Wednesday, October 28, 2009

Singapore

KL Sentral

12.10.2009 Sampai kat Kl sentral pukul 7 pagi. Tunggu partner tak sampai2 lagi kata janji kol 7 pagi kena ada kat kl sentral sebab nak naik bas untuk ke LCCT 7.30am. Flight AirAsia kol 10.00pagi. End up partner sampai kol 7.30pagi dan ada masa lagi untuk beliau pergi ke toilet sampai 15 minit berak batu agaknya. So terpaksa naik bas pukul 8.00am. Aku kat dalam bas tu dah nangis2 dah takot tak sempat naik flight, sekurang-kurangnya kena ada kat lcct kol 8.30 am dan akhirnya aku sampai kat LCCT kol 9.00am. Terus pergi counter dan boarding pukul 9.20 nasib baik sempat kalau tak sempat kau bayar duit flight aku.
Changi Airport

Sampai di Changi Airport pukul 11.00 pagi..Walaupun kami turun di budget terminal tapi terminal dorang sangat cantik jauh berbeza dari LCCT. sungguh kagum, ialah first time turun kat airport dorang.From terminal 3 nak ke terminal 1 kena naik shuttle train, comey jer shuttle train tu sebab pendek je keretapi tu. from Terminal 1 nak ker hotel kami naik train(MRT), interchange station kat Tanah Merah. Bila dah nak train berenti kat Aljunied Station sebab hotel kami berdekatan dengan station tu.

Crystal Hotel

Turun jer train dalam 10 minit jalan kaki sampai lah kat Crystal Hotel No.50 lorong 18 Geylang, kami duduk hotel murah jer. **star jer, walaupun **star tapi aku kagum dengan hotel tu kerana facilities dan environment dalam bilik tu sangat bersih. Di tambah pulak dengan staff yang sangat peramah. Hotel tu very convenient sebab di tengah-tengah town, banyak kedai runcit, 7 Eleven, kedai makan, dekat ngn MRT, Stesen bas. Banyak kemudahan kat situ berbaloi-baloi.. Ekceli kat area Geylang tu banyak jer Budget Hotel diantaranya, Ruby Hotel, Emerald Hotel, Hotel 81. Hari Pertama Check in lebih kurang pukul 1.00 petang so sampai dalam bilik, mandi dan solat, kebetulan time tu hujan pulak kat Singapore. so kami terpaksa lepak2 dulu dalam hotel. dalam pukul 4 petang baru keluar. Memandangkan kami belum makan lagi so singgah makan kat kedai mamak dkt ngn MRT station. Aku makan nasi goreng pataya sebab aku mmg tak makan nasi dari pagi tadi. Nasi tu harga 4.50SGD Air teh o ais 1.50SGD, Sebab dah terlalu lapar sangat aku bedal jer makanan tu tapi not bad lah.Lepas makan kami terus kan perjalanan menaiki train untuk ke night safari. Dari Aljunied station kami kena turun ker City Hall dan interchage station to Ang Mo Kio. Ang Mo Kio station kat dalam tu ada shopping mall so kami kena cari station bas kat situ untuk ke night safari.

Night Safari

Untuk ke night safari kami kena naik trasnsit bus no. 138 dengan harga 1.70SGD per person one way. Pastikan duit syiling anda mencukupi sebab dia tak bg duit baki tau.So perjalanan mengambil masa 30 minit, sampai jer kat night safari kami terus beli tiket dengan harga addmission$22 dan tram ride 10$ perperson. Baik you all amik yang ada tram ride (recommended) kalau jalan kaki tak best. Kami start bergerak dengan tram tu pukul 7.30pm, Tram tu akan berenti di setiap tempat yang membolehkan you all tgk sendiri haiwan tu, so kena jalan kaki ler nak masuk tengok binatang tu tapi ianya sangat best. Bila korang dah puas jalan korang boleh naik mana2 tram yang berenti dan sampai ke pintu keluar tu ada lagi tempat yang korang kena tengok iaitu Creatures of the Night Show(recommended)start pukul 8.30pm, best giler tengok haiwan tu buat show, pertunjukkan mengambil masa 30 minit. Lepas dah abis tengok pertunjukkan tu ada lagi satu tempat yang korang boleh tengok orang menari iaitu Tribal Dance Performance, abang api pun ada..tapi tempat tu macam berbau gas sikit, show start pukul 9.00pm. Tepat pukul 10.00 malam bas No, 138 dah ada so kami turun naik bas dan train dan sampai di Aljunied pukul 11.00 malam terus g kedai mamak yang kami makan tadi untuk makan malam. Sampai hotel mandi solat dan terus tido.

Hari Kedua

Tepat jam 6.30 pagi perut aku dah rasa tak sedap dan memulas2 adakah disebabkan makanan malam tadi tapi dorang yang lain ok jer, aku jer yang kena, mungkin ianya food poisining?tanpa melengah2kan masa aku terus ke tandas dan muntah di toilet boil masa tu lengkap lagi dengan pakaian tido dan stokin, tak sempat nak buka sebab mmg tak tahan nak muntah. Muntah punya muntah sampai terkencing dalam seluar, malu betul. dah muntah sakit perut pulak, sakit perut yang melampau2 cirit birit pulak dia ni...sorang kawan aku tak bangun. membuta jer.. sampai kol 6.50 kawan aku ketok pintu nak amik air sembahyang so aku terpaksa menahan sakit aku sebab dorang nak amik air sembahyang. So plan kami untuk second day nak pergi underwaterworld, sentosa island dan Singapore flyers terpaksa dibatalkan tapi untuk aku jer, dorang yang lain pergi. takkan dorang nak tggu aku lak so perjuangan harus diteruskan. maka aku tinggal dalam bilik.huahuahua... kesian aku tak dapat keluar kerana aku masih tak sedap badan muntah2 dan cirit birit berterusan sampai petang. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.takpe2..3.00 petang aku dah rasa badan dan perut aku dah beransur pulih. kebetulan diorang dah balik, lepas mandi dan solat bercadang nak ke Orchard Road tapi terpaksa di lambatkan kerana cuaca tak mengizinkan(hujan) kami untuk keluar. Pukul 4.00 petang hujan dah berenti dan kami beramai2 gerak ke station bas untuk ke Orchard Road. Kami naik bas no. 7 $1.20.

Orchard Road

Bus stop tu dekat jer ngn hotel yang kami duduk so perjalanan mengambil masa 12 - 20 minit untuk ke sana. Masa kat dalam bas tu aku dah rasa pening2 dan nak termuntah tapi ku tahan jugak. Kami dah sampai ke Orchard Road..mmg terlalu banyak mall kat situ, sape yang kaki shopping boleh ar pergi tempat ni. Sampai kat satu mall tu kami semua dah kelaparan so kami pilih untuk makan Mc Donald, Mc D kat sana lain sikit takder bubur dan sos cili dia rasa lain susah nak describe, finally aku memilih double cheese buger dengan harga 10.90$(tak ingat sebenarnya harga mc d tu tapi lebih kurang ler). Makan punya makan tibe2 aku trasa nak muntah dan cirit pulak...ZZzzz berlari mencari sinar bahagia iaitu toilet..masuk 0.30$..blurrrkkk muntah dan cirit sudah keluar...OMG mana air mana air..whattttttttt tak ada tisu..Euuuwww have to la kan...tapi aku basah kan dulu tisu..habis satu gelung tisu aku kerjakan..Perjalanan kami terhenti di satu kedai perfume..OMG murah gile perfume kat situ..korang bayangkan Incanto harganya baru 38$ tu boleh nego lagi..survey punya survey ngapppp satu perfume SJP Covet harga $38 untuk 100ml. pastu kami jalan kat area mall tu beli lah t shirt sepasang dua..Lepas dah jalan area Orchard Road kami meneruskan perjalanan kami ke Bugis Street.

Bugis Street

Untuk ke Bugis Street, kami naik train Orchard road station sampai ke Bugis Street station, keluar jer station jalan sikit cross the road nampak lah bugis street ala2 uptown downtown kat Malaysia. Kat situ banyak barang2 yang cantik2 dan murah2. aku pulak beli untuk kawan kawan keychain jer, ok lah tu at least aku ingat kat dorang kan. dalam kol 9malam budak2 ni dah lapa nak makan so singgah makan kat kat kedai apa ntah tapi area tu lah dalam kedai tu ada jual meehun sup, laksa dn makanan yang berair dan bergoreng sume ada tapi aku tak lalu makan sebab aku terasa pening dan nak muntah. aku suh dorang makan cepat2 sebab aku mmg dah nak termuntah ni. so lepas makan kami decide nak naik bas sebab aku pening naik MRT. Masa tunggu bas tu aku mmg dah tak tahan nak termuntah, aku pergi mencari sinar bahagia iaitu toilet sekali lagi yer, dan muntah lah semua cheese buger yang aku makan petang tadi...mmg lega rasanya. Dorang bagi tahu bas baru jer lepas so kami kena tggu lagi beberapa minit untuk next bas no. 7, bas tu dua tingkat berangan nak duduk seat atas tapi terlalu penuh kami pun tak dapat duduk so kena berdiri, aku dah lah pening ada lagi perasaan nak muntah...siut betul lah muntah ni...aku berdoa supaya aku tak termuntah dalam bas, kalau tak malu ler aku sebagai rakyat malaysia..Stesen bas tu berenti dekat dengan hotel kami nasib baik tak perlu jalan jauh2.Sampai hotel macam biasa lah mandi dan solat.

Hari Ketiga

Pukul 6.30 bangun selepas menggigil2 kesejukkan dan perasaan nak muntah tu ada lagi. Lepas solat subuh, sembang2 dengan dorang sambil tu packing barang2. Tibe2 pagi tu hujan lebat lak dalam pukul 9 pagi, kitaorang ingat nak keluar awal boleh lah pergi mkan2 kat terminal sebab flight kami pukul 2 petang so kena ada kat terminal 3 dalam pukul 1pm. Hujan pun berenti pukul 11 so kami terus check out dan naik cab untuk ke MRT Aljunied, selepas tukar train sampai di Terminal 3 pukul 12tengah hari than buat urusan refund tax dan ambil tiket pukul 1 petang. dah check in kami pun sempat2 je jalan kat dalam airport tu, ingat nak beli cokelat tapi macam boring je tengok cokelat so tak beli. dah bosan jalan kami pun tunggu lah kat tempat nak berlepas tu tibe2 annoucement cakap flight delay.

So sampai di KL Sentral pukul 6 petang. Ekceli pergi mana2 negara pun best yang penting duit kena ada lah..Duit ada semua boleh jadi.Bye ..










4 comments:

Anonymous said...

aku nak gi jugak intan
bestnya

Anonymous said...

intan next year kita plan sama-sama

Anna said...

Walaupun entry yang aku buat ni citernya takder lah menarik pun tapi aku garenti mmg best giler pergi sana..Jom2 kita plan ke Singapore..
Tugas ko check tiket murah ok.
Aku pulak akan buat itenary untuk travel kita.

Mr. N. Nasz said...

Hello...
sorry la kalau entry ni agak lambat.

kalau u all nk save, naik je coach-bus fm pudu raya ke singapore straight. Take bus malam lepas tu sampai pagi. Journey around 5 hrs.

Selalunya I dari singapore ke rumah sedara di KL I naik bus malam then sampai cun-cun kul 7 pagi. Tapi Kalau nk cepat then terpaksalah naik flight. So i suggest u all naik bus je straight to Lavendar then situ dah dekat ngan bugis, kallang and geylang. Jimat duit....
Then cari EZLink card di MRT station mana2 so u tak perlu bwk syilling byk2. Tap kat gate then masuk je.

Actually byk lagi tempat murah to shop around
:-) Orchard is kinda expensive.
Sebenarnya singapore ni kecik je. hehe.
Hari2 kerja satu singapore kene lalu. So within a day u all boleh merayap (tapi tk singah sana sini la) nearly the whole of singapore.

http://www.transitlink.com.sg/ <-- EZLink website

http://www.smrt.com.sg/main/index.asp <--- SMRT website.

www.sentosa.com.sg <--- Universal Studio n sentosa


BTW, ada bus malam called Night Rider from SMRT(11PM to 4AM) pada setiap hari jumaat dan sabtu malam. So check je la kat website SMRT ye.

Radio channel melayu Singapore untuk siapa yg bosan: 89.7 FM Ria / 94.2 FM Warna /(www.mediacorp.sg)

104.5FM kalau tk silap (ERA-Malaysia)/ Sinar FM pun dpt.

I guess tu je la info2 yg ada... enjoy ur stay in singapore on ur next trip :-)