Thursday, June 19, 2014

DUBAI

Yello readers ku sayang!!!

InsyaAllah entry kali ni panjang sikit nak citer.. eh salah! kali ni nak citer panjang sikit.. Uols mesti dah dapat agak kan Intan nak cite apa mesti macam sonok kan.. Sonok la weyyy sebab pergi negara orang.. Actually yang paling seronok sebab dapat duduk dalam flight lelama sampai 8 jam ke 12 jam.. Selalu pergi dekat-dekat je dalam 45 minit tu pun naik Air Asia.. Tak sempat vontot panas da sampai..

Yang terpaling best bila time serve makanan tapi biasa la duduk ekomoni ada dua jenis lauk je ayam atau ikan, so Intan pilih ikan kod dgn sayur sayuran, kalau ayam dia bagi ayam masak merah dengan nasi. Lepas makan dia bagi dessert.. Yeayyy itu yang di tunggu - tunggu pun, dia bgai aiskirm MAGNUM MINI, bagi satu je, nak dua boleh tak akak cantik? Dia kata kalau makan tu ingat orang belakang sama.. Bencik!!!

Naik MAS memang best, makanan pun sedap, rasa selamat sebab layanan dorang memang superb. Tapi ada yang kata naik Etihad ke Emirates pun best juga depends on budget kecuali Air Asia.. Intan malas nak buat 2 ke 3 kali entry pasal Dubai so Intan sekali kan je citer ni, kalau paham bagus la kalau rasa macam ntah apa-apa atau malas nak baca, scroll je sampai jumpa gambar, sebab Intan pun jenis malas nak membaca so akan buat benda yang sama iaitu cari gambar.

Actually Intan pergi Dubai, 3 tahun lepas ni kira #throwback. Intan pergi ni bukan sebab bercuti sangat tapi ikut kawan dia ada meeting. Orang kata sambil menyelam minum air.  Kalau nak harap pergi bercuti sendiri memang tak la.. Mahal weh.. Cost transport hotel makan minum lagi.. perghh.. Intan pergi haritu tak payah bayar tiket flight sbb di taja sepenuhnya lah oleh kawan.. Hahaha bertuah la di taja kan.. tak ar, Intan guna Enrich utk redeem point so total pergi balik lebih kurang 25000pt/economi. Intan just bayar tax pergi balik RM800.00.

So perjalanan amik masa lebih kurang 8 jam tapi ada transit tak ingat pulak kat mana. Transit lebih kurang sejam so Intan sampai di Airport Dubai malam. Time immigration memang tak best langsung sebab lama gila kot kitaorang beratur.. Diorang memang check details, kita pun tak payah la peramah sangat dengan dorang.. Senyum pun tak pandang. Dah la muka Pak Arab tu masing- masing macam singa, penat barangkali.. "Apadaaa unta padang pasir pun tak malas macam antey" Majority orang sana pakai jubah. Bahagian immigration pun pakai jubah, turban, yang perempuan purdah terus. Serious wehh tak kelentong. (ketiak dorang busuk tak Intan? - kaksu tanya ni)

Lepas je dari bahagian immigration, kita orang terus cari teksi, sepatutnya hotel yang kita orang stay tu provide dengan transport tapi sebab salah paham dengan pihak hotel dan dreba so transport kena buat sendiri.  Well, perjalanan dari airport ke hotel leih kurang 45 minit, time tu da malam tau. Uols tau tak time tu memang cantik sangat terutamanya dekat bangunan -bangunan diorang semuanya ada lampu .. Intan tak sempat nak tangkap gambar lagipun time tu pakai Blackberry so quality gambar memang tak cantik. Korang boleh Goggle sendiri eh. Intan duduk kat Hotel Rotana dekat dengan Dubai Mall yang Intan rasa mall yang terpaling besar kat area tu. Waktu malam tak nampak sangat hotel tu macam mana rupanya. Bila siang, haa baru la perasan bentuk hotel tu.. Cantik tau.. jgn lupa Goggle.Intan baru Goggle Hotel Rotana tu 8 bintang, ada ke 8 bintang? Melampau! Tapi memang selesa sangat, bilik besar, pool besar, jakuzi, gym semua ada cuma makan je Intan tak dapat sebab tak sponsor, breakfast kat hotel mahal, tu pun kira untung lah dapat tiket free, penginapan free.. ok la tu. so Intan memang dah tau makan tak sponsor, dari KL Intan da bawa serba mak nenen jajan, maggie cup 20 jenis semua perisa ada, milo, soup segera, roti.. Uols pun kalau pergi mana-mana tempat bawa je makanan dari KL, lain lah kalau uols orang kaya macam semua hari hari raya. kira Havoc la.. Oo lupa nak mention suhu masa tu lebih kurang 40 ke 45c.. panasssss!!!!! memang menepek kat dalam bilik je, malam pun masih rasa bahang..

Seriously Intan tak berapa ingat currency kat Dubai ye la da 3 tahun kot, tapi mata wang Dirham kan? Malas nak Goggle da ni.. Intan bawa RM 1000 je bila convert dapat berapa eh.. Eh tak ingat la tapi dapat la Intan shopping 10 helai jubah.. #untunglah  Oooh ye, kalau uols nak beli jubah yang cantik,murah dan quality memang bagus beli dekat Naif Market. boleh nego.. tapi dorang ni macam belagak sikit.. hati hati la kalau nak nego. Intan nego sekali je, kalau tak bagi Intan cari tempat lain, kat sana semua orang jual jubah, jangan risau kalau dorang tak nak kurangkan harga sebab memang belambak.. kat sana pun ada carrefour tau.. kagum!! padahal biasa je kan. By the way Intan try recall. Kebetulan masa Intan nak pergi Hard Rock Cafe, tengah renovate pulak.. sedih sebab Intan memang suka baju HRC tu.. Kalau ada sesiapa yang pergi sana nak kirim eh.Pelis!!

Ok last, masa Intan nak pergi Dubai Mall, Intan jalan sorang je sebab member pergi meeting, dari hotel ke Dubai Mall lebih kurang 15 minit jalan kaki. Sampai mall Intan window shopping je, tak beli apa pun sebab agak mahal la dan rasanya benda-benda tu boleh dapat kat KL je. Lepas window shopping Intan pergi makan Mekdi, makan sorang je.. Memang LOSER!! Tengah sedap mengadap buger tu Intan terperasan ada satu mamat Arab ni dok perhatikan Intan.. i was like, who the hell are you bradeh? Dia tengok je Intan.. So Intan buat bodoh je la..  Arghh lantak ko la kan nak usha usha aku pehal, tau la aku hitam manis macam Beyonce.. Im a single ladieh Im a single ladieh.. Lepas tu Intan continue jalan, tergerak dalam hati ni nak pusing belakang, Ya Allah !!! Lelaki tu ikut Intan weh, Bila Intan masuk kedai dia tak ikut tapi dia tunggu kat pintu exit.. Dia follow je Intan. Masa tu memang nak nangis dah berdebar debar.. Intan terus cari teksi, dia tunggu je tapi jarak dia jauh la. Intan tahan teksi cakap ngn dreba teksi tu dia pulak tak paham bahasa Inggeris atau pun Intan yang cakap tunggang terbalik *ekceli level confident Intan cakap English not bad, boleh baca kat sini . Pung pung pang dengan dreba tu nasib dia nak hantar Intan, kalau tak...habis la...

Dah la, Intan nak muntah mengadap entry ni sebab dah seminggu tapi tak habis-habis  update. So Intan nak post je la.. Ada setangah gambar ada caption ada yg tak da. Enjoy Scrolling !!!

Toodler
IntanHappyTummy

Puas hati dapat view Burj Khalifa


Hitam kan.. 



Macam mana la Intan boleh terpikir nak potong rambut macam Beyonce ni

Off to Dubai














Wednesday, June 11, 2014

Hi Intan. Ni Kaksu Hack Blog Intan.

Assalamualaikum.

Intan. Bila nak update entry baru? Lembap la Intan ni. Takyah la berangan nak buat entry panjang-panjang. Cerita je la apapa pon. Ni readers Intan semua dah tunggu ni. Tak habes-habes merepek je dengan Si Apis tu. Kawenkan dengan Apis je baru Intan tau. 

Pastu kan, kemain eh semalam punya entry ramai komen? Oooo betul eh bukan Intan yang komen sendiri guna anomonis? Kang nanti tetiba je, 'Kak Tsu, Intan nak buat pengakuan. Sebenarnya _________'. Hahaha. Ok ok. Kalau Intan dah ada follower sendiri good for U. 

So jangan lupa janji kiter Sabtu ni. Ahad pulak kiter makan kat kedai Kak Huda. OK? Intan check in rumah Kak Tsu je la Sabtu Ahad ni. Senang. Ok? Lagipon dah lama tak jumpa Shein kan?

Last but not least, LEKAS UPDATE ENTRY BARU!

From,
Kaksu

P/s: Sorry Kak Tsu hack blog Intan. Hahahaha


Skirt pwincess favorite Intan.

Tuesday, June 10, 2014

UPDATE

Assalammualaikum


Kak Tsu tiap tiap hari tanya " Intan, bila nak update blog?" Aduh.. pening jugak sebab ada tukang reminder macam tu.. Sekarang ni Ira pun rajin pulak tanya "kak! bila nak update blog? " 

Macam mana la nak update blog, bila buka je page ada 1 online users.. kecewa!! Walaupun readear hanya kak su dan Ira. Thanks sahabat ku..

Toodless
IntanYg Kecewa

Tuesday, May 27, 2014

Kisah Langkah Bendul

Assalamualaikum geng!! (Waalaikumsalam - Kaksu jawab)

Hemm tahun ni bulan November adik Intan aka MEKDA nak kawin.. Alhamdulillah sudah sampai jodoh.. Kakak dengan abang dia juga yang tak kawin lagi ni.. Intan perasan tau, setiap entry yang Intan merepek mesti ada pasal kawin.. Eee macam desperate kan bunyinye.. Mana tak desperate, bila da masuk 3 series  ni kira da macam lambat atau senja, member- member Intan yang umur 22 pun dah kawin pastu dapat anak umur 23, bestnye muda-muda dah dapat anak. T_T . Kilang proses anak pun boleh valid sampai 20 tahun, ni Intan kalau kawin tahun depan, malam pertama terus on je.. Belasah je lantak la orang nak kata bunting pelamin memang dah tak sempat da ni... (Berangan je ko ni Intan - Kaksu)

Bila nak dekat cuti sekolah ni mula la "posto posto" dang!!! Kad jemputan kawin!!! Lepas tu stress lepas tu menangis pikir kan nasib "aku bila lagi nak kawin" tapi pergi juga kenduri sebab fikir nanti kalau Intan kawin takder sape yang nak datang. Ada juga tau orang berpikiran macam ni "Ooo kenduri aku aritu ko tak datang kan? So aku malas nk pergi kenduri ko" Sepatutnya mana boleh pikir macam tu sebab mana lah kita tau orang tu femes so sampai dapat 10 jemputan nak pergi..? Mampos "Maafkan lah dia". Ok Ok tak citer pasal kawin lagi, malas nak fikir kalau kita fikir tak jadi dia tak nak datang.. (Apa Intan merepek ni?)

Memandangkan Mekda nak kawin, petang semalam dia WhatsApp Intan, itu pun nak WhatsApp, padahal petang tu balik sekali kot, Intan drive dia dok sebelah main hintek (Handset) sambil goyang kaki, Puan Sri (Mama Intan) duduk kat belakang terus lena padahal baru je kuar dari basement tak sampai 1 minit. Family kita orang ni memang ada problem komunikasi sikit, bila ada depan mata tak nak cakap, bila tak ada, smash kat orang lain *papa Intan yang suka smash orang lain.. Bila dia marah abang, tak nak pulak sound tepek atau face to face ngn abang, dia pergi sound Mama, Mekda, Gen (Adik Intan). habis semua kuten kuten pun kena maki hamun.. Pa kucing tu tak paham mereka tak bersalah pun.. Intan akui memang family Intan ada masalah untuk bercakap bersembang dengan ahli keluarga. Macam Family Kaksu lain. Dorang rapat and jenis berborak boleh lepak sekali. Mama tu, besday Intan dia boleh wish dalam handphone je padahal dia baru selisih turun tangga dengan Intan.. Porke mama porke? 

Balik pada citer Mekda tadi, dia WhatsApp Intan tanya "Kak! ko nak apa nanti? Kan langkah bendul? Nak tunggu ko kawin lama sangat. Ko ingat ko cantik sangat ke kak nak demand?" Pastu Intan reply la "IPHONE 6" *tibe2 terasa macam melampau.  Mekda reply dia kata mahal and takde budget sebab nak pakai duit banyak. So ko pilih nak cincin belah rotan @ baju persalinan @ set makeup. Bencik la.. Tak nak benda benda tu semua aku dah ada, aku tak nak.. (Intan, amek la cincin. Nanti dah dapat jual la. Top up buat beli Iphone 6 - Kaksu)

P/s : This entry edited by Kaksu sebab dia kan macam cikgu. Kerja sekolah kena check dulu. Haha. Untuk Intan, jangan la stress sangat tau? Jodoh tu akan ada. Yang penting, are U ready to move on? Sampai bila? Tu Intan je ada jawapan. Kaksu taknak cakap banyak sebab nanti Intan cakap Kaksu kuat membebel. Kiter ni hidup makin hari makin tua, bukan makin muda. Ok? Kaksu doakan Intan bertemu jodoh dengan cepat. Kaksu tau, Intan memang suka dengar apa yang Intan suka dengar je. Bab nasihat, tazkirah semua Intan tak suka dengar tapi selagi Intan sendiri tak keluar dalam zon Intan sekarang, selagi tu takkan ada apapa yang terjadik. Ingat. USAHA, TAWAKKAL DAN DOA. Bukan berdoa dan tunggu. Macam tu apa pon tak jadik. -Kaksu-

Dari kiri Gen, Mekda, Intan 

Toodles!
Intan Yang Comel