Thursday, February 18, 2016

Intan Lulus Exam. Syukur.

Hi Semua
Assalamualaikum (Tak jawab dosa)

Intan ada berita happy ni nak share. Intan nak bagitau yang Intan lulus SEMUA subject. Alhamdulillah. Tapi grad nyawa-nyawa ikan je la. Hahahaha. Kira ok je bagi Intan asalkan tak payah nak repeat apapa paper. Yayyyy!! Paling best Mandarin Intan dapat A-. Berbaloi la usaha Intan tak tido siang malam sebab study. Huwaaaaaaa Intan rasa terharu sangat and bangga dengan diri Intan. Walaupon semalam Intan frustrated kalah masa (OMBI) Oh My Bahasa Inggeris program dekat office Intan ni, and team Kaksu and Sarah menang, tapi bila dapat tau Intan lulus exam rasa macam fuhhhh!! Lega sangat-sangat-sangat. Intan memang tak harap apapa. Bagi Intan, lulus ni pon dah syukur Al-hamdulillah.

Oh, yang OMBI semalam tu kitorang main game Charade. Korang tau kan yang game sorang buat gaya tapi tak boleh sebut and yang lain kena teka apa ayat tu? Ayat dah la susah-susah team Intan dapat. Kaksu tu pulak, bukan team dia pon sebok sama nak teka. Bising je. Intan memang tak puas hati la team dia menang sebab En. Rosxx tu mesti akan bagi Kaksu team dengan Sarah. Tengok list team Kaksu pon Intan tau memang dorang la ni champion. Nanti Intan nak buat bantahan kalau lepas ni Kaksu + Sarah sama team lagi. Intan nakkan keadilan.



Ni masa program OMBI semalam dengan Kaksu

Anyway, esok dah janji dengan Dyba, Kaksu, Izzah, Izzy and Kaklong nak makan Pizza untuk #IntanCelebration sempena dengan Intan lulus exam ni. Tapi bayar sendiri-sendiri la sebab duit Intan dah habes RM4,000 buat charity harini. **Sakitnya hati Intan.

Toddles
#IntanHappybutSad

No comments: