Monday, June 23, 2014

Kuih Raya Biskut Raya di Hari Raya, Jemput la singgah

Assalammualaikum Uols..

HARI RAYA HARI YANG MULIA
SUNGGUH BERERTI KEPADA KITA
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA
DARI EON UNTUK SEMUA..


Ha.. Ingat lagi tak tak lagu ni.. Intan suka lagu ni.. Sekarang ni dok terngiang ngiang lagu ni kat kepala otak.. Hehehe.. Ok tak lama lagi nak puasa da.. Kejap je da setengah tahun.. Lepas puasa kita beraya pulak lepas raya dah nak masuk akhir tahun.. So masih lagi single.. Alahai Omak kawinkan aku *mula meroyan pompuan ni.. (T_T ) ..

Haa!! Korang kenal Hafiz? Nak harap kan Hapiz suka Intan memang tak la.. sebab dia cita-cita tinggi tu, nak perempuan yang cantik dan seksi.. Dia sedar tak diri dia tu siapa? macam mana?  Amboi!!!! *panas hati kan.. Pasal Hapiz, Intan tak kisah sangat, tapi Intan kisah pasal FIFI (dia lelaki tau).. Intan paling suka kat dia, tapi dia cukup menyampah dengan Intan, benci betol kat Intan, tak tahu la kenapa dia tak suka sangat. 

Satu hari tu FIFI minta tolong kat seorang girl ni nama Robyn (perempuan India Intan panggil dia Party Animal je), sanggup minta tolong kat Robyn dari Intan, Intan tak puas hati terus pergi kat tempat dia tanya macam ni "Fi? Fi lebih suka minta tolong dari dia dari Intan kan? Fi? Robyn tu tak pakai tudung tau, Intan ni pakai tudung apa kurangnya Intan dengan Robyn tu? *cakap sambil tepuk dada lepas tu terus blah.

Untuk FiFi Intan sanggup cari duit tukar 50RM kepada 10RM dari jauh Intan dengar Fi cari duit tukar, untuk Fifi Intan sanggup ponggah semua almari sebab FiFi nak plastik cantik katanye.. Untuk Fifi, Intan sanggup stop buat kerja sebab nak tolong Fi print out colour resume Fi tu. Kenapa Fifi kenapa Fifi tak suka Intan? Fi, satu hari nanti Fi tersuka kat Intan macam mana? Haa tak tahu.. Masa tu dah tak sempat dah!

Ok, macam ni..  Ada sape - sape tengah mencari kuih / biskut raya yang sedap? Mari lah scroll picture-picture kuih kat bawah ni. Kalau berminat, boleh call Intan. Intan tolong kawan -kawan je, Ikhlas tau. Ada juga kawan Intan suruh iklan dalam blog Intan ni, Intan dah bagi tau kat dia, user online tak cecah 10 orang.. Dia ketegaq, nak juga suh masuk dalam blog, perli ke hape? Maaf lah kualiti gambar low, nampak kuih tu pun macam puasa, tak bermaya gitu. Tapi ikhlas ni tolong kawan..

Whatsapp  tak support *bagitau awal-awal. Hahahaha  012-6304182 - Call ok!



Bangkit Cheese

Butterscotch

Cornflakes Crispy

Dahlia

Donut Cookies

Gajus Cheese

Crunchy Caramel

Marmar

Nestum Cornflake

Pistachio

Rainbow

Sampan

Snowy

Tart Tulip

Untaian

Harga : RM 27.00/Balang - 50 Keping

Toodles
IntanBuilder



Thursday, June 19, 2014

DUBAI

Yello readers ku sayang!!!

InsyaAllah entry kali ni panjang sikit nak citer.. eh salah! kali ni nak citer panjang sikit.. Uols mesti dah dapat agak kan Intan nak cite apa mesti macam sonok kan.. Sonok la weyyy sebab pergi negara orang.. Actually yang paling seronok sebab dapat duduk dalam flight lelama sampai 8 jam ke 12 jam.. Selalu pergi dekat-dekat je dalam 45 minit tu pun naik Air Asia.. Tak sempat vontot panas da sampai..

Yang terpaling best bila time serve makanan tapi biasa la duduk ekomoni ada dua jenis lauk je ayam atau ikan, so Intan pilih ikan kod dgn sayur sayuran, kalau ayam dia bagi ayam masak merah dengan nasi. Lepas makan dia bagi dessert.. Yeayyy itu yang di tunggu - tunggu pun, dia bgai aiskirm MAGNUM MINI, bagi satu je, nak dua boleh tak akak cantik? Dia kata kalau makan tu ingat orang belakang sama.. Bencik!!!

Naik MAS memang best, makanan pun sedap, rasa selamat sebab layanan dorang memang superb. Tapi ada yang kata naik Etihad ke Emirates pun best juga depends on budget kecuali Air Asia.. Intan malas nak buat 2 ke 3 kali entry pasal Dubai so Intan sekali kan je citer ni, kalau paham bagus la kalau rasa macam ntah apa-apa atau malas nak baca, scroll je sampai jumpa gambar, sebab Intan pun jenis malas nak membaca so akan buat benda yang sama iaitu cari gambar.

Actually Intan pergi Dubai, 3 tahun lepas ni kira #throwback. Intan pergi ni bukan sebab bercuti sangat tapi ikut kawan dia ada meeting. Orang kata sambil menyelam minum air.  Kalau nak harap pergi bercuti sendiri memang tak la.. Mahal weh.. Cost transport hotel makan minum lagi.. perghh.. Intan pergi haritu tak payah bayar tiket flight sbb di taja sepenuhnya lah oleh kawan.. Hahaha bertuah la di taja kan.. tak ar, Intan guna Enrich utk redeem point so total pergi balik lebih kurang 25000pt/economi. Intan just bayar tax pergi balik RM800.00.

So perjalanan amik masa lebih kurang 8 jam tapi ada transit tak ingat pulak kat mana. Transit lebih kurang sejam so Intan sampai di Airport Dubai malam. Time immigration memang tak best langsung sebab lama gila kot kitaorang beratur.. Diorang memang check details, kita pun tak payah la peramah sangat dengan dorang.. Senyum pun tak pandang. Dah la muka Pak Arab tu masing- masing macam singa, penat barangkali.. "Apadaaa unta padang pasir pun tak malas macam antey" Majority orang sana pakai jubah. Bahagian immigration pun pakai jubah, turban, yang perempuan purdah terus. Serious wehh tak kelentong. (ketiak dorang busuk tak Intan? - kaksu tanya ni)

Lepas je dari bahagian immigration, kita orang terus cari teksi, sepatutnya hotel yang kita orang stay tu provide dengan transport tapi sebab salah paham dengan pihak hotel dan dreba so transport kena buat sendiri.  Well, perjalanan dari airport ke hotel leih kurang 45 minit, time tu da malam tau. Uols tau tak time tu memang cantik sangat terutamanya dekat bangunan -bangunan diorang semuanya ada lampu .. Intan tak sempat nak tangkap gambar lagipun time tu pakai Blackberry so quality gambar memang tak cantik. Korang boleh Goggle sendiri eh. Intan duduk kat Hotel Rotana dekat dengan Dubai Mall yang Intan rasa mall yang terpaling besar kat area tu. Waktu malam tak nampak sangat hotel tu macam mana rupanya. Bila siang, haa baru la perasan bentuk hotel tu.. Cantik tau.. jgn lupa Goggle.Intan baru Goggle Hotel Rotana tu 8 bintang, ada ke 8 bintang? Melampau! Tapi memang selesa sangat, bilik besar, pool besar, jakuzi, gym semua ada cuma makan je Intan tak dapat sebab tak sponsor, breakfast kat hotel mahal, tu pun kira untung lah dapat tiket free, penginapan free.. ok la tu. so Intan memang dah tau makan tak sponsor, dari KL Intan da bawa serba mak nenen jajan, maggie cup 20 jenis semua perisa ada, milo, soup segera, roti.. Uols pun kalau pergi mana-mana tempat bawa je makanan dari KL, lain lah kalau uols orang kaya macam semua hari hari raya. kira Havoc la.. Oo lupa nak mention suhu masa tu lebih kurang 40 ke 45c.. panasssss!!!!! memang menepek kat dalam bilik je, malam pun masih rasa bahang..

Seriously Intan tak berapa ingat currency kat Dubai ye la da 3 tahun kot, tapi mata wang Dirham kan? Malas nak Goggle da ni.. Intan bawa RM 1000 je bila convert dapat berapa eh.. Eh tak ingat la tapi dapat la Intan shopping 10 helai jubah.. #untunglah  Oooh ye, kalau uols nak beli jubah yang cantik,murah dan quality memang bagus beli dekat Naif Market. boleh nego.. tapi dorang ni macam belagak sikit.. hati hati la kalau nak nego. Intan nego sekali je, kalau tak bagi Intan cari tempat lain, kat sana semua orang jual jubah, jangan risau kalau dorang tak nak kurangkan harga sebab memang belambak.. kat sana pun ada carrefour tau.. kagum!! padahal biasa je kan. By the way Intan try recall. Kebetulan masa Intan nak pergi Hard Rock Cafe, tengah renovate pulak.. sedih sebab Intan memang suka baju HRC tu.. Kalau ada sesiapa yang pergi sana nak kirim eh.Pelis!!

Ok last, masa Intan nak pergi Dubai Mall, Intan jalan sorang je sebab member pergi meeting, dari hotel ke Dubai Mall lebih kurang 15 minit jalan kaki. Sampai mall Intan window shopping je, tak beli apa pun sebab agak mahal la dan rasanya benda-benda tu boleh dapat kat KL je. Lepas window shopping Intan pergi makan Mekdi, makan sorang je.. Memang LOSER!! Tengah sedap mengadap buger tu Intan terperasan ada satu mamat Arab ni dok perhatikan Intan.. i was like, who the hell are you bradeh? Dia tengok je Intan.. So Intan buat bodoh je la..  Arghh lantak ko la kan nak usha usha aku pehal, tau la aku hitam manis macam Beyonce.. Im a single ladieh Im a single ladieh.. Lepas tu Intan continue jalan, tergerak dalam hati ni nak pusing belakang, Ya Allah !!! Lelaki tu ikut Intan weh, Bila Intan masuk kedai dia tak ikut tapi dia tunggu kat pintu exit.. Dia follow je Intan. Masa tu memang nak nangis dah berdebar debar.. Intan terus cari teksi, dia tunggu je tapi jarak dia jauh la. Intan tahan teksi cakap ngn dreba teksi tu dia pulak tak paham bahasa Inggeris atau pun Intan yang cakap tunggang terbalik *ekceli level confident Intan cakap English not bad, boleh baca kat sini . Pung pung pang dengan dreba tu nasib dia nak hantar Intan, kalau tak...habis la...

Dah la, Intan nak muntah mengadap entry ni sebab dah seminggu tapi tak habis-habis  update. So Intan nak post je la.. Ada setangah gambar ada caption ada yg tak da. Enjoy Scrolling !!!

Toodler
IntanHappyTummy

Puas hati dapat view Burj Khalifa


Hitam kan.. 



Macam mana la Intan boleh terpikir nak potong rambut macam Beyonce ni

Off to Dubai














Wednesday, June 11, 2014

Hi Intan. Ni Kaksu Hack Blog Intan.

Assalamualaikum.

Intan. Bila nak update entry baru? Lembap la Intan ni. Takyah la berangan nak buat entry panjang-panjang. Cerita je la apapa pon. Ni readers Intan semua dah tunggu ni. Tak habes-habes merepek je dengan Si Apis tu. Kawenkan dengan Apis je baru Intan tau. 

Pastu kan, kemain eh semalam punya entry ramai komen? Oooo betul eh bukan Intan yang komen sendiri guna anomonis? Kang nanti tetiba je, 'Kak Tsu, Intan nak buat pengakuan. Sebenarnya _________'. Hahaha. Ok ok. Kalau Intan dah ada follower sendiri good for U. 

So jangan lupa janji kiter Sabtu ni. Ahad pulak kiter makan kat kedai Kak Huda. OK? Intan check in rumah Kak Tsu je la Sabtu Ahad ni. Senang. Ok? Lagipon dah lama tak jumpa Shein kan?

Last but not least, LEKAS UPDATE ENTRY BARU!

From,
Kaksu

P/s: Sorry Kak Tsu hack blog Intan. Hahahaha


Skirt pwincess favorite Intan.

Tuesday, June 10, 2014

UPDATE

Assalammualaikum


Kak Tsu tiap tiap hari tanya " Intan, bila nak update blog?" Aduh.. pening jugak sebab ada tukang reminder macam tu.. Sekarang ni Ira pun rajin pulak tanya "kak! bila nak update blog? " 

Macam mana la nak update blog, bila buka je page ada 1 online users.. kecewa!! Walaupun readear hanya kak su dan Ira. Thanks sahabat ku..

Toodless
IntanYg Kecewa