Dah bertahun kan Intan tak update blog ni? Intan memang malas dah nak update apapa. Tapi Kaksu la, selalu jer paksa Intan tulis blog. Dia kata sayang kalau Intan tak teruskan sebab sebenarnya Intan ada jer readers. Hehe. Betul ker ada readers? Macam tak caya jer. Tapi tadi tengok dekat feed, siap ada readers dari Rusia. Sapa la yer? (^_^)
So, harini Intan curik masa sikit untuk buat entry baru. Bila tulis entry baru dengan menggunakan ayat-ayat macam ni, tiba-tiba Intan rasa macam Intan gadis kampung yang suci jer. Yang pergi cuci kain dekat telaga belakang rumah sambil berkemban. Haha. Apa kena mengena entah.
Intan bizi sangat lately and macam-macam aktiviti Intan buat dekat office and jugak dekat rumah. BTW, ingat lagi tak kucing Intan yang nama Boyot tu? Dia dah takder tau? Dah meninggal. Tapi anak-anak dia banyak lagi dekat rumah tu. Papa Intan taknak jual kucing-kucing tu. Kadang-kadang Intan semak jugak, tapi nak buat macam mana kan? Kang nanti kalau Intan bersuara, kena marah pulak dengan Papa Intan T___T
Baru-baru ni office Intan ada buat Majlis Khidmat Bakti dekat Grand Season. Intan masuk menari dengan kawan-kawan office. Kaksu pon ada masuk. Kalau nak tengok gambar, sama jer macam yang dalam blog Kaksu. Tapi yang peliknya, asyik gambar Kaksu jer yang banyak. Tensen Intan. Dia tu semua taknak kalah tau? Nak menari pon, rebut-rebut dengan Intan nak duduk line depan. Nasib baik masa tarian pembukaan yang joget tu, Intan dapat duduk depan (akhirnya). Tapi time Bollywood Kaksu jugak duduk tengah. **Bengang.
Ni gambar terbaru Intan. Masa ni half done. Cantik kan dia mekap mata? Intan love the make up very much! Masa ni kiter semua tak pakai full costume lagi :)
Yang ni pulak masa breakfast dekat hotel. 2 orang tu kawan office Intan. Masa ni Kaksu pon ada. Ni dia la ambik gambar ni.Sekarang dekat office Intan dah ramai orang-orang muda masuk. Tak macam dulu. Semua makcik-makcik jer. Boring sangat. Sekarang dah ramai kawan. Macam-macam aktiviti kitorang buat. Main futsal sama-sama, karaoke and buat potluck.
Hari tu buat potluck 2 kali. Sekali tu Intan bawak nasik, Kaksu bawak lauk. Pastu 2nd time Intan bawak spaghetti jer, Kaksu bawak gravy. Haha. Kelakar kan? Intan bawak yang simple-simple jer. Kaksu yang sungguh-sungguh. Tapi at least ada jugak contribution..
Lagi sepuluh hari nak gaji. Intan dah janji dengan adik Intan nak belikan dia Poloroid Camera. Korang tau tak jenama apa yang bagus and murah? Sebab Intan dah janji nak belikan adik Intan. Kalau tau jangan lupa share dengan Intan yer?
Till then, bye! Jaga diri tau? Mmmuahh!

