Hi semua!
Assalamualaikum.
Sorry sebab Intan dah lama tak tulis blog. Intan
memang betul-betul-betul punya busy. Dengan assignment and class, dengan kerja
lagi and paper-paper yang Intan kena buat (now Intan dah masuk HR kan?) So
memang Intan takde masa sungguh. Last exam Intan lulus tapi cukup makan je and
tak dapat dibanggakan so Intan takde beria nak buat #intancelebration. Malu nak
buat sebab result ala kadar paras-paras hidung. Tak repeat paper pon dah cukup
baik sangat dah. InsyaAllah lagi setahun ++ Intan akan dapat Degree. Memang tak
sabar dah nak abes study sebab Intan rasa Intan macam takde life. Bila weekend
takde class Intan akan ke National Library untuk study. Sini best sebab sejuk
and takde gangguan. Kalau dekat rumah kang kucing Intan lagi meleset-leset,
adik Intan nama Zati tu ajak karaoke la, katil Intan lagi nampak menggiurkan so
Intan lagi rela duduk sorang-sorang dekat Library ni asalkan Intan boleh concentrate.
Intan memang kalau study kena buat bebetul sebab Intan bukan jenis pandai
sangat. Kena usaha supaya pass exam. Kaksu pon cakap sama. Dia kata Intan tak
pandai semulajadi masa Intan bagitau dia kawan Intan tu takde pon study beria
tapi result gempak. Habes degree ni Intan nak kawen lah. Tapi tak sure lagi
dengan sapa. Hahahahaha. Itu pon kalau Intan tak sambung Master la. Lecturer
Intan cakap nak sambung Master tambah setahun setengah je lagi. Intan macam
50-50 jugak ni. Tapi Kaksu cakap, kalau Intan sambung Master, dia nak terajang
Intan terus. Dia tu memang tau, perangai macam emak-emak sangat kalau dengan
Intan ni. Kadang-kadang dia suka marah and jeling-jeling Intan. Dia ingat Intan
Shein?
BTW,
last week on Friday birthday Intan. Banyak Intan dapat bunga (sama banyak
dengan Kaksu dah). Intan excited sangat dapat hadiah dan bunga. Macam Kaksu dah
biasa sangat dapat, so dia takde la excited mana.
Intan pesan pada Kaksu next time kalau fan dia nak
kirimkan apapa barang dekat dia melalui Pos, tulis lah nama Intan sebab Intan
teringin la nak rasa best kalau dapat parcel macam mana. Hehe. Birthday Intan
last week, Geng I Will Survive (Kaklong, Kaksu, Dyba and Izzy) belanja Intan
makan dekat Dolly Dimsum. Tak sangka dekat sana dapat bunga + kek lagi jugak.
Ya Allah… Intan memang terharu sangat-sangat dapat special treatment macam ni
dari kawan-kawan Intan. Even, family Intan pon takde buat macam ni untuk Intan
tau? So Intan memang sangat appreciate friendship Intan dan dorang semua. Intan
tak pernah rasa special macam last Friday. Baju pon ramai puji cantik. Intan
pilih nak pakai seluar putih + baju light blue manja + tudung purple. Memang cantik
sangat! Intan dah beli dah baju mula-mula, sekali lepas basuh lengan dia shrink
and tak boleh masuk so Intan beli lain dekat KLCC. Kaksu, Dyba and Kaklong pon
susah-susah beli baju baru sempena birthday Intan. Kaklong paling kesian sebab
Khamis malam tu dia still cari baju dekat Setiawangsa JJ. Tapi mendapat la
Intan 2 3 ekor babi sebab masa dia call Intan tu, dia almost give up nak cari
baju warna light blue.
Dalam
pada Intan cakap busy, sempat esoknya Intan ikut Office Trip ke Melaka. Ni
kitorang dekat A Famosa play tourist. Hehe.
Untuk semua yang mendoakan Intan and wish Intan
especially dekat FB and IG Kaksu, Intan nak ucapkan berbanyak terima kasih.
Kalau Intan tak reply tu maksudnya Intan terlepas pandang lah. Memang hari
Jumaat tu, sehari suntuk Intan reply orang wish je and memang tak buat kerja.
Hahahahah. Takperlah, setahun sekali kan? Tahun ni Intan dah 33 tahun, Alhamdulillah
Allah masih pinjamkan usia dan kesihatan yang baik untuk Intan. Korang doakan
lah Intan habes study and dapat result yang cemerlang Ok? Intan memang tak
sabar-sabar nak abeskan study and kawen + ada anak. Intan harap Intan
dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik, yang Intan boleh hormat dia and dia
boleh bimbing Intan to the right path and jadik Isteri yang baik, InsyaAllah….
Intan nanti kawen, terus je pregnant. Dah tak sempat dah nak honeymoon takde
anak setahun dua sebab dah tua dewasa sangat ni. By 35 Intan kena ada sorang
anak. Itu Intan punya target. Harap-harap berjaya lah. Oklah, tak boleh
lama-lama sangat mengadap blog ni. Tulis ni pon sebab banyak permintaan. Ingat
blog Kaksu je ke ada permintaan update entry baru? Intan pon ada tau? Cuma a
matter of time je. Nanti if Intan free, Intan tulis lagi. Ok? Take care korang!
Toddles
Intan Yang Bizi