Friday, August 7, 2015

Assemoga Izy!

Hello Hi Semuaaa…!!

Harini birthday Izy so kitorang ambik gambar sama-sama macam biasa. Intan cakap nak pakai maroon, semua orang setuju. Kaksu je la macam moody sebab dia dah rugi RM640.00 sebab salah pilih tarikh masa book hotel dekat Genting Highland. Dah siap bayar pon. Dia kata salah Intan dengan Abang Saz sebab masa dia book tu, Abang Saz and Intan sesama asyik call dia sebab nak pilih tempat. Kejap kang Bukit Tinggi, kejap kang Genting Highland, ni last-last kitorang pergi Morib pulak dah. Habes semua Kaksu book and bayar. Book 3 tempat, perginya satu tempat je. Hahahaha. Betul orang kaya dia ni. Kalau duit tu bagi Intan beli baju Garfield lagi bagus dari membazir macam tu jer.

Intan memang tak suka panas-panas ni. Dah la pakai baju kurung moden. Ketiak basahhhhh. Kali ni Intan dah terror sebab tak pakai heels dah macam birthday Sarabanon yang lepas. Kalau pakai heels lagi la sakit kaki. Jauh kot kami jalan kaki dari office ke Traders Hotel? Kaksu tu pakkal la dia suka ambik gambar. Kalau tak, Intan rasa dia memang sanggup bawak kereta nak pergi ke Traders, walaupon jarak sekangkang kera je. Sebenarnya Intan pon tak suka jalan kaki jauh-jauh tapi sebab birthday Izy takper la, Intan korban. Lagipon kami sama-sama tadek BF so kena la support each other.

Masa dalam lift nak naik office, Kaksu memandai suruh Pakcik office mana entah doakan Intan cepat jumpa jodoh. Dia tu memang tau? Tu Intan selalu cakap, ‘Suraya ko ni bodoh la’, Hahaha. Kaksu tak marah pon sebab dia tau Intan bergurau. Anyway, untuk Izy Happy Birthday Intan ucapkan. You muda lagi, baru 27 tahun memang takper kalau tadek BF. Enjoy la dulu. Kalau macam I ni yerla kena risau kalau tadek BF. Nanti Intan kawen je, terus nak pregnant. Tak sempat dah nak honeymoon ke apa. Kena ada anak 3 orang sebelum umur 40 tahun. Hahaha. Okbye!

Toddles,
IntanKetiakBasah



Yes. Intan paling depan!

Wednesday, August 5, 2015

Hello Semua!

Hello, Hi and Assalamualaikum....Salam semua!

Selamat Hari Raya! Rasanya masih tak terlambat lagi untuk Intan ucapkan Selamat Hari Raya walaupon dah masuk Syawal yang ke-20. Sorry Intan dah lama tak buat entry baru. Intan memang bizi giler. Dengan kerja, study, Garfiield kucing Intan. Memang bizi sangat-sangat kalah PM. Haritu ingat lepas exam dah tak bizi, nampaknya Intan bizi jugak lagi. Alhamdulillah Intan still survive and hidup sampai sekarang. Exam pon dah lepas and Intan dah nak masuk Part 3 dah pun. A long way to go untuk dapat segulung Ijazah. Tapi Intan akan tetap berusaha sampai la habes study. Dugaan memang banyak. Kekadang Intan rasa macam nak give up pon ada. Sedih sangat.

Dengan kerja lagi macam naharom jilake, (astaghfirullah) lepas tu nak study exam semua, dengan semenjak duduk office baru ni, kena berulang naik LRT dari Gombak ke Platinum Park and jiwa Intan yang kosong sebab MASIH SOLO SAMPAI SEKARANG, Intan rasa sangat la tough ok? Kekadang Intan nanges sorang-sorang. Intan macam tak dapat sokongan dari segi jiwa, gitu. Kekadang Intan taip meses dekat Kaksu, taip delete taip delete tak hantar pon. Lepas tu Intan nanges. Intan taknak ganggu Kaksu. Dia nampak macam busy and happy dengan Shein and family dia. Kekadang Intan tengok Kaksu ni macam tadek masalah dalam hidup dia. Semua smooth je. Boss baik, anak comel, suami sporting. Kaksu pon rajin kemas rumah, masak sedap lepas tu Kaksu selalu buat orang happy. Intan rasa sebab tu dia selalu happy. (Tetiba cerita pasal Kaksu pulak). Hehe.

Intan teringin nak ada anak, family macam Dyba, Sarah and Kaksu. Nampak seronok je. Lagipon Intan enjoy jugak beli baju untuk anak buah Intan yang bakal lahir bulan depan. Korang doakan la eh? Ni pon Dyba and Kaksu dah main janji-janji nak pretnen sama-sama. Dorang bagi Intan tempoh sampai hujung tahun untuk Intan kawen. Kalau Intan tak kawen jugak, dorang nak proceed pretnan 2 orang je. Sedih la macam ni. Apapa pun Intan tetap bersyukur sebab family Intan semua ok-ok and tadek masalah. Kawan-kawan pon always bagi support. So bila Intan fikir balik, ok je study ni sebab at least Intan tadek la asyik nak fikir pasal kawen je. Intan busy dengan study cuma tu la. Kaksu tu tak habes-habes suruh Intan berenti belajar je. Dalam ramai-ramai dia je yang tak support. Kaksu tak support sebab dia kata Intan dah lama tak datang rumah dia. SEBAB TU JE PON. Kaksu ni selfish tau?

Oklah. Tak boleh nak cerita panjang sangat. Ni pon Intan curik masa sikit-sikit buat entry ni, mana tau ada yang rindu Intan ke? Hehe. Kata Kaksu, haritu ada yang email Kaksu tanya pasal rahsia kecantikan Intan. Hehe. Korang ni pandai kan ambik hati Intan. Macam Intan, Intan memang amalkan Innershine Pati Prune and guna Safi Rania. Itu sahaja. Tapi Intan memang ambik dah lama. Alhamdulillah kulit Intan makin lama makin banyak improvement. Korang pon cuba la. InnerShine tu Intan beli 3 4 kotak sebulan. ikut bajet. Sehari makan 1 botol. Sesapa yang sun-burn, elok minum Innershine ni, cepat la hilang rentung tu. Intan sebenarnya cuba-cuba je minum. Walaupon tak sun-burn, tapi Intan punya kulit gelap. Tak sangka bila minum kulit putih pulak. So Intan menten la. TQ Innershine!

Last but not least, Intan hope untuk tahun ni akan ada miracle dalam hidup Intan. Kata Kaksu, Intan baik, suka mengalah dengan adik-beradik and family, suka happy kan orang, so satu hari nanti mesti Allah balas yang baik-baik untuk Intan. InsyaAllah..... Tak zabar Intan nak tunggu miracle to happen. Till then, korang take care ok? 

Bye!

Toddles,
IntanKuKesepian


Tak kawen lagi? Ada aku kesah? Hahahaha

Wednesday, March 11, 2015

BIZI!! Ada yang kesah ke???

Assalamualaikum..

Hello. Lama betol tak update entry kan.. Rindu nak merepek tapi memandangkan Intan sekarang ni sebok nak mencapai cita-cita sehingga ke menara gading TAPI..bukan dalam bidang lakonan laaaa.. Hahahaha.. Intan sibuk belajar, sibuk buat assignment baca buku nak test la, mock quiz la.. segala mak nenen yg berkaitan dengan belajar lah senang cite..

Macam ni la life sekarang, kerja sambil belajar. T_T.. Kalau Intan ngomel depan kak su pasal penat la stress la, nanti kak Su dia akan tanya Intan  macam ni "Intan suka dengan kehidupan Intan macam ni? Dulu masa kak su ajak Intan lepak, intan sebuk berniaga, sekarang ni bila kak su ajak lepak intan sebok pulak nak study"  Drama sangat tau... Dah tu nak buat macam mana.. masa kecik kecik mak suh belajar tak nak... asyik nak berlakon je dah besar besar tua bangka ni barulah nak study.. baru lah sebok ngko nak mencapai cita cita sampai menara gading.. T_T Ongkata belajar tu tak kira usia.. Belajar itu kan satu ibadah!!! Iye ke edok..

Sebenarnya susah juga kan kerja sambil belajar ni?.. mana nak bahagikan masa untuk menggalas kerja kerja setiausaha, belajar, social dengan pelakon pelakon lain.. Aduh!! stress ooo... Mula mula kan Intan memang tak dapat nak terima Intan kena berhadapan dengan semua ni.. memang rasa da give up betol rasa macam arghh malas la nak study.. kerja je la jadi setiausaha sampai umo 60 tahun itu pun kalau syarikat rasa Intan ni ada kepentingan.. Tapi bila hati kecil berkata " Intannnnn ko belajar..untuk masa depan ko...walaupon ko da tua tapi masih cantik masih single masih lagi director Ahmad Nisfu nak amik ko berlakon.. Teruskan usahamu Intan.. ******eh heloooo sister wakeup!!! berangan je....

So Intan pun teruskan juga belajar..Sekarang Intan dah berjaya naik satu level, which is i am in semester 2 at UITM.. Wow!! bangga dengan kebolehan diri sendiri walaupun masa sem 1 tu macam macam dugaan rintangan halangan cabaran tapi Intan usaha..Akhirnya berjaya.. Alhamdulillah!! Lagi sekali sebut... WOW!!! Perkara paling mencabar masa belajar ialah EXAM.. emm boleh tak kalau kerajaan buat satu sistem yang mana bila belajarrrrr je tak perlu ada exam, belajarrrrrr je sampai habis sem..tau tau da grad? Hehehe.. melainkanlah kalau berlakon? perlu casting.. Haa tu perlu tu perlu.. kah kah kah..

Berbeza tau cara belajar full time dengan part time ni.. Full time ni tiap tiap hari ko kena bangun awal, tiap tiap hari ko nak melawa sakan.. ye arr nak berhadapan dengan lecturer (lelaki) yang konon hensem tu.. Belajar ke mana focus ke mana.. Melainkan ko betol betol menanam sikap untuk berjaya dalam pelajaran ko dan memberi kebanggaan kepada parents ko.Haaa ko hado?.. Full time kelas ko memang da di jadualkan untuk belajar itu belajar ini, quiz itu quiz ini, presentation dan sebagainya.. Berbeza pulak dengan student part time macam Intan ni.. Kena buat jadual belajar sendiri, pastu kena buat revision sendiri sebelum start kelas (ahad sahaja ok....sungguh kejam) pastu kena buat buat paham kalau ada certain perkara yang tak jelas sehingga lah ko jumpa lecturer ko pada hari ahad ataupun ko boleh terus online dalam student portal if ada subject yang ko tak paham so boleh terus usulkan kat situ.. Lagi pula semua bahan bacaan macam slide, notes kena print out sendiri.. Semua tu cost ok cost.. tak nak print pun xpe uols boleh save and masuk dalam ipad je tapi tak style la... kata student kan.. mesti lah sebok sebok dengan kertas pastu ko nak menconteng note tu dengan mind map bagai pen warna warni lah... jap jap pen biru pastu amik pen hijau pastu amik pulak highlight.. hahaha pui!!!!  Kalau tak pass gak exam tu tak tahu la mak Jemah...

Now Intan dah belajar macam mana nak kerja sambil belajar, first kita tau je subject apa yang kita da register untuk sem tu every day check dalam portal if ada lecturer upload slide atau note dan study bab tu.. sehari sekali la tengok if ada lecturer bagi tips ke apa ke.. Pastu balik umah baca lagi buku at least sejam menelaah  tak paham pun takpe at least kita aware nanti bila lecturer tengah membebel kat depan kita.. takde lah ko ternganga melopong je.. Kelas da la sebulan dua kali setiap ahad pulak tu.. orang tengah berkeroh keroh tido, kita da siap siap nak pergi kelas.. sedih sangat.. Takpe Intan.. bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian..

Apa yang kita sedang usahakan kena teruskan juga... Jangan berhenti separuh jalan jangan patah balik, jangan pandang belakang, jangan pandang belakang congkak.. chayok chayok!! ok lah guys.. Intan nak baca buku subject Business law.. Baru tengok slide kedua da menguap banyak kali.. apa pun tak boleh.. Wish me luck!!! Bye


Toodled
IntanBiziBelajar

Monday, December 15, 2014

Jangan la boss

Assalamualaikum.. (baca dengan low tone.) Hari ini memang rasa bengang dan tengah membara.. Darah terus naik ke muka.. Merah rasanye.. Dapat rasa ooo... Orang kata kalau tengah marah kita beristighfar.. Tapi Intan tadi tengah marah tak ingat apa.. Habis semua kereta Intan langgar tadi.. Aaaaa TIPU!!! Dapat control sebenarnya...

Actually pagi tadi mood Intan ok, sebab Intan baru je whatsapp kawan Intan (Lelaki tapinya), Takde apa pun just nak wish good morning dan bagi kata-kata semangat sikit.. Haaa dengar macam nak tackle dia kan? Ada la sikit sikit mana tau ada jodoh.. Kita usaha tapi Allah yang tentukan.. Nampak tak Intan usaha tu walaupun terpaksa jadi muka tembok. Mesti kawan Intan tu macam pk " erk pompuan ni pehal pagi-pagi whatsapp good morning." Tapi tapi i dont mind pun ko nak pk apa, yang penting aku usaha... Eh!! jap, nampak desperate tak klu macam tu? Tak kot... Hik hik hik..

Haa ni nak cerita kat korang, Intan bengang pagi tadi sebab dapat call dari boss Intan, kalau cakap       elok- elok tu kita boleh terima teguran dia tapi ni marah kita macam kita ni budak sekolah darjah 4 yang mana bila ada homework tak siap.. Eh hello common lah... syarikat dah bagi dua pilihan kan nak masuk kerja pukul bape. Jangan la nak control hidup i boss.. Please!!!..  6 tahun i sabar dengan perangai u,  6 tahun tahan muntah tengok document, 6 tahun tahan tekak makan kat kafe.. Appreciate la i sikit boss, i x minta dan paksa u untuk kawin dengan i..Eh? hahahaha.. Tak nak pun kawin dengan dia..

Pagi pagi dalam kereta sepatutnya kita kena beristighfar banyak-banyak, supaya bila kita masuk kat office bos tengok kita dengan hati yang tenang dan terbuka dan di permudahkan urusan kerja dan di buka pintu rezeki.. Tapi Intan dalam kereta layan henpon, layan game tu yang asyik kena marah je.. Tapikan, nak marah Intan sebab datang kerja lambat? Eeee nonsense.. Intan datang pun ada lagi 30 minit sebelum office hour, barangkali boss rindu la tu kat Intan..Tapi tak payah la nak marah  kot iye pun rindu..Jangan la jadi hipokrit boss nak mengaku.. Kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan seperti suka melihat setiausaha yang cantik ala-ala Dato Siti Nurhaliza.. Emmm.. Ok ok jangan la jelir lidah tu.. Intan tau korang cakap perasan gila pompuan ni.. Biasalah manusia kan memang suka perasan cantik.. Berangan free kan..tak salah kan..

Intan rasa boss Intan tu memang suka je nak suh Intan mengadap muka dia dari jam 8.15 sampai 5.15. Baru tenang hati dia kan, ye la..mana tak tenang, mengadap muka secretary yang ala-ala Dato Siti kan. Hahahahha.. Tapi Intan nak privacy la boss, please la paham..Jangan la buli Intan boss.. Bagi la kebebasan pada Intan boss.. T_T Boss suh Intan masuk awal, ok fine I masuk awal tapi bagi lah balik awal juga ni tak..drag sampai kol7.. Dua jam tu Intan tak buat apa apa pun.. muntah keluar pun masuk balik.. Intan tak tahu la function Intan tunggu dia meeting, bukan masuk sekali dalam meeting buat minute ke atau buat-buat sebok ... Cuma abis meeting tu boss call Intan suruh call driver dia naik atas amik bag dia? i was like ????/ @#$%^%$##... Dah memang gitu caranye.. Pasrah je la..

Kepada boss, walaupun boss tak tahu Intan tengah cerita pasal boss, di harap boss maafkan Intan ye.. Boss tolong la ubah perangai boss yang suka control dan concern pasal Intan.. Intan appreciate sangat tapi jangan lo over boss..

Toddles!!
IntanKehilangan