Friday, August 15, 2014

Shanghai Like A Diamond

Assalamualaikum..

Hi uols..  Hari ni Intan nak share cerita Intan pergi Shanghai. Tak tahu la memori Intan ni kuat lagi nak ingat balik  trip tahun lepas (2013). Cerita ni takde tips ke apa, saju suka suka!!!

Mula – mula Intan malas nak pergi tau.. Sebab tahun 2012 Intan dah pergi HongKong rasanye mesti  "konsep" makanan, environment, attraction..dia macam sama kan..  Cousin Intan ni le, pengaruh dan paksa ikut dia. Bila Intan tanya dia sape  join? Dia kata kawan dia dengan husband.  Oo.. ok la orang muda pergi.. Baru la adventure gitu.. Kita orang pergi naik Air Asia dan selamat tiba di Airport Shanghai, perjalanan ni amik masa 6 jam. Kami berlepas jam 6.30pm so sampai kat Shanghai dah tengah malam.. Package Shanghai ni kami beli kat Groupon je, murah! semua include; accommodation, underground, hotel dan transport. Tak salah, Intan bayar package tu dalam RM 500++ tak termasuk tiket flight tau.

Sampai je Airport Shanghai, tour guide kitaorang da tunggu kat gate. Dia berdiri kat gate dengan berpakaian putih.. Oh My Gucci!! He so cute!! Macam artis Korea, rambut keteng-keteng. Intan pandang dia tak berkelip-kelip… Dia jemput kitaorang dengan bas persiaran.. Ha mesti uols rasa macam ramai kan? Memang ramai pun.. lebih kurang 10 orang. Actually bukan cousin Intan dengan kawan dia je ikut tapi mak bapak dia makcik dia, kawan mak dia ikut sekali, so yang muda-muda 4 orang je yang senior lebih kurang 10 orang.. Tapi mak ok je.. janji dorang tak control .. Takot jugak makcik-makcik ni kadang-kadang tak sporting kan… Alhamdulillah dorang semua cool dan sporting..

Intan ke Shanghai awal bulan April dalam belas-belas hari bulan selama 7 hari 6 malam. Cuaca malam tu sejuk je lebih kurang 10-18 darjah celcius.. Tak salah Intan masa tu nak masuk musim spring.. Malam pertama tu tour guide terus hantar kat hotel memandangkan kitaorang touch down jam 12 tgh malam. Hotel tu berdekatan dengan airport.. Intan tak ingat nama hotel tu apa, tapi sampai je dalam bilik terus tido, memang dah mengantuk sangat.. Intan akan cerita pengalaman kat sana dengan tour dari Hari 1 sampailah hari Intan nak balik ok.. 

Before depart, tengok lengan orang tu boleh tahan gemok.. Gigit pon sedap.. 


 Kalau naik plane, mesti ada ada gambar macam ni.. WAJIB!! 

Hari 1
Hari pertama di Shanghai, tour guide kitaorang nama dia Jacky, dia bawa kami jalan-jalan sekitar Nanjing road. Tak ada yang manarik pun, biasa aja. Ada la mall yang ala-ala Pertama Kompleks tu.. Lepastu bawa kami naik bas dua tingkat, dia bawa pusing-pusing kat town. Intan duduk yang tak de bumbung tu.. syiok laaa feeling-feeling kat London gitu.. Berangin-angin dan sejuk sikit. Tiket bas tu dah include dlm package so tak tahu harga untuk seorang berapa. Recommended naik bas hop on hop off ni. 

 Ni sekitar Nanjiing Road, Shanghai.. 
.
Tengok si gemok tu macam mengandung 3 bulan, dah la badan berketak-ketak..Aduhhh fail!!
Jeles.. Sarah(cousin) kurus je.. Senang je nak pose sana sini tak perlu nak berselindung nyorok tubuh badan kan..


Lepas dah ronda-ronda area Nanjing road, Jacky bawa pergi makan kat restoran X (tak ingat nama). Bila kita orang masuk je dalam restoran tu, duduk kat meja bulat lepastu ada 10 botol beer sorang satu dapat jangan berebut ya.. Hahaha..pastu ada ayam, daging yang kami tak tahu status mereka da kena tebuk atau potong ikut suka dorang.. Kami dah mention kami kena makan yg ada restoran halal sahaja, mana boleh bawa makan kat  restoran sembarangan .. We are Muslim.. Si Jacky terkejut sebab dia tak tahu pasal tu.. Hishhh.. takkan la tak tahu kan sebab masa beli package tu dah bagi tau dalam email yang kami Muslim dan meal kena yg halal atau pun veggie. Makcik pakcik opah atok nenek yang follow kami tu dah buat muka bengang.. Kan da merajuk!! Alolo sian diorang.. Takpe la.. Jacky request kat restoran X suruh sediakan veggie food dan air oren. Nah!! 10 jenis lauk semua sayur je.. Hahahaha.. Tapi Intan suka je.. sebab bagus untuk diet memandangkan bentuk badan dah macam orang mengandung 3 bulan tu.. 

 Hahaha.. opah nenek atok muka masam je... Semua protes tak nak makan.. Tak nak sudah!! 
Nasib ada opah tu bawa sambal ikan bilis.. boleh la dorang makan dengan nasi putih.. 


SUZHOU

Depan pintu masuk "The Couple's Garden Retreat"

Menurut kata MR WIKI.. The Couple's Garden Retreat  terletak di bandar Suzhou, wilayah Jiangsu, China adalah sebuah taman klasik terkenal Cina. Ia diiktiraf dengan lain-lain taman-taman klasik Suzhou sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Ha.. ni kita orang kena paksa naik sampan ni, dia akan bawa kita orang ke pintu keluar. Nenek ni terpaksa kerja nak menyara keluarga dia.. Sian dia tapi paksa naik macam mana eh? Bengang pulak!!! nak cross sungai ni takde la jauh pun sekangkang kera je, tapi kita nak support nenek ni teruskan juga la niat tu. Nenek ni akan menyanyi beberapa lagu tapi bahasa dia la.. Kira kuat jugak tangan dia ni nak mendayungkan.. Emm da sampai kat tebing tu kita orang semua nak naik atas dia buat signal suh bayar.. what!!! Da la paksa pastu kena bayar pulak, kita orang pakat ramai ramai letak 1 yuen ada yg letak 2 yuen, lepastu nenek ni belagak, dia tak nak lepas tu menyombong pulak.. Tak pe tak pe jangan menyesal Cik Salmah!!!

Tak ingat tempat ni nama apa, tapi cantik la view.. Ramai orang tangkap gambar je kat sini..


Masa  ni nak senja dah.. Tapi tempat ni kat Suzhou tau bukan di Shanghai.. 

Memang teringin sangat nak santai macam ni.. Berangan konun-konun kat London.. Ni abang Jacky yang amik picture ni.. Rindu pulak kat dia..

Ok ni da sampai kat hotel tapi macam biasa la tak ingat nama hotel. FYI, kita orang akan berpindah-pindah hotel selama beberapa hari, tiap-tiap hari dapat tido hotel lain, tapi jenuh la nak turun naik angkat beg yang besar tu..Tu sebab badan Intan berotot-otot.

 Hari 2
Morning Suzhou.. Harini kami check out dan akan menginap di hotel lain pulak.. Yeayyy.. Sonok sonok.. Kat hotel tu bekpes pun bukan boleh makan semua makanan.. Intan amik sayur kangkung dengan roti bakar je.. Yang lain nampak sedap tapi nampak banyak yang tak halal.. telan ailio je.. Kata abang Jacky itinerary utk hari ni nak bawa pergi tengok kilang silk. Woo!!! bila dengar kilang silk, da berangan nak beli kain silk banyak -banyak mesti murah kan.. kata dari kilang selalu harga lagi murah berbanding dekat mall.

Coz I'm Happyyyy happyyyy.. Sarah suka pakai suar warna blok tau.. pink la hijau la kuning la.... untung la kaki kurus.. Kalau Intan pakai seluar macam warna blok tu memang free la dapat pahala sebab orang dok kutuk mengata kita kan.. iye ke idok!!!

Ohh ni kilang kain tu.. Sebelum dia orang bawa kita membeli belah kain, dia akan bagi penerangan macam mana silk ni di perbuat. So nampak lah ulat-ulat kecik tu dia dok guling sana sini lepastu kua la benang dia so and so and so la proses pembuatan tersebut.


Gambar ulat tu Intan google je. No camera no video at this area kata Jacky


Tak cantik kan? memang tak cantik pun.. ni langsir.. bukan kain.. memang tak beli pun mahal weh.. Bagi Intan mahal la sebab Intan bukan minat bab-bab kain ni.. Tapi kan kawan Jacky ni pengaruh kita orang beli.. Eee tak suka la.. If kita beli barang kat situ, tour guide akan dapat tips.. Haahhaha.. sian Jackie dapat customer yang tak berduit.. Kita orang semua bukan nak membeli belah datang sini, cuma nak tengok-tengok aje. Antara kita orang semua, ada pulak satu makcik ni beli beberapa jenis bantal yang di perbuat dari silk ni, Pakai credit card katanye, tapi kecoh juga lah masa nak swap card sebab decline.. Rupanya makcik tu tak inform bank yang dia nak guna kad tu untuk pergi overseas.. So pada sesiapa yang guna credit card jangan lupa inform bank ye..

WUXI
Kawasan di sekitar Nanchan Temple. Kebetulan time Intan sampai tu diorang ada buat expo apa ntah Intan tak amik port pun. Abang Jacky bagi masa 2 jam untuk shopping. Kemudian dia nak bawa naik cruise. Shanghai ni memang popular dengan terusan (canal).


 
 Depan Nanchan Temple.  
Agak sejuk cuaca masa ni, lebih kurang 10 celcius, tapi malam cuaca lagi sejuk sampai negative. Bila bercakap kan.. kua asap ikut mulut.. Sebab Intan jakun.com asyik bercakap je.. 


With Syakirah.. Dalam cruise.. Majority memang group kita orang je dalam tu.. Tapi sngant membosankan.. Keadaan siang tak berapa cantik view tapi kalau malam cantik sebab ada lampu-lampu. 



Masa first time datang Shanghai, si Jackie ni asyik bercerita pasal canal, Intan masa tu mana nak amik port.. lantak ko lah nak cerita apa pun.. Sebenarnya tak tahu pun maksud canal tu apa, bila tanya Syakirah baru tahu canal tu terusan.


 Recommended !! Sightseeing nice but not for shopping.. 

Agak-agak best tak tempat yang Intan pergi ni? So and so kan.. Experience... Well Intan akan continue perjalanan seterusnya Hari ke 3 di Hungzhou, next entry ok.. Guys, for your information, Intan akan bercuti ke Krabi minggu depan (19 Ogos - 23 Ogos).. Syiokknya.. 

Toodles,
IntanSawedeekap  

6 comments:

Chooyaya! said...

Intan saweedekap waklu la Intan. hahahaha. ni yg intan draf seminggu tu? mana lagi? I WANT MOREEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE

LV said...

comel je intan...hehehe

Anonymous said...

Su, intan ni selenga ke? cute!

Anna Dayana said...

kak su.. Baju sejuk kita sama..Haahhaa

Untuk makluman semua readers, sepanjang intan pergi shanghai ni, baju di sponser oleh choyaya.blogspot.com ooppsss!!!
Hahahahhaha...

Anna Dayana said...

Comel tapi memang selenga.. selalu jadi badut...

Hahahaha

Chooyaya! said...

intan ni peramah sangat cakap semua pakai baju kaksu. diam2 dah la. hahahahah. so dia memang selenga pooonnnnnnnnnnnnnnnn