Friday, October 30, 2009

Lahirnya Engkau Di Bumi Ini.

Di lahirkan pada 27.10.84 di Hospital Sentul. Seorang perempuan yang tak berapa gemuk dan tak berapa kurus semasa di lahirkan. Rambut lurus, mata besar kulit hitam manis tapi mempunyai telinga yang kecil. Walau apa pun bentuk dan warna dia sudah cukup sifat. Alhamdulillah..

Hari ini genaplah 25 tahun insan yang bernama seperti dalam profile..Syukur pada yang maha esa kerana aku masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini..
Tepat pukul 12 malam pada 27.10.2009 tut..tut..(sms berbunyi lak) insan yang bernama tettttt hantar sms ucap happy birthday kat aku. Nasib dia ingat kalau tak.. ku putaq2 telinga hang...
Pagi tu pulak mama hantar sms, dia tulis "happy birthday dan dah dapat hadiahkan?" aku pun reply balik cakap "terima kasih atas ingatan mama, hadiah tak penting sekarang ni apa yang penting ialah doa mama untuk anak mama ni supaya di beri keberkatan, kejayaan dan kebahagian di dunia mahupun di akhirat"...Amin.

Terima kasih pada kawan2 kerana masih ingat hari kelahiran aku, tak putus2 aku terima sms dan email. "Akak sayang kamu semua ya"<----ala2 suara kak Anita Sarawak(Sebab betul2 tau)..ok Bye

Time ni sambut besday kat office
Terima kasih kawan2..Muahhh

No comments: