Wednesday, October 1, 2014

Hanya Cinta Platonik..

Assalammualaikum..

Apa khabar semua? Intan baik Alhamdulillah..  Cuma otak Intan je tak berapa nak sihat harini.. Bukan otak je malah perasaan semakin tak keruan..Keruan ke karuan? Arghh takper janji korang pahamkan. Adakah ini dinamakan Cinta? Rindu ? Sayang? Ah ha.. Cinta la sangat.. Padahal rindu kat Garfield.. Seekor kucing betina yang sangat gemok dan pemalas.. Hanya tau makan, minum, pupu, mencantikkan diri serta meowwww  bila lapar. Benci tapi sayang... Hahaha.. Sebenarnya bukan nak cerita pasal Garfield pun..  

Intan just nak share dengan korang perasaan Intan saat ini ketika ini hari ini.. Seriously Intan tak tahu macam mana perkara ni boleh berlaku. Dulu masa dia suka kat Intan, jual mahal.. tak nak bercinta la, nak utamakan career dulu walaupun jadi pelakon tambahan. Intan mana la tahu pasal cinta- cinta ni masa tu umur baru 18 tahun.. Intan bagitau dia nak scandal je.. Scandal pun Intan tak tahu apa main sebut je ye laa kan bila berkecimpung dengan dunia seni ni memang selalu dengar perkataan tu. Hahaha.. Semenjak tu terus dia senyap, kecewa barangkali. So kitaorang lost contact almost 5 years.. Sepanjang 5 tahun tu, dia ada sms Intan bgtau dia dah nak kawin, tapi that time Intan bercinta dengan orang lain (cinta monyet), so takde pun rasa kecewa ke apa ke.. Intan ok je.. tapi tak tahu kenapa Intan tak datang kenduri dia.. Rasa Intan bz dengan dunia lakonan kot. Hahaha..

So dalam tahun ni kitaorang contact semula. Kerap la whatsapp tanya khabar dia tanya khabar anak  dan family dia.. OMG dia da ada dua orang anak.. Dia baru 32 tahun tapi anak dah dua. Cepat betol masa berlalu. End up kitaorang decide nak berjumpa.. Bila da jumpa, chatting itu ini. jadi seronok. macam ada satu perasaan nak repeat lagi.. Repeat untuk berjumpa bukan bercinta. Bila dah jumpa tibe- tibe macam ada satu perasaan..bukan macam tapi memang ada satu perasaan rindu kat dia.. sayang belum lagi tapi rindu.. Asyik whatsapp je tanya bila nak berjumpa. Tapi kitaorang paham dan tahu batas- batas. Intan respect dia, dan dia pun respect Intan. Intan dengan dia sebenarnya rapat memang da jadi BBF la.. Tepuk tampar dah biasa da..not hurt feeling la.. Takde langsung rasa cemburu dengan isteri tercinta dia takde rasa sakit hati dengan dia.. Intan happy je dengan dia.. Sayang dia.. Tapi dot dot dot..

Orang kata kalau da rasa macam bercinta dengan BFF sendiri namanya CINTA PLATONIK. Intan tahu ni pun dari kak su (choyayablogspot). Selalu memang kak su yang suka bagi bahasa -bahasa bangsawan ni.. Maksud cinta platonik tu ialah "wujudnya kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud, senang citer hubungan antara ko dan aku sangat rapat tetapi sikit pun tak ada rasa nak bercouple...ye lahhh kau kan dah kawin kalau kau tak kawin aku sudi je nak jadi isteri ko. Hahahaha So berhati hati lah dengan cinta platonik kalau tak dapat kawal... makan diri wey...

zokzok (xoxo)


Inilah Garfield.. Nama sebenar Garfieldah Amanda.. crocodile her BFF, dia pun nak cinta platonik..

 Biar hitam sejarah hidupku.. Namun aku tetap tabahkan hati...

Toddless
IntanPlatonik

12 comments:

Chooyaya! said...

stakat berlakon satu filem pastu 1 scene je dah declare orang seni. hahahah. dah la tadek dialog takat menari2 je. intan mmg berangan kan? hahahahah. anyway, jgn bermain dengan api intan. nanti membakar diri. ingat pesan kaksu ni. dah berbuihhhhhhhhhhhhhh mulut kaksu pesan, stay away from married man. ok?

Anna Dayana said...

i dont love with the married man... kawan aje.. trust me bebeh..

Anna Dayana said...
This comment has been removed by the author.
Lavender violet said...

sokong kak sue!!!
hehee take care intan :)
btw garfield comeeelll

Anna Dayana said...

tq LV, Garfield kirim salam

Joannfoca said...

hi Intan =D, how do i add you on Facebook? =D

Anna Dayana said...

Joannfoca

add me at Intan Dayana ok?

Anna Dayana said...

Joannfoca

add me at Intan Dayana ok?

..nOWa.. said...

hai intan,
kita doakan intan cepat bertemu jodoh yang terbaik untuk intan..

Anna Dayana said...

Nowa

terima kasih.... Amin

ieda iedana said...

hi intan.
tenkiu la kenalkan maksud platonik tu. walaupun originally from kaksu, tapi tq. haha...
sebab ida pun pernah rasa macam tu, tapi tak reti describe. syg macam kawan, jeles macam org bercinta tapi tak terfikir pun akan sampai bercinta and kawin. siap happy giler plak bila dia kawin... but my feeling (or rather action) has been mistaken for something else. haha. tak pernah terpikir kot.

btw, wlpn dah wish kat IG, tapi nak wish lagi sekali ---- selamat hari tua =)

hehehe...

Regards,
blogger tegar blog kaksu je... =P

Anna Dayana said...

Hi Ieda

thanks bagi ucapan selamat hari tua.. hahaha memang da tua pun... segan nak mengaku muda walaupun orang kata Intan nampak muda dan comel. Bluekkk Intan pun nak muntah puji diri sendiri ni. Hahaha

Ieda da kawin ke belum ni? hehehe
kalau tak kawin geng la kita tapi kalau da kawin pun boleh geng jugak..

thanks again baca blog Intan yang tak seberapa ni..

ok bye