Friday, August 29, 2014

Last Part- Shanghai

Hari 4
Ok da masuk hari ke empat percutian kita ye anak -anak ku.. Hari ni mak nak tunjuk pada anda semua percutian kita di Haining, Ni mak copy paste translate je.. Mak memang tak suka sejarah ni.. So Mr Google je la... Minta maap la ayat Google tunggang terbalik.. Hahahaha Itu Google yang translate bukan mak tau..

"Pada Mei 1949 Haining telah diduduki oleh Tentera Komunis, dan Haining County telah ditubuhkan, yang dipunyai oleh Jiaxing Wilayah. Pada bulan Jun 1949 kerajaan daerah dipindahkan ke Xiashi Town. Dalam Oktober 1958 Haiyan County telah digabungkan ke dalam Haining. Pada Disember 1961 Haiyan County telah didirikan semula. Pada November 1986 Haining County telah dinaikkan Haining City, di bawah bidang kuasa Jiaxing. Dalam sejarah, Yanguan Town telah lama berkhidmat sebagai kerusi kerajaan daerah. Semasa Perang China-Jepun, kerusi daerah dipindahkan ke Yuanhua Town dan di luar daerah. Selepas perang, kerajaan daerah telah ditubuhkan pada Xiashi Town"

Tempat yang Intan pergi ni macam "askar-askar pergi berperang, berperang dengan komunis..Tempat sejarah katakan.. Kat lorong-lorong tu banyak la jual kraftangan, barang-barang antik pun ada jual.. Tak beli pun.. Buat berat beg je nanti.. Kebetulan ada dua orang penunggu setia kat tempat tu, tujuan nak promote tempat dia dan kita boleh nak tangkap gambar dengan dia bukan setakat bergambar nak suruh dia menari tarian kipas pun dia boleh buat.

Ohh nampaknya dia tak nak menari lah, mai sini mak menari tarian kipas.. Serious Intan menari depan dia..Berpusing-pusing Intan menari "sap sap" sambil tutup buka kipas.. Ketawa dia tengok Intan menari.. Nampak tak makanan yang Intan pegang tu.. Kata Jackie makanan tu nama dia Tahu Busuk Sedap Ahh Ahh. Seriously memang busuk gila wey.. Intan ambil je sebab Jackie yang bagi kan..tapi Intan tak makan sebab dah rasa was-was.. Dia takde je Intan terus "sappppp" (buanggg)..

Haining China Leather City.

Ok, mall ni dia jual semua barang leather.. Baju kasut beg sarung tangan apa sahaja la semua kulit tapi tak tahu kulit dari binatang apa.. Ohh so scary.. Barang-Barang not too bad la murah.. Geramm je tengok jaket kulit tu.. Lawo tapi tu la sebab Intan pk beli nanti nak pakai pergi mana? Malaysia pun panas harap pergi Cameron dengan Genting je pun sejoknya.. Seriously murah dan boleh nego lagi harga. Mama bagitau, kalau nak beli barang kulit, nak tahu kulit tu kulit apa kan, if dekat tag tu kita tengok ada tak 3 titik,  kulit tu dari "oink oink".. 

Kling-kling... check in time.. Ni kat Asia International Hotel.. Sunyi sepi Haining ni.. Persekitaran bersih dan orang tak berapa nak ramai.. Sejokkkk so ramai lepak rumah je takde nak kuar kuar pun.. So buat apa je sejuk-sejuk ni? jeng jeng jeng...

Ko ingat ko modal ke Intan? Dah la gemuk pendek.. Hahahha.. 

Last Day

Lepas check out dari Haining, Kami semua berangkat untuk balik ke Shanghai. Perjalanan dari Haining ke Shanghai rasanya 1 jam. Sepanjang perjalanan, Intan tido je.. Tapi nak gossip sikit, tiba-tiba Jackie duduk sebelah Intan.. OMG terperajat mak!!! Dia kata dia sedih sebab orang Malaysia peramah tak sombong happy sporting..dan Cantik, Intan rasa dia tuju untuk Intan tu.. Lepas tu kan Intan nangis (drama sangat). Intan nangis sebab nak kena tinggal dengan dia. Kata suka kat dia kan.. Hahaha..  

Shopping time!!!! Kat Shanghai, sini lah tempat yang murah nak beli utk souvenir. Pelbagai jenis barangan baju "I Love Shanghai", handbang, kasut, hanphone segala mak nenek semua ada.. Mall ni if korang nak imagine, dia ala-ala Plaza GM.. Pssst pssst..gosip lagi ni, Jackie bagi Intan hadiah.. Intan buka hadiah tu dalam plane.. Dia bagi Intan purse tapi tapi gambar Minnie Mouse!!! Apakah????


Look at that!!! Somel tak?
Ini haiwan kebanggaan kita sekarang ni kan?Sara tu semua nak beli, bila dah beli biar je kat mana2 tak amik kisah dah.. 

Jackie!!!.. Biar lah tak hansem tapi dah suka nak buat macam mana kan.. Time tu da nak senja, lagi 6 jam nak depart so last program kitaorg dengan tour ialah tengok "Shanghai Circus". Jackie request nak duduk sama-sama kat dalam tu... Awwww!! 

 Ni di antara show yang Intan tengok kat sana, actually banyak lagi show dia perform tapi biasalah no camera no video.. Gambar ni pun Intan Google je..
Show tu lebih kurang 2 jam.. Lepas show terus bergegas naik bas nak pergi airport. Intan dah sebak tu nak tinggal Jackie.. Jackie pun sedih gak tu.. Masa tu dia duduk depan Intan duduk belakang.. Masing masing feeling feeling gitu.. Cinta antara bernua..

Ini lah Jackie.. Kita org selalu Weechat sekarang ni.. Tanya khabar send gambar.. Sepatutnya Intan pergi Beijing jumpa dia kat sana, nak berjalan dengan dia.. Nasib tak pergi kalau tak, Intan dalam MH 370 kot.. . Intan pujuk dia suh masuk Islam, tapi dia tak nak , kata dia kalau muslim tak boleh makan oink oink, tak boleh pegang tangan tak boleh ada extra-extra. Allah maha mengetahui segalanya, kita tidak di takdirkan untuk bersama Jackie.. So Intan ambil keputusan untuk tinggalkan dia selamanya..
Bye Shanghai Bye Jackie..

Toodles!!!
IntanEmosCrying

Monday, August 25, 2014

Continue - Hari 3

Assalammualaikum..

Haritu Intan ada tulis entry pasal trip ke Shanghai.. Klik sini ye untuk baca related story.. Kalau nak baca lah.. So yang ini untuk sambungannya.. Bismillah..

Hari 3
Hari ke tiga, Jackie bawa kami  berjalan sekitar Huangzhou.. Actually setiap tempat yang kita orang pergi di temani oleh Jackie dan orang tempatan. Contoh, kalau kita pergi melawat Kelantan, dia akan provide orang kelantan untuk introduce tempat dia. Basically macam tu, so far dorang semua sangat friendly..

Morning Huangzhou.. Lepas breakfast ni tour ajak tengok Pearl dan batu Jade tapi sayang Intan tak amik gambar pun..  Memang gila la tengok batu Jade dengan Pearl tu..Cantik cantik design. Boleh di katakan semua makcik-makcik ni beli, si Jackie dapat la tips..Patutlah senyum je...


Yang pendek dan gemok depan sekali.. 
Dorang kat sana memang banyak pemandangan yang macam ni.. Pokok pokok, bunga-bunga, pondok dan terusan.. Damai je suasana.. sejuk je..

Luncheon.. We love veggie. Sepanjang dekat sana memang tak makan ayam daging ikan.. 

HUANGZHOU WEST LAKE
Huangzhou West Lake, ia adalah tasik air tawar di Hangzhou, ibu kota wilayah Zhejiang di timur China. Ia dibahagikan kepada lima bahagian mengikut tiga tambak. Terdapat banyak kuil-kuil, pagoda, taman-taman, dan pulau-pulau buatan dalam tasik

Cruise lagi..

West lake

Cantik pokok-pokok di tambah pulak dengan orang orang yang cantik dan comel.. Hihihihi

Lepas dinner kita orang balik hotel, ni hotel kat Huangzhou.. Intan tak ingat hotel nama apa, tapi yang Intan perasan, hotel yang dorang bagi ni, makin lama makin kecik.. Yang ni memang untuk tido je, space takde langsung. 
Bilik air memang see thru abis.. Nasib tido ngn kazen pompuan..

Its me.. Masa ni Intan pergi lepak bilik Jackie.. Jeng jeng.. Dia ajak Intan minum coffee kat lua.. I have dating.. Weehoo.. Tu duit yang bentok love tu dia yang bagi.. so sweet.. Hua hua rindu dia..

 Hari 4
Ladang teh bukan sahaja ada di Cameron Highland tapi kat Negara China ni pun ada, di Huangzhou. Perjalanan nak ke ladang teh di sana sama macam kat Cameron Highland, berbukit-bukit.. Takot gila maklumlah naik bas, entah sampai ke tak. Alhamdulillah selamat sampai.


Macam tak percaya kan..macam gambar main-main, tapi sebenarnya itu gambar betol dan teko tu adalah teko yang betol..

Ingat handbag je ada pakai gred, teh ni ada gred tau. Biasa lah yang bagus seharusnya mahal, yang kurang bagus tu harganya murah sikit. Intan beli teh yang gred mahal.. Sedap!! dia kata ambik dua cubit lepas tu rendam dalam air panas selama 5 minit.. Orang tu kata kalau  kita amalkan minum air teh ni boleh jadi kurus.. Tapi tak kurus ponnnnnnnnnn


TUNGGU!!! ada lagi sambungan cerita ni.. Itu baru sampai hari ke Empat kan. Hari ke 5,6 tak habis lagi.. Tapi tak boleh tulis sekarang... Next entry ya!!!

Toodles!!
Intanthankyouiloveu



Monday, August 18, 2014

Artis ke Pelajar

Assalammualaikum...

Sabtu lepas (16.8.2014) Intan pergi UiTM.. masuk je dalam kawasan UiTM Shah Alam terus rasa nak nangis sebab cita-cita nak belajar kat UiTM tapi  masa belajar dulu sebok jadi artis tu yang belajar ke mana fikiran ke mana.. Haa.. Artis la sangat.. Mak asyik berangan je zaman belajar.. Gila kejar glamor walaupun jadi pelakon tambahan dapat komisyen 40rm je dah la nak tunggu turn tu lama, kat set je dari 10malam sampai 7 pagi tapi kua kat screen 3 saat je.. Menyampah!!!!!!!! Hahahaha..

Ni nak cerita sikit tentang Intan yang memang nak sambung belajar tapi malas nak bertindak.. Intan ni tak pandai sangat pun, dapat Diploma pun kat Kolej swasta je (Cosmopoint), lepas dah dapat Dip Intan terus kerja.. Kerja dan kerja sampai la pengalaman bekerja masuk 6 tahun dan umor pun nak masuk 3 series.. Sepanjang Intan bekerja memang ada terpikir "Aku ni kalau nak jadi artis popular kena sambung belajar baru meletops.. Hahaha.. takder la..Gurau aja tapi betol apa,artis-artis kat Malaysia ni ramai je yang pandai-pandai belaka kan.. Ok-ok.. Itu la, parents, kawan kawan ramai yang bagi support untuk belajar ni cuma rajin atau malas je la.. 

So Intan decide memang nak sambung belajar, nak ambil Degree.. Intan pun register online, zaman sekarang ni kita online je.. Beli spender pun online kak... Hehehehe.. So Intan register pertengahan tahun lepas tapi regret sebab Intan tak ada MUET, syarat kemasukkan belajar Ijazah Muda Mudi  kena ada MUET at least band 2, kalau terlebih advance tu dapat la masuk THE BAND.. Hahahaha. Jadinya Intan pun ambil la exam MUET tu, konon-konon nak ambil periksa kat sekolah-sekolah je kot-kot boleh belagak dengan budak sekolah tapi silap ooooo dorang memang teral weh.. Intan masa periksa speaking memang banyak kali kantoi.. tapi Alhamdulillah, lulus!!!

Lepas dapat result MUET, Intan pun da start buka web Uitm, UTM, UKM,UPM semua U la .. End up Intan choose Uitm sebab banyak kemudahan dan murah kat Uitm tu.. So lepas ni study semua dalam online je la.. harap-harap dapat la coop semua dengan alam maya ni.. 

Ok lah.. Intan da tak sempat ni, malam ni nak siap-siap pack untuk pergi Krabi.. Party sebelum start belajar bulan 9 ni..Intan akan update pasal E-PJJ procedure next entry ya.. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.. Aminnn



Toodless 
IntanUitmDihatiku

Friday, August 15, 2014

Shanghai Like A Diamond

Assalamualaikum..

Hi uols..  Hari ni Intan nak share cerita Intan pergi Shanghai. Tak tahu la memori Intan ni kuat lagi nak ingat balik  trip tahun lepas (2013). Cerita ni takde tips ke apa, saju suka suka!!!

Mula – mula Intan malas nak pergi tau.. Sebab tahun 2012 Intan dah pergi HongKong rasanye mesti  "konsep" makanan, environment, attraction..dia macam sama kan..  Cousin Intan ni le, pengaruh dan paksa ikut dia. Bila Intan tanya dia sape  join? Dia kata kawan dia dengan husband.  Oo.. ok la orang muda pergi.. Baru la adventure gitu.. Kita orang pergi naik Air Asia dan selamat tiba di Airport Shanghai, perjalanan ni amik masa 6 jam. Kami berlepas jam 6.30pm so sampai kat Shanghai dah tengah malam.. Package Shanghai ni kami beli kat Groupon je, murah! semua include; accommodation, underground, hotel dan transport. Tak salah, Intan bayar package tu dalam RM 500++ tak termasuk tiket flight tau.

Sampai je Airport Shanghai, tour guide kitaorang da tunggu kat gate. Dia berdiri kat gate dengan berpakaian putih.. Oh My Gucci!! He so cute!! Macam artis Korea, rambut keteng-keteng. Intan pandang dia tak berkelip-kelip… Dia jemput kitaorang dengan bas persiaran.. Ha mesti uols rasa macam ramai kan? Memang ramai pun.. lebih kurang 10 orang. Actually bukan cousin Intan dengan kawan dia je ikut tapi mak bapak dia makcik dia, kawan mak dia ikut sekali, so yang muda-muda 4 orang je yang senior lebih kurang 10 orang.. Tapi mak ok je.. janji dorang tak control .. Takot jugak makcik-makcik ni kadang-kadang tak sporting kan… Alhamdulillah dorang semua cool dan sporting..

Intan ke Shanghai awal bulan April dalam belas-belas hari bulan selama 7 hari 6 malam. Cuaca malam tu sejuk je lebih kurang 10-18 darjah celcius.. Tak salah Intan masa tu nak masuk musim spring.. Malam pertama tu tour guide terus hantar kat hotel memandangkan kitaorang touch down jam 12 tgh malam. Hotel tu berdekatan dengan airport.. Intan tak ingat nama hotel tu apa, tapi sampai je dalam bilik terus tido, memang dah mengantuk sangat.. Intan akan cerita pengalaman kat sana dengan tour dari Hari 1 sampailah hari Intan nak balik ok.. 

Before depart, tengok lengan orang tu boleh tahan gemok.. Gigit pon sedap.. 


 Kalau naik plane, mesti ada ada gambar macam ni.. WAJIB!! 

Hari 1
Hari pertama di Shanghai, tour guide kitaorang nama dia Jacky, dia bawa kami jalan-jalan sekitar Nanjing road. Tak ada yang manarik pun, biasa aja. Ada la mall yang ala-ala Pertama Kompleks tu.. Lepastu bawa kami naik bas dua tingkat, dia bawa pusing-pusing kat town. Intan duduk yang tak de bumbung tu.. syiok laaa feeling-feeling kat London gitu.. Berangin-angin dan sejuk sikit. Tiket bas tu dah include dlm package so tak tahu harga untuk seorang berapa. Recommended naik bas hop on hop off ni. 

 Ni sekitar Nanjiing Road, Shanghai.. 
.
Tengok si gemok tu macam mengandung 3 bulan, dah la badan berketak-ketak..Aduhhh fail!!
Jeles.. Sarah(cousin) kurus je.. Senang je nak pose sana sini tak perlu nak berselindung nyorok tubuh badan kan..


Lepas dah ronda-ronda area Nanjing road, Jacky bawa pergi makan kat restoran X (tak ingat nama). Bila kita orang masuk je dalam restoran tu, duduk kat meja bulat lepastu ada 10 botol beer sorang satu dapat jangan berebut ya.. Hahaha..pastu ada ayam, daging yang kami tak tahu status mereka da kena tebuk atau potong ikut suka dorang.. Kami dah mention kami kena makan yg ada restoran halal sahaja, mana boleh bawa makan kat  restoran sembarangan .. We are Muslim.. Si Jacky terkejut sebab dia tak tahu pasal tu.. Hishhh.. takkan la tak tahu kan sebab masa beli package tu dah bagi tau dalam email yang kami Muslim dan meal kena yg halal atau pun veggie. Makcik pakcik opah atok nenek yang follow kami tu dah buat muka bengang.. Kan da merajuk!! Alolo sian diorang.. Takpe la.. Jacky request kat restoran X suruh sediakan veggie food dan air oren. Nah!! 10 jenis lauk semua sayur je.. Hahahaha.. Tapi Intan suka je.. sebab bagus untuk diet memandangkan bentuk badan dah macam orang mengandung 3 bulan tu.. 

 Hahaha.. opah nenek atok muka masam je... Semua protes tak nak makan.. Tak nak sudah!! 
Nasib ada opah tu bawa sambal ikan bilis.. boleh la dorang makan dengan nasi putih.. 


SUZHOU

Depan pintu masuk "The Couple's Garden Retreat"

Menurut kata MR WIKI.. The Couple's Garden Retreat  terletak di bandar Suzhou, wilayah Jiangsu, China adalah sebuah taman klasik terkenal Cina. Ia diiktiraf dengan lain-lain taman-taman klasik Suzhou sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Ha.. ni kita orang kena paksa naik sampan ni, dia akan bawa kita orang ke pintu keluar. Nenek ni terpaksa kerja nak menyara keluarga dia.. Sian dia tapi paksa naik macam mana eh? Bengang pulak!!! nak cross sungai ni takde la jauh pun sekangkang kera je, tapi kita nak support nenek ni teruskan juga la niat tu. Nenek ni akan menyanyi beberapa lagu tapi bahasa dia la.. Kira kuat jugak tangan dia ni nak mendayungkan.. Emm da sampai kat tebing tu kita orang semua nak naik atas dia buat signal suh bayar.. what!!! Da la paksa pastu kena bayar pulak, kita orang pakat ramai ramai letak 1 yuen ada yg letak 2 yuen, lepastu nenek ni belagak, dia tak nak lepas tu menyombong pulak.. Tak pe tak pe jangan menyesal Cik Salmah!!!

Tak ingat tempat ni nama apa, tapi cantik la view.. Ramai orang tangkap gambar je kat sini..


Masa  ni nak senja dah.. Tapi tempat ni kat Suzhou tau bukan di Shanghai.. 

Memang teringin sangat nak santai macam ni.. Berangan konun-konun kat London.. Ni abang Jacky yang amik picture ni.. Rindu pulak kat dia..

Ok ni da sampai kat hotel tapi macam biasa la tak ingat nama hotel. FYI, kita orang akan berpindah-pindah hotel selama beberapa hari, tiap-tiap hari dapat tido hotel lain, tapi jenuh la nak turun naik angkat beg yang besar tu..Tu sebab badan Intan berotot-otot.

 Hari 2
Morning Suzhou.. Harini kami check out dan akan menginap di hotel lain pulak.. Yeayyy.. Sonok sonok.. Kat hotel tu bekpes pun bukan boleh makan semua makanan.. Intan amik sayur kangkung dengan roti bakar je.. Yang lain nampak sedap tapi nampak banyak yang tak halal.. telan ailio je.. Kata abang Jacky itinerary utk hari ni nak bawa pergi tengok kilang silk. Woo!!! bila dengar kilang silk, da berangan nak beli kain silk banyak -banyak mesti murah kan.. kata dari kilang selalu harga lagi murah berbanding dekat mall.

Coz I'm Happyyyy happyyyy.. Sarah suka pakai suar warna blok tau.. pink la hijau la kuning la.... untung la kaki kurus.. Kalau Intan pakai seluar macam warna blok tu memang free la dapat pahala sebab orang dok kutuk mengata kita kan.. iye ke idok!!!

Ohh ni kilang kain tu.. Sebelum dia orang bawa kita membeli belah kain, dia akan bagi penerangan macam mana silk ni di perbuat. So nampak lah ulat-ulat kecik tu dia dok guling sana sini lepastu kua la benang dia so and so and so la proses pembuatan tersebut.


Gambar ulat tu Intan google je. No camera no video at this area kata Jacky


Tak cantik kan? memang tak cantik pun.. ni langsir.. bukan kain.. memang tak beli pun mahal weh.. Bagi Intan mahal la sebab Intan bukan minat bab-bab kain ni.. Tapi kan kawan Jacky ni pengaruh kita orang beli.. Eee tak suka la.. If kita beli barang kat situ, tour guide akan dapat tips.. Haahhaha.. sian Jackie dapat customer yang tak berduit.. Kita orang semua bukan nak membeli belah datang sini, cuma nak tengok-tengok aje. Antara kita orang semua, ada pulak satu makcik ni beli beberapa jenis bantal yang di perbuat dari silk ni, Pakai credit card katanye, tapi kecoh juga lah masa nak swap card sebab decline.. Rupanya makcik tu tak inform bank yang dia nak guna kad tu untuk pergi overseas.. So pada sesiapa yang guna credit card jangan lupa inform bank ye..

WUXI
Kawasan di sekitar Nanchan Temple. Kebetulan time Intan sampai tu diorang ada buat expo apa ntah Intan tak amik port pun. Abang Jacky bagi masa 2 jam untuk shopping. Kemudian dia nak bawa naik cruise. Shanghai ni memang popular dengan terusan (canal).


 
 Depan Nanchan Temple.  
Agak sejuk cuaca masa ni, lebih kurang 10 celcius, tapi malam cuaca lagi sejuk sampai negative. Bila bercakap kan.. kua asap ikut mulut.. Sebab Intan jakun.com asyik bercakap je.. 


With Syakirah.. Dalam cruise.. Majority memang group kita orang je dalam tu.. Tapi sngant membosankan.. Keadaan siang tak berapa cantik view tapi kalau malam cantik sebab ada lampu-lampu. 



Masa first time datang Shanghai, si Jackie ni asyik bercerita pasal canal, Intan masa tu mana nak amik port.. lantak ko lah nak cerita apa pun.. Sebenarnya tak tahu pun maksud canal tu apa, bila tanya Syakirah baru tahu canal tu terusan.


 Recommended !! Sightseeing nice but not for shopping.. 

Agak-agak best tak tempat yang Intan pergi ni? So and so kan.. Experience... Well Intan akan continue perjalanan seterusnya Hari ke 3 di Hungzhou, next entry ok.. Guys, for your information, Intan akan bercuti ke Krabi minggu depan (19 Ogos - 23 Ogos).. Syiokknya.. 

Toodles,
IntanSawedeekap  

Wednesday, August 6, 2014

Dua Bulan Punya Stock!!!




Assalamualaikum korang..

Dah lama rasanya tak update blog, ada ke yang tertunggu-tunggu? HiHiHi.. Start bulan puasa haritu Intan sebok betol melayan kerenah DD (Datuk Dato') untuk arrange event Iftar je pun.. Kan Intan ni Setiausaha merangkap PA dia.. Tapi Intan banyak buat kerja PA je *Ala ala cerita KTAR.. Macam Indah tu kerja dia PA dan Setiausaha, sampai ikut outstation sana sini..Untungla kan dapat ikut sana sini. Zaman sekarang ni ada lagi ke PA ikut bos sana sini? Kalau dapat bos muda nak la ikut tapi kalau dah berkedut tak mau la.. Dangerous!!!! Orang kata tua tua keladi haaa...

Rasanya tak terlambat lagi untuk Intan ucap  Selamat Hari Raya pada uols.. Raya kan sebulan. Raya tahun ni Intan raya kat KL je bukan takda kampung tapi parents tengah susah hati tu.. Susah hati pasal apa? Nanti Intan cerita ok?Loser gile wey duk KL, nak beraya mana pun tak tahu, kawan-kawan saudara mara semua balik kampung.. Baju raya tempah banyak-banyak pun pakai satu pasang je masa raya pertama. Lepas sembahyang raya , makan rendang dengan nasi impit sikit dah tu terus tangkap gambar, tangkap gambar pun kat rumah orang, kita pinjam kawasan orang memandangkan keadaan rumah macam tak terkawal. Papa Intan lagi brutal, lepas sembahyang raya terus tukar baju pakai t-shirt dengan jeans.. Dia ni memang urban sikit.. tak sedar diri tu dia asal dari kampung, lepas tu pi rem-rem ronda-ronda bawa superbike dia.. Hampeh!!! Tak da langsung perasaan nak beraya, So tinggal la 4 beranak yang gila nak posing baju raya, 


Senyuman ikhlas di pagi raya 


 Mekda (turquoise) Mama yg kat tengah.. Muka sama tak? Dulu Intan TAK setaraf dengan dorang sebab dorang putih.. Tapi sekarang kita da setaraf.. Syabas!!! Tengok mama pakai handbag apa tu? Channel weh!!! Gred AAA je.. Tak mampu nak pakai yg Ori.. Kita bukan orang kaya Ma..


 Zati ( tengah). Candit katanya.. Tengok Intan, macam mak-mak sangat kan.. 
Gemok la weh.... 


Time ni memang panas gila.. Ketibas tau.. 
 Mama macam ibu tunggalkan?


 Papa brutal.. Lepas sembahyang raya terus tukar t-shirt  .. Bencikkkk!!!!




Yang pasal parents Intan susah hati tu kan, cerita dia macam gini, rumah yang kita orang tinggal sekarang ni nak kena jual.. Di sini menyesal!!! Hahahah.. Dialog P Ramlee (3 Abdul). Eh bukan nak jual, tapi tuan rumah nak balik rumah tu, so kita orang kena kuar.. Ekceli dorang dah bagi notis tahun lepas lagi tapi masing-masing buat dek je.. Ye le macam mana nak kua, rumah yang parents beli tu tak siap lagi, kontrektor tu tipu.. Dia amik duit lepas tu lari sambil lompat bintang.. Siut betol kan orang macam tu.. So mama cari kontrektor lain. Mama Intan pulak tak cukup duit sebab rumah tu ada buat renovation tambah lagi dua tingkat, asalnya satu tingkat je..tapi sebab papa Intan ni poyo.. Dia ingat dia keluarga kaya suruh tambah lagi dua tingkat, total renovation lebih kurang 170k.. Macam mana nak bayar tu? Mama juga yang kuar duit.. Nasib ada duit EPF, nak harap papa, dia bukannye bekerja.. Tau nak balagak macam orang kaya.. Sian mama.. Sedih sangat, bila teringat mama yang kena tanggung papa.. 

Ada satu hari tu papa kata kat mama " Awak tak tinggal duit ke?" Aik! laki yang tanya soklan tu kat pompuan.. Kelakar kan..Sepatutnya dia sebagai ketua rumah dia la yang tanggung kami, ni kami yang kena tanggung dia. Redha je mama.. Ma.. takpe..syurga tempat mu.. Amin.. Haritu papa tengah kusyuk tengok tv, Intan padang la muka dia tapi dia tak perasan..Kesian pulak!!! Tengok muka dia tangan dia leher dia da berkedut.. Orang tua kan.. so bila benci dia tak sayang dia memang tak sampai hati.. Darah daging kita kan.. Minta mama pa, minta maaf ma.. Kosong-kosong ok?



So rumah tu kontrektor melayu yang buat sekarang ni, sepatutnya 3 bulan da siap, dah boleh masuk aritu bulan 6, tapi biasala melayu kan.. Janji melayu, sampai sekarang bulan 8 ni tak siap-siap lagi.. Tapi minor renovation la, Intan rasa lagi 20 percent siap le.. tak banyak da.. tinggal porch kereta, dapur, longkang, elektrik dengan air.. Kontrektor tu asyik minta duit je.. tak cukup tu la ini la.. Asal kita orang datang nak tengok rumah ,minta duit.. Meluat tengok muka dorang.. Nasib baik tuan rumah yang sekarang Intan duduk ni prihatin.. Dia pun redha je la dengan alasan kita orang.. Bayangkan lah dari tahun 2013 dia suh kua sampai sekarang kami setia kat rumah tu.. Tuan rumah jangan risau.. Kami tak pernah missed bayar sewa rumah.. Semoga Allah merahmati kamu tuan rumah.

Toodles!!!
Intankepenatantunggu


Ni la rumah parents Intan yang tak siap-siap lagi.. Nanti da siap Intan buat housewarming.. Jemput lah datang.. :)