Thursday, February 18, 2016

Intan Lulus Exam. Syukur.

Hi Semua
Assalamualaikum (Tak jawab dosa)

Intan ada berita happy ni nak share. Intan nak bagitau yang Intan lulus SEMUA subject. Alhamdulillah. Tapi grad nyawa-nyawa ikan je la. Hahahaha. Kira ok je bagi Intan asalkan tak payah nak repeat apapa paper. Yayyyy!! Paling best Mandarin Intan dapat A-. Berbaloi la usaha Intan tak tido siang malam sebab study. Huwaaaaaaa Intan rasa terharu sangat and bangga dengan diri Intan. Walaupon semalam Intan frustrated kalah masa (OMBI) Oh My Bahasa Inggeris program dekat office Intan ni, and team Kaksu and Sarah menang, tapi bila dapat tau Intan lulus exam rasa macam fuhhhh!! Lega sangat-sangat-sangat. Intan memang tak harap apapa. Bagi Intan, lulus ni pon dah syukur Al-hamdulillah.

Oh, yang OMBI semalam tu kitorang main game Charade. Korang tau kan yang game sorang buat gaya tapi tak boleh sebut and yang lain kena teka apa ayat tu? Ayat dah la susah-susah team Intan dapat. Kaksu tu pulak, bukan team dia pon sebok sama nak teka. Bising je. Intan memang tak puas hati la team dia menang sebab En. Rosxx tu mesti akan bagi Kaksu team dengan Sarah. Tengok list team Kaksu pon Intan tau memang dorang la ni champion. Nanti Intan nak buat bantahan kalau lepas ni Kaksu + Sarah sama team lagi. Intan nakkan keadilan.



Ni masa program OMBI semalam dengan Kaksu

Anyway, esok dah janji dengan Dyba, Kaksu, Izzah, Izzy and Kaklong nak makan Pizza untuk #IntanCelebration sempena dengan Intan lulus exam ni. Tapi bayar sendiri-sendiri la sebab duit Intan dah habes RM4,000 buat charity harini. **Sakitnya hati Intan.

Toddles
#IntanHappybutSad

Tuesday, February 16, 2016

Hi Semuaaaa. Rindu Intan tak?

Hello, Hi!
Selamat Petang Malaysia!

Intan ngantuk giler sekarang ni. Dah 20 kali menguap. Intan dengan Dyba selalu je mengantuk dekat office akibat kekurangan oksigen dalam otak. Kadang-kadang kalau ada masa 10 minutes pon kitorang boleh nap dalam surau. Dapat 10 minutes nap pon dah lega rasa kepala Intan ni. Orang yang tak pernah mengantuk dekat office ni sorang tu je. Kaksu! Dia tu memang Alien la. Dia tu Intan tak pernah nampak dia mengantuk. Kalau buat assignment blog dia, muka serious je. Intan tak berani nak kacau. Kalau datang dekat dia pon dia mana layan sama jugak macam Intan cakap dengan dinding. So Intan lepak dekat Dyba and Sarabanon. Kadang-kadang kitorang tinggal dia pergi bank ke apa, naik atas office semula Kaksu bukan perasan pon kitorang takde. Cis!

Sorry la pada semua peminat Intan, sebab Intan dah lama tak update blog. Haritu Intan busy dengan exam, result tak dapat lagi. InsyaAllah Intan pass. Now Intan relaxes la sebab Class sem baru start on Mac. Now Intan relaxes goyang kaki dekat rumah. Rumah Intan pon dah best sekarangn ni sebab bilik Intan dah ada set katil. Intan guna duit bonus ASB beli set katil tau? Selama ni Intan tido atas lantai je. Sian sangat dekat Intan. Hahahaha. Kaksu tanya Intan, Intan confident ke pass exam? Siot je dia tu. Dia memang nak Intan failed tu. Intan tau sebab dia sorang je tak support Intan sambung belajar. Nanti kalau pass, Intan nak ajak dorang celebrate dekat Capricciosa makan peeeetzaaaaaah! Kaksu je yang sebut betul. Yang lain sebut kaprikokona la, kapiosoro la and Intan sebut Kaprikasio. Hahaha. Dah macam jenama jam dah. 


Ni Intan join satu seminar untuk boss-boss dekat Melaka. Intan jadik committee. Intan jadik Committee penginapan tapi tugas Intan ialah bawak Datin-Datin pergi jalan dekat Melaka. 

Intan nak bagitau yang Intan masih lagi single and available. Huwaaaaaa. Intan stressed sampai keluar jerawat dekat muka. Izzah dah bertunang last month and Izzy pon dah nak kawen bulan 10 ni. Sekelip mata cuma Intan je yang single dalam group dekat office ni. Intan taktau la kenapa Intan tadek luck dalam relationship. Kaksu cakap Intan kena minta dengan Allah sungguh-sungguh. Mungkin Intan tak cukup doa and mungkin tak cukup sedekah lagi. Kata Abang Isman Hijjaz (Abang angkat Kaksu), kalau nak Allah makbulkan doa kena banyak bersedekah. Intan rasa Intan kena lebih banyak bersedekah lepas ni. Intan actually ada sedekah RM4,000 pada satu Syarikat, tapi Intan taknak share la sebab apa nanti Intan sedih. Huwaaaaaaa. Kalau teringat ni, Intan rasa stressed sangat. Semua sebab kesilapan teknikal, Intan pulak yang jadik mangsa.


Oh, Intan nak bagitau korang jugak yang Intan consume Zenia Collagen dengan Transgluta by Zenia sebab Kaksu suggest. Apapa dia makan, Intan akan makan jugak! Intan pon nak sama cantik dengan Kaksu. Hehe. Now dorang ada buat promo, ada less sampai RM40.00, korang check out dekat sini untuk baca pasal promo tu. InsyaAllah selagi Intan mampu beli supplement ni, Intan akan teruskan. Bagus untuk kesihatan dalaman. Intan pon kena la kekalkan penampilan Intan macam ni sebab tadek BF lagi kan? Aduh. Stressed pulak bila teringat. Tapi Intan taknak fikir sangat la. Let it come naturally sebab Intan percaya, Allah ada better plan untuk Intan. Ni Kaksu nak kenalkan dengan sorang anak Dato’ ni, harap-harap berjaya la. Amin….


Kulit Intan makin cerah dengan Zenia product. Yay!

Toddless
IntanMasihSendiri