Friday, May 9, 2014

Macam-Macam Teringin (Entry Emos)

Sesekali kurasa teringin.. Melewati hatimu yang dingin.. Mendengar keluh resah.. Semenjak ku kehilanganmu.. Haaa... Tu dia.. Padu bak ang.. Hari Jumaat nak feeling teringin la kehilangan la bagai...  Anyway, Assalamualaikum semua!

Rasa teringin ni jahat tau.. Sebab dia kan buat Intan rasa nak makan itu nak makan ini, nak buat itu nak buat ini, nak beli itu nak beli ini, nak jalan sana nak jalan sini. nak pakai macam ni, nak pakai  macam tu, nak cantik macam Siti Nurhaliza, nak rasa enjoy dan bagi 4 bintang macam Nora Danish.. Nak Diam Diam Jatuh Cinta Mata bertentang mata..Sekali Ramlah Ram daa..Eee banyak rasa teringin.. (Apa dah ko merepek ni Intan) - ni kaksu yang edit ni.

Intan belum kawin, bila tengok orang kawin dapat anak teringinnn nak ada anak juga. Macam kak Su and Dyba tu, masing masing dah anak (Shein and Sofea) comel, gemok debab, peha tangan berketak ketak macam tebu, mengada. Si Shein tu, kalau Intan landing landing kt badan dia, dia picit picit je muka Intan, kaki dia selamba je letak kat kepala Intan, pipi Intan ni dia cubit cubit je, patut ke? Nasib comel.

Mak dengan anak sama je suka buli Intan. Waaaa nak kawin nak kawin nak kawin.. Intan suka betol dengan baby, sampai adik Intan cakap "Kak.. boleh tak jangan obses dengan anak orang?" Pergghhh menusuk kot. Tapi Intan percaya pada qada dan qadar tuhan. Jodoh ajal maut di tangan Allah. Sama sama doakan Intan supaya cepat kawin eh. Amin.. *Sape sape ada sedara mare yang single boleh la kenalkan mana tau kita berbesan..hahaha (Kenapa dah desperate sangat ni Intan? - Kaksu edit.

Teringinnya nak jadi tinggi macam Ira. Ira da la kurus tinggi. Mesti best kan jadi tinggi, tak payah nak susah payah pakai heel bagai. Bila tinggi confident level terus up, pandang orang pun dengan ekor mata je.. Bak kata Ira beauty is pain. Sebab tu Intan sanggup pakai heels dari Sungai Wang jalan kaki ke Pavilion dengan kasut tinggi.

Jodoh itu rahsia Allah, Selagi belum kahwin kita tetap tak kan tahu siapa jodoh kita... (Yer la tuuuuuuu) Sudah-sudah la Intan kau nak berdrama. Kaksu publish je la! Haha.

Okla. Kaksu promise by next year Intan kawen. Sudah-sudah la nak sedih-sedih. Sabtu Ahad U lepak rumah I ok?

Toodles!

Kaksu kata gambar ni paling cantik




4 comments:

Anonymous said...

:)

Anonymous said...

betul intan... awak cantik... insya-Allah, jodoh itu pasti datang.. AMIN..

Chooyaya! said...

Ni anonyous ni bukan Intan kan?

Anna Dayana said...

BUKAN!!!!!!!! T_T