Tuesday, May 27, 2014

Kisah Langkah Bendul

Assalamualaikum geng!! (Waalaikumsalam - Kaksu jawab)

Hemm tahun ni bulan November adik Intan aka MEKDA nak kawin.. Alhamdulillah sudah sampai jodoh.. Kakak dengan abang dia juga yang tak kawin lagi ni.. Intan perasan tau, setiap entry yang Intan merepek mesti ada pasal kawin.. Eee macam desperate kan bunyinye.. Mana tak desperate, bila da masuk 3 series  ni kira da macam lambat atau senja, member- member Intan yang umur 22 pun dah kawin pastu dapat anak umur 23, bestnye muda-muda dah dapat anak. T_T . Kilang proses anak pun boleh valid sampai 20 tahun, ni Intan kalau kawin tahun depan, malam pertama terus on je.. Belasah je lantak la orang nak kata bunting pelamin memang dah tak sempat da ni... (Berangan je ko ni Intan - Kaksu)

Bila nak dekat cuti sekolah ni mula la "posto posto" dang!!! Kad jemputan kawin!!! Lepas tu stress lepas tu menangis pikir kan nasib "aku bila lagi nak kawin" tapi pergi juga kenduri sebab fikir nanti kalau Intan kawin takder sape yang nak datang. Ada juga tau orang berpikiran macam ni "Ooo kenduri aku aritu ko tak datang kan? So aku malas nk pergi kenduri ko" Sepatutnya mana boleh pikir macam tu sebab mana lah kita tau orang tu femes so sampai dapat 10 jemputan nak pergi..? Mampos "Maafkan lah dia". Ok Ok tak citer pasal kawin lagi, malas nak fikir kalau kita fikir tak jadi dia tak nak datang.. (Apa Intan merepek ni?)

Memandangkan Mekda nak kawin, petang semalam dia WhatsApp Intan, itu pun nak WhatsApp, padahal petang tu balik sekali kot, Intan drive dia dok sebelah main hintek (Handset) sambil goyang kaki, Puan Sri (Mama Intan) duduk kat belakang terus lena padahal baru je kuar dari basement tak sampai 1 minit. Family kita orang ni memang ada problem komunikasi sikit, bila ada depan mata tak nak cakap, bila tak ada, smash kat orang lain *papa Intan yang suka smash orang lain.. Bila dia marah abang, tak nak pulak sound tepek atau face to face ngn abang, dia pergi sound Mama, Mekda, Gen (Adik Intan). habis semua kuten kuten pun kena maki hamun.. Pa kucing tu tak paham mereka tak bersalah pun.. Intan akui memang family Intan ada masalah untuk bercakap bersembang dengan ahli keluarga. Macam Family Kaksu lain. Dorang rapat and jenis berborak boleh lepak sekali. Mama tu, besday Intan dia boleh wish dalam handphone je padahal dia baru selisih turun tangga dengan Intan.. Porke mama porke? 

Balik pada citer Mekda tadi, dia WhatsApp Intan tanya "Kak! ko nak apa nanti? Kan langkah bendul? Nak tunggu ko kawin lama sangat. Ko ingat ko cantik sangat ke kak nak demand?" Pastu Intan reply la "IPHONE 6" *tibe2 terasa macam melampau.  Mekda reply dia kata mahal and takde budget sebab nak pakai duit banyak. So ko pilih nak cincin belah rotan @ baju persalinan @ set makeup. Bencik la.. Tak nak benda benda tu semua aku dah ada, aku tak nak.. (Intan, amek la cincin. Nanti dah dapat jual la. Top up buat beli Iphone 6 - Kaksu)

P/s : This entry edited by Kaksu sebab dia kan macam cikgu. Kerja sekolah kena check dulu. Haha. Untuk Intan, jangan la stress sangat tau? Jodoh tu akan ada. Yang penting, are U ready to move on? Sampai bila? Tu Intan je ada jawapan. Kaksu taknak cakap banyak sebab nanti Intan cakap Kaksu kuat membebel. Kiter ni hidup makin hari makin tua, bukan makin muda. Ok? Kaksu doakan Intan bertemu jodoh dengan cepat. Kaksu tau, Intan memang suka dengar apa yang Intan suka dengar je. Bab nasihat, tazkirah semua Intan tak suka dengar tapi selagi Intan sendiri tak keluar dalam zon Intan sekarang, selagi tu takkan ada apapa yang terjadik. Ingat. USAHA, TAWAKKAL DAN DOA. Bukan berdoa dan tunggu. Macam tu apa pon tak jadik. -Kaksu-

Dari kiri Gen, Mekda, Intan 

Toodles!
Intan Yang Comel

Monday, May 19, 2014

Kecoq ayaq liuq aiihh!!!

Assalamualaikum semua.

Bulan Rejab ni dah dua minggu Intan puasa sunat dan ganti puasa.. uols da ganti puasa? Hopefully semuanya dah setel jangan last minute buat kerja.. Emm tak lama lagi puasa dah nak mula lepas puasa nak raya pulak lepas raya tahun baru, pastu umur Intan pun tambah lagi satu angka..Hohoho.. Dah! malas nak fikir-fikir nanti mati cepat sebab stress. 

Intan sebenarnya kan  teringin nak makan lemak cili api air mata berdarah kaw-kaw..Haaa baru puas hati berbuka dapat makan sampai mengalir air mata.. Sedapppnye lemak cili api tu.. Yang paling Intan suka Udang masak lemak cili api.Perghhhh!!! mana nak dapat eh masak lemak yang terpaling sedap? Any suggestion guys? Nak tahu tak, Intan buli driver bos Intan suh masak lemak cili api, esok dia kena bawak kalau tak, dia tahu la nasib dia lepas ni.. Abg Man ni driver je tapi bab makanan memang dia pandai.. Kagum lelaki pandai masak * ciri lelaki idaman. 


Ok guys Selamat menikmati!!

Toodles!!

Kecoq ayaq liuq tengok udang tu woiiii
this photo taken from here

Friday, May 16, 2014

MADER oh MOTHER

Selamat pagi cikgu #gayaupinupin.. 

Harini 16.5.2014 adalah Hari Guru.. Emm nak wish kat cikgu,Intan pun dah tak ingat nama cikgu- cikgu yang mengajar Intan. Tapi ada la sorang cikgu tu nama dia "Cikgu Rosnah" dia ajar Bahasa Melayu masa Intan darjah 6, orang yang nama Rosnah ni memang bengis eh, memang garang eh mulut leser. Intan ingat sampai bila bila nama dia sebab dia marah Intan dia kata " kenapa la kau tak mampos dari kecik" Apa yang dia sakit  hati dengan Intan pun tak tahu lah..berani dia cakap macam tu tapi masa tu Intan bodoh lagi tak paham maksud dia. Kalau Intan jumpa Cikgu Rosnah ni Intan nak tunjal kepala dia.. #barupuashati. Hehehehe..  Eh takkan la Intan nak tunjal, mestilah nak ucapkan terima kasih kat dia.. 

Sebenarnya Intan nak bagi tau uols, 16.5.2014 ni hari jadi MADER Intan, Puan Salmah aka Sally.. Orang kat opis panggil dia "Sally", nama nak glamour je, nama kampung tak nak layan..Amboii dah pandai ye orang tua zaman sekarang. Nama Faridah panggil Fay je.. cis!. Mak Intan keja sama tempat dengan Intan tau, pergi keja balik kerja dengan mak (macam tak de life kan), nak jadi kan citer adik Intan pun keja sekali kat sini, dah pulak tu kalau naik lif sama- sama 3 beranak than bila officemate mader jumpa mesti dia kata "wowww family business eh" eeee bengang je. Lagi satu perangai Mader kalau naik lif ke turun lif , pastu dalam tu ada officemate ke bos  dia mesti dia nak introduce "kak Zai ni anak saya Intan, yang lagi satu ni anak saya juga Syuhada" semua orang dia nak kenalkan.Tak payah arrr..tak juga dapat calon suami kan.. HUHUHU

Intan     : Ma kotak yg besar tu kat mana?
Mader  : ada kat dalam BEN.. 
Intan     : apa dia ma? Ben? apa Ben tu?
Mader  :Ben la.. sambil tunjuk kat Ben tu..
Rupanya VAN.. Ma bukan BEN tapi Van..

Intan    : Ma tau gosip tu dari mana?
Mader : Dari TB..
Intan    : What? TB? 
Bukan TB la ma TV. adoooo

Mader  : nah! amik no dia ni 012351****
Papa     : Nombor sape ni?
Mader  : Saripah! 
Intan     : SHARIFAH arrr...*bengang sebab mader suka main sebut. 

MADER!!! sama tak muka 


Selamat Hari Lahir Mama, semoga usiamu sentiasa berada dalam ketaatan kepada-Nya. Aminnn

Toodles!

Friday, May 9, 2014

Macam-Macam Teringin (Entry Emos)

Sesekali kurasa teringin.. Melewati hatimu yang dingin.. Mendengar keluh resah.. Semenjak ku kehilanganmu.. Haaa... Tu dia.. Padu bak ang.. Hari Jumaat nak feeling teringin la kehilangan la bagai...  Anyway, Assalamualaikum semua!

Rasa teringin ni jahat tau.. Sebab dia kan buat Intan rasa nak makan itu nak makan ini, nak buat itu nak buat ini, nak beli itu nak beli ini, nak jalan sana nak jalan sini. nak pakai macam ni, nak pakai  macam tu, nak cantik macam Siti Nurhaliza, nak rasa enjoy dan bagi 4 bintang macam Nora Danish.. Nak Diam Diam Jatuh Cinta Mata bertentang mata..Sekali Ramlah Ram daa..Eee banyak rasa teringin.. (Apa dah ko merepek ni Intan) - ni kaksu yang edit ni.

Intan belum kawin, bila tengok orang kawin dapat anak teringinnn nak ada anak juga. Macam kak Su and Dyba tu, masing masing dah anak (Shein and Sofea) comel, gemok debab, peha tangan berketak ketak macam tebu, mengada. Si Shein tu, kalau Intan landing landing kt badan dia, dia picit picit je muka Intan, kaki dia selamba je letak kat kepala Intan, pipi Intan ni dia cubit cubit je, patut ke? Nasib comel.

Mak dengan anak sama je suka buli Intan. Waaaa nak kawin nak kawin nak kawin.. Intan suka betol dengan baby, sampai adik Intan cakap "Kak.. boleh tak jangan obses dengan anak orang?" Pergghhh menusuk kot. Tapi Intan percaya pada qada dan qadar tuhan. Jodoh ajal maut di tangan Allah. Sama sama doakan Intan supaya cepat kawin eh. Amin.. *Sape sape ada sedara mare yang single boleh la kenalkan mana tau kita berbesan..hahaha (Kenapa dah desperate sangat ni Intan? - Kaksu edit.

Teringinnya nak jadi tinggi macam Ira. Ira da la kurus tinggi. Mesti best kan jadi tinggi, tak payah nak susah payah pakai heel bagai. Bila tinggi confident level terus up, pandang orang pun dengan ekor mata je.. Bak kata Ira beauty is pain. Sebab tu Intan sanggup pakai heels dari Sungai Wang jalan kaki ke Pavilion dengan kasut tinggi.

Jodoh itu rahsia Allah, Selagi belum kahwin kita tetap tak kan tahu siapa jodoh kita... (Yer la tuuuuuuu) Sudah-sudah la Intan kau nak berdrama. Kaksu publish je la! Haha.

Okla. Kaksu promise by next year Intan kawen. Sudah-sudah la nak sedih-sedih. Sabtu Ahad U lepak rumah I ok?

Toodles!

Kaksu kata gambar ni paling cantik




Thursday, May 8, 2014

Oh My Kuten

Hi everybody..

Make it short, hari ni Intan nak berbuka puasa dekat umah Kak Su, uols kenalkan kak Su yang suka buli Intan tu.. Dia kata hari ni nak masakkan Intan Kwayteow goreng kerang udang TAPI dengan syarat kena jadi bibik iaitu jaga Sheindongkedondong (anak dia) .. Kalau kak Su masak selalunya memang betol betol ho liau..memang sedap nak mampos oi..

Nanti Intan update untuk next entry..pasal apa eh.. apa apa arrr. ok bye.. i love u thank you see u tomorrow tomorrow never die

Toodles 

Ni la KUTEN yang Intan kena jaga sat lagi.. Adoooo

Wednesday, May 7, 2014

Sedapnya Nandos!

Hi All,

Intan puasa harini. Isnin pon puasa. Dengan Ira. Sebab nak ganti puasa yang tahun lepas. Bila Kaksu tau, dia kata kenapa tak janji dengan dia jugak? Pastu dia perli Intan cakap Intan dengan Ira kawan baik. Haha. Dia kata dia nak puasa sama-sama tapi masa hari Isnin tu, pukul 11.30am dia dah mengamok-ngamok cakap lapar. Lepas tu dia order Nandos. Makan dengan Dyba dalam meeting room.

Intan tengok and tolong bukakkan sos. Terliur sangat. Memang Intan telan airliur je. Pastu petang tu Kaksu bagi sambal air mata. Kata dia ada kawan dia kasik (Untungla). Bukak puasa tu Intan makan nasik + telur + sambal airmata. Puas hati Intan makan nasik sepinggan. Pukul 8.00pm keluar lagi. Makan lagi. Mana la tak gemok. Hahaha.

Kaksu kata nanti Jumaat dia nak buatkan kway teow goreng tapi Intan, Dyba and Ira kena belikan bahan. Kaksu masak aje. Dia cakap dia pandai masak. Poyo jer. Ok la. Thats all for now. Intan nak bagi pesanan kepada yang tak ganti puasa lagi, boleh la ganti sebab tak lama dah kiter nak puasa kan? Nanti jadik banyak pulak hari nak ganti puasa.

Toodles!


Sedapnya Nandos! Photo taken from here.



Tuesday, May 6, 2014

Dinner @ The Ship Bukit Bintang

Hi semua..

Intan tak pandai nak mukadimah so straight to the point eh, Jumaat lepas Intan ada dinner dengan kawan, kawan bukan boyfriend tau.. masih single lagi ni jangan risau kepada silent reader ye * haaarhhtuih ada silent reader ke.. memang sentap la kalau ada.hihihi.. 

Ok ok macam ni, Intan dinner kat The Ship Bukit Bintang, nak makan kat VS mahal sangat so The Ship ni tak de mahal sangat, harga reasonable dan makanan not too bad. Sebelum sampai The Ship, Intan da plan nak makan apa kat sana start dengan appetizer, main course dan dessert.. Emm nak feeling feeling macam tekak omputih la..appetizer nak amik Oyster half dozen dan Mushroom Soup di ikut oleh main course Sirloin of coz medium rare kemudian dessert aiskrim ke buah ke tapi bila da sampai sana buka je  menu terus nampak set for dinner, set tu  promotion sempena MOTHER'S day dan ada Special Gift katanye.. tu yg  tak pandang lain terus amik set dinner tu.. mana la tau dapat hamper ke dapat bunga ke utk SPECIAL Gift tu..

So, Intan amik set tu, murah je RM 79.90 (appetizer, soup, main course, dessert tak termasuk air). Murah tak? murah kan semua dapat..tak payah nak fening fikir nak makan apa. Appetizer dia bagi mussel, mussel tu dia masak macam ala-ala sweet sour tapi dia bagi 3 ketol je sikit betol, 3 ketol tu buat taik gigi je tu nasib dia bagi Mushroom Soup, main course Intan pilih Sirloin  tapi uols boleh pilih makan lain ada beberapa jenis makanan macam chicken, prawn, beef, dessert dia bagi aiskrim buah buahan.. nampak macam tak cukup kan, tapi mmg just nice.. worth it dengan harga tu. Yang kawan Intan tu dia amik ala carte  je  kedekut tau, Rib eye je.. sebab dia bukan food lover.. ala carte murah je dalam RM 59++. 

Dah abis menikmati, waiter tu bagi la Special Gift tu,, Yeayyy.. Eh.. apa ni ringan je nipis je.. Tadaaaa dapat frame gambar warna silver pastu ada cop THE SHIP kat atas.. tak cantik pun, kedai yg jual barang 5rm for all item lagi banyak yang cantik cantik. Pastu kawan Intan kata " Haa ni yang u nak sangat special gift kan." Huhuhu.. kecewa benci tau.


Kupang 3 rasa (macam kedai makan thailand pulak)

Mango juice and watermelon juice. So refreshing!

Juicy and tender Sirloin Steak!


Rib Eye. Medium rare. Memang sedap la kan?

Another view of Rib Eye

Rib Eye lagi. Please jangan bosan. Haha

Dessert. nama dia Indah kabar Dari Rupa.

Rib Eye lagi ni. Saje letak banyak-banyak gambar ni. Annoying kan?

Im a happy girl who lovesssss food!

Toddles!