Friday, March 16, 2012

Punya Teman Baru

Intan suka kucing dan Intan sayang sangat Boyot. Tapi Boyot da mati dah ada kat Syurga.. Dulu Intan memang selalu manjakan dia, dalam banyak-banyak kucing dia yang paling gemuk comey pemalas dan boleh makan apa saja tanpa memilih pedas atau manis, masam atau tawar.. Janji ianya makanan..pasti jilat sampai habis. Nak belikan dia baju tapi mahal sampai sepasang jatuh sampai RM 30.00, baik beli baju Intan. So Intan belikan dia baju bayi berumur 3 tahun yang berwarna putih.. Murah sikit baru RM 6.00 - RM 10.00. Boyot tak pandai pilih material, dia pakai je.. Patut la dia suka warna putih rupa-rupanya masa untuk dia hidup di dunia ini sekejap je T__T. Tapi! Allah dah gantikan dengan teman yang baru.. Okey sekarang Intan nak perkenalkan Mr Scott in da houze.... Yeayyyy...
Ni favourite pose Scott. Dia ingat batu tu bantal ke apa.. Apa kau ingat elok lah perangai buat pose macam tu? Seksi la tu?.. Ingat Mama Juwie nak ambil gambar Scott and post kat Majalah Mangga.. Melluat!

Thursday, March 15, 2012

"3B"

Hai.. Anda masih bersama saya, Harum Mewangi dalam rancangan "Sembang- Sembang Membawa Bimbang". Tajuk kita hari ini ialah "3B".. Bukan Bongok Bodoh tapi Bengang Benci Bosan.. Kenapa ini semua harus berlaku terhadap diri ku ini.. Apa salah ku.. T__T..


HM tahu la tanggungjawab HM ni sebagai setiausaha kepada BB tapi apa salahnya HM nak join mesyuarat yang pejabat adakan. HM tak pernah rasa untuk duduk dalam mesyuarat tu..kejap pun tak apa.. BB langsung tak bagi peluang untuk HM join mesyuarat tu walaupun tak lah penting HM berada di situ tapi at least HM tahu apa benda yang dorang bincangkan.



Adakah Setiausaha dan PA memang ada perbezakan dari segi job description? HM rasa memang ada pun, tugas HM ni selalu kena buat air, tak kisah la dari department mana pun, Marketing ke, Operation ke, Raw Material ke mesti HM yang kena buat air.. Tu sebab HM jadi PA bukan Setiausaha. PA refer to Pembuat Air..ya.. memang tepat untuk jawatan tu.. T__T.


Sebab tu HM "Bengang Benci Bosan" jadi PA ni.. Kalau la HM dapat jadi pengacara dalam mana-mana rancangan TV kan best.. Ada sapa sapa nak offer tak untuk jawatan tu.. Kalau ada inform HM cepat ya..


HM malu dengan diri sendiri.. Kenapa orang memperlakukan HM begini


HM= Harum Mewangi


BB= Big Bos


PA = Pembuat Air

Wednesday, March 14, 2012

Jom Cuti ke Middle East..

Harum mewangi.. Harum mewangi si bunga tanjung ( mmg off tune ).. Hai masih ingat lagi saya, pengacara anda, Intan Dayana. Anda sekarang bersama dengan saya dalam rancangan "Sembang Sembang Membawa Bimbang".



Aik! Kali ni ke mana tu? Haaa kita ke Timur Tengah la..Ahlan Wasalan la kita.. Untuk permulaan Intan sajikan uols dengan gambar ini... Next entry Intan akan cerita apa yang Intan buat kat sana..Tunggu ye.... (macam la ada orang nak baca kan?)


Haa.. Nampak tak? Bukan yang makhluk hitam tu lah.. Tapi yang tinggi berjurai sampai nak mencecah langit biru yang mempesona tu..


Berbalik kepada soalan diatas sana tadi yang Intan tanya sapa yang nak baca tu kan? Mestilah ada. Jawapannya ialah Kaksu!


Hahahaha.

Anna Dayana Is Back! Woot Woot!

Helloi kawan-kawan and readers blog Anna Dayana (If any la) Haha.


Dah bertahun kan Intan tak update blog ni? Intan memang malas dah nak update apapa. Tapi Kaksu la, selalu jer paksa Intan tulis blog. Dia kata sayang kalau Intan tak teruskan sebab sebenarnya Intan ada jer readers. Hehe. Betul ker ada readers? Macam tak caya jer. Tapi tadi tengok dekat feed, siap ada readers dari Rusia. Sapa la yer? (^_^)


So, harini Intan curik masa sikit untuk buat entry baru. Bila tulis entry baru dengan menggunakan ayat-ayat macam ni, tiba-tiba Intan rasa macam Intan gadis kampung yang suci jer. Yang pergi cuci kain dekat telaga belakang rumah sambil berkemban. Haha. Apa kena mengena entah.


Intan bizi sangat lately and macam-macam aktiviti Intan buat dekat office and jugak dekat rumah. BTW, ingat lagi tak kucing Intan yang nama Boyot tu? Dia dah takder tau? Dah meninggal. Tapi anak-anak dia banyak lagi dekat rumah tu. Papa Intan taknak jual kucing-kucing tu. Kadang-kadang Intan semak jugak, tapi nak buat macam mana kan? Kang nanti kalau Intan bersuara, kena marah pulak dengan Papa Intan T___T


Baru-baru ni office Intan ada buat Majlis Khidmat Bakti dekat Grand Season. Intan masuk menari dengan kawan-kawan office. Kaksu pon ada masuk. Kalau nak tengok gambar, sama jer macam yang dalam blog Kaksu. Tapi yang peliknya, asyik gambar Kaksu jer yang banyak. Tensen Intan. Dia tu semua taknak kalah tau? Nak menari pon, rebut-rebut dengan Intan nak duduk line depan. Nasib baik masa tarian pembukaan yang joget tu, Intan dapat duduk depan (akhirnya). Tapi time Bollywood Kaksu jugak duduk tengah. **Bengang.


Ni gambar terbaru Intan. Masa ni half done. Cantik kan dia mekap mata? Intan love the make up very much! Masa ni kiter semua tak pakai full costume lagi :)

Yang ni pulak masa breakfast dekat hotel. 2 orang tu kawan office Intan. Masa ni Kaksu pon ada. Ni dia la ambik gambar ni.

Sekarang dekat office Intan dah ramai orang-orang muda masuk. Tak macam dulu. Semua makcik-makcik jer. Boring sangat. Sekarang dah ramai kawan. Macam-macam aktiviti kitorang buat. Main futsal sama-sama, karaoke and buat potluck.


Hari tu buat potluck 2 kali. Sekali tu Intan bawak nasik, Kaksu bawak lauk. Pastu 2nd time Intan bawak spaghetti jer, Kaksu bawak gravy. Haha. Kelakar kan? Intan bawak yang simple-simple jer. Kaksu yang sungguh-sungguh. Tapi at least ada jugak contribution..


Lagi sepuluh hari nak gaji. Intan dah janji dengan adik Intan nak belikan dia Poloroid Camera. Korang tau tak jenama apa yang bagus and murah? Sebab Intan dah janji nak belikan adik Intan. Kalau tau jangan lupa share dengan Intan yer?


Till then, bye! Jaga diri tau? Mmmuahh!