telah ditubuhkan pada Xiashi Town"
Tempat yang Intan pergi ni macam "askar-askar pergi berperang, berperang dengan komunis..Tempat sejarah katakan.. Kat lorong-lorong tu banyak la jual kraftangan, barang-barang antik pun ada jual.. Tak beli pun.. Buat berat beg je nanti.. Kebetulan ada dua orang penunggu setia kat tempat tu, tujuan nak promote tempat dia dan kita boleh nak tangkap gambar dengan dia bukan setakat bergambar nak suruh dia menari tarian kipas pun dia boleh buat.
Ohh nampaknya dia tak nak menari lah, mai sini mak menari tarian kipas.. Serious Intan menari depan dia..Berpusing-pusing Intan menari "sap sap" sambil tutup buka kipas.. Ketawa dia tengok Intan menari.. Nampak tak makanan yang Intan pegang tu.. Kata Jackie makanan tu nama dia Tahu Busuk Sedap Ahh Ahh. Seriously memang busuk gila wey.. Intan ambil je sebab Jackie yang bagi kan..tapi Intan tak makan sebab dah rasa was-was.. Dia takde je Intan terus "sappppp" (buanggg)..
Haining China Leather City.
Ok, mall ni dia jual semua barang leather.. Baju kasut beg sarung tangan apa sahaja la semua kulit tapi tak tahu kulit dari binatang apa.. Ohh so scary.. Barang-Barang not too bad la murah.. Geramm je tengok jaket kulit tu.. Lawo tapi tu la sebab Intan pk beli nanti nak pakai pergi mana? Malaysia pun panas harap pergi Cameron dengan Genting je pun sejoknya.. Seriously murah dan boleh nego lagi harga. Mama bagitau, kalau nak beli barang kulit, nak tahu kulit tu kulit apa kan, if dekat tag tu kita tengok ada tak 3 titik, kulit tu dari "oink oink"..
Kling-kling... check in time.. Ni kat Asia International Hotel.. Sunyi sepi Haining ni.. Persekitaran bersih dan orang tak berapa nak ramai.. Sejokkkk so ramai lepak rumah je takde nak kuar kuar pun.. So buat apa je sejuk-sejuk ni? jeng jeng jeng...
Ko ingat ko modal ke Intan? Dah la gemuk pendek.. Hahahha..
Last Day
Lepas check out dari Haining, Kami semua berangkat untuk balik ke Shanghai. Perjalanan dari Haining ke Shanghai rasanya 1 jam. Sepanjang perjalanan, Intan tido je.. Tapi nak gossip sikit, tiba-tiba Jackie duduk sebelah Intan.. OMG terperajat mak!!! Dia kata dia sedih sebab orang Malaysia peramah tak sombong happy sporting..dan Cantik, Intan rasa dia tuju untuk Intan tu.. Lepas tu kan Intan nangis (drama sangat). Intan nangis sebab nak kena tinggal dengan dia. Kata suka kat dia kan.. Hahaha..
Shopping time!!!! Kat Shanghai, sini lah tempat yang murah nak beli utk souvenir. Pelbagai jenis barangan baju "I Love Shanghai", handbang, kasut, hanphone segala mak nenek semua ada.. Mall ni if korang nak imagine, dia ala-ala Plaza GM.. Pssst pssst..gosip lagi ni, Jackie bagi Intan hadiah.. Intan buka hadiah tu dalam plane.. Dia bagi Intan purse tapi tapi gambar Minnie Mouse!!! Apakah????
Look at that!!! Somel tak?
Ini haiwan kebanggaan kita sekarang ni kan?Sara tu semua nak beli, bila dah beli biar je kat mana2 tak amik kisah dah..
Jackie!!!.. Biar lah tak hansem tapi dah suka nak buat macam mana kan.. Time tu da nak senja, lagi 6 jam nak depart so last program kitaorg dengan tour ialah tengok "Shanghai Circus". Jackie request nak duduk sama-sama kat dalam tu... Awwww!!
Ni di antara show yang Intan tengok kat sana, actually banyak lagi show dia perform tapi biasalah no camera no video.. Gambar ni pun Intan Google je..
Show tu lebih kurang 2 jam.. Lepas show terus bergegas naik bas nak pergi airport. Intan dah sebak tu nak tinggal Jackie.. Jackie pun sedih gak tu.. Masa tu dia duduk depan Intan duduk belakang.. Masing masing feeling feeling gitu.. Cinta antara bernua..
Ini lah Jackie.. Kita org selalu Weechat sekarang ni.. Tanya khabar send gambar.. Sepatutnya Intan pergi Beijing jumpa dia kat sana, nak berjalan dengan dia.. Nasib tak pergi kalau tak, Intan dalam MH 370 kot.. . Intan pujuk dia suh masuk Islam, tapi dia tak nak , kata dia kalau muslim tak boleh makan oink oink, tak boleh pegang tangan tak boleh ada extra-extra. Allah maha mengetahui segalanya, kita tidak di takdirkan untuk bersama Jackie.. So Intan ambil keputusan untuk tinggalkan dia selamanya..
Bye Shanghai Bye Jackie..
Toodles!!!
IntanEmosCrying
4 comments:
hahahaha... intannnnn, lawak sgt ni pasal jackie.. tp ade rupa la jugak si jackie nye ponnnnn...serious ke xnak masuk islam.. jgn la putus asa nok.. pojokkk la lg... kot lama2 tbuka hati die nak masuk islam plak.. mane tauuuuuu....
akak kat sepital lg... td baru habis ct scan.. sakitnye la oi masuk ubat nak scan tuuuuu.. nangis iolssssss... eh cerita diri sendiri plak... lupe daratan lettewwww...
naseb la intan x pegi beijing tu kan... besar kuasa Allah.. intannnnn, pls cerita pegi jln2 yg lainnnnn... takpun, entry merapu2 pun takpe.. yg penting kena panjang2 skit(ko nampak demand tuuuu).. .
nanti komen lg...
take care intannnn...
alooo...
comel la jackie intan hihii
Kak,
Jackie tak nak masuk Islam.. dah banyak kali pujuk tapi x nak.. HUHUHU sedih Intan..
Nanti Intan up entry baru ye kak.. sabar kak...
Intan doakan akak semoga cepat sihat ye..Amin
LV,
comel kan? dia muda dari intan, beza 3 ke 4 tahun.. sweet!!!
Post a Comment